Cara Withdraw Duit di Seller Wallet Shopee

Assalamualaikum, dah ke dapatkan Ebook percuma Panduan Belajar Shopee? Jika belum, boleh dapatkan di link ni --> http://nak.la/ebooksshopeefree. Hari ni saya nak kongsikan cara withdraw duit di ewallet Shopee. Ewallet ni hanya akan ada jika anda sudah mula ada hasil jualan di Shopee. Bila dah ada jualan/sales, duit customer tersebut akan masuk ke akaun ewallet Shopee sebelum anda boleh keluarkan atau withdraw.


Bagaimana caranya?


Mula-mula, anda masuk ke akaun jualan anda iaitu MY SHOP. Anda akan nampak Seller Wallet. Di situ akan keluar jumlah duit anda yang dah berjaya masuk. Duit inilah yang anda boleh keluarkan ke bank akaun anda. 




Sebelum nak withdraw pastikan anda dah pun masukkan nombor akaun bank anda kay. Tak masukkan tak dapatlah keluarkan duit. 

Caranya, pergi ke Account Setting dan masukkanlah nombor bank akaun anda. 



Dah pun setting no bank akaun, bolehlah keluarkan duit di Seller Wallet Shopee. 

Klik sahaja di icon Seller Wallet. Paparan akan keluar seperti gambar di bawah. Kemudian, klik WITHDRAW




Akan keluar seperti paparan di bawah sebagai kepastian. Pastikan semua maklumat adalah betul. Dah ok, tekan CONFIRM.




Anda perlu masukkan pin Wallet anda. Masukkan pin dan duit anda akan diproses masuk ke akaun bank dalam masa 24 jam ke 48 jam. 




Dah pun berjaya withdraw duit di Shopee. Senangkan? Takdelah susah sangat insha Allah.



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa pin. sila ikut step nak reset pin tersebut sis

      Padam
  2. Adakah di kedai serbaneka seperti 7 eleven menerima pembayaran menggunakan shoppepay

    BalasPadam