Adakah Anda Marketkan Produk Jualan Anda Hari-Hari di Facebook Group?

Kerja-kerja marketing di Facebook khususnya share iklan dan status post anda ke group-group Facebook merupakan kerja harian bagi seorang peniaga. Anda ada join Facebook group? Jika ada tentunya anda perlu share setiap hari pengiklanan anda di group-group Facebook yang anda telah sertai. Rugi rasanya jika tak share. Jika tak konsisten share, lagi rugi kerana manusia itu perlu melihat iklan kita setiap hari supaya mereka dapat ingat dan terus order dengan anda.


Jika bukan hari ini, mungkin esok, jika bukan esok.. Harinya pasti akan datang.


Berbeza dengan syarikat besar, mereka ada pekerja untuk melakukan kerja marketing. Sama ada iklan berbayar atau iklan tanpa berbayar, pekerja sudah ada.


Kita?


Dah naik jemu beriklan ye tak?


Tetapi kan walau jumpa guru marketing mana-mana pun, nasihat mereka sama. Dan mereka juga gunakan cara yang sama. Tanpa marketing harian, kita takkan mempunyai sales yang kencang.


Walau bagaimana hebat sekalipun, produk tersebut. Ia tidak akan dikenali tanpa marketing.


Marketing = promot = iklan = sharing = war-warkan


Ada produk, duduk diam dalam kedai. Kedai pun kejap tutup kejap buka. Lama-lama pelanggan sendiri kurang jelas dan makin malas mahu datang ke kedai kita.


Alangkah bagusnya jika ada software untuk bantu kita permudahkan marketing di facebook.


Pernahkah anda mencuba beriklan di group Facebook cara manual? atau adakah ramai lagi yang sedang beriklan di group Facebook secara manual? Bagaimana caranya?


Cara saya beriklan secara manual di group facebook ialah pergi ke satu per satu group dan copykan iklan atau share link melalui Facebook Page. Cara ini agak memenatkan kerana anda perlu duduk dan siapkan sharing anda satu per satu, jika terlalu laju anda boleh dikenakan tindakan spam. Bagi saya kita tiada cara lain, tetapi kita perlu lakukan juga untuk share produk jualan kita. Oleh sebab itulah, saya selalu mencari software untuk lakukan kerja-kerja marketing bagi memudahkan perjalanan pengiklanan di facebook


Dulu saya guna Software Viral. Kini tiada lagi.


Kemudian saya pakai sekejap Tolongla Post. Diberhentikan.


Sekarang - saya guna software Jom Autopost. Software Autopost ini masih baru lagi. Saya pun masih belum mahir. Semalam saya ada cuba, tetapi habis semua group pula diiklankan. Aduh, saya tidak mahu semua group jadi mangsa pengiklan. Jadi hari ini saya kene cuba lagi mungkin ada setting yang tak betul lagi.





Anda pula bagaimana?

Catat Ulasan

0 Ulasan