Cara Link Whatsapp Ke Facebook Page Anda

Saya kongsikan cara anda link kan nombor whatsapp anda ke facebook page. Ada facebook page? Jika belum, segeralah create satu kedai rasmi ada di Facebook kay. Anggaplah ia sebagai kedai online anda. Rugi tiada kedai Facebook sedangkan abam Mark dah bagi kebenaran dan pelbagai kelebihan bila kita gunakan Facebook page sebagai medium bisnes kita.


Free je buat kedai Facebook tu. Tak perlu bayar pun nak create. Why not? Okay, tahukah anda, anda boleh linkkan nombor whatsapp anda di kedai Facebook page?
Dengan cara ini, customer terus klik button Whatsapp dan bukan button Message. Hilang satu masalah iaitu selalu lewat reply message customer di FB page. (kantoi)


Ada 2 Cara Yang Anda Boleh Lakukan:

1. Whatsapp Business
2. Whatsapp (biasa kita guna tu)
Semua FB Page saya dah pun gunakan button Whatsapp berbanding button Message. Bukan apa, selalunya saya lewat reply chat customer kat FB Page. 
Paling mudah, anda terus buat button Whatsap, nanti customer click terus chat dengan anda kat wasap je.




JOMLAH BELAJAR CARA MUDAH LINKKAN NO WASAP ANDA DI FB PAGE


Cara Pertama: Anda sudah pun menggunakan Whatsapp Business



Step By Step Link Nombor Whatsapp ke Facebook Page





Ini paparan FB Page anda kay. Nampak tak button Send Message tu? Okay. Klik


Klik pada Contact You.




Bila klik akan keluar beberapa option. Pilih Whatsapp

Klik pada Send Whatsapp Message. Sudah klik Finish


Masukkan nombor wasap korang.


Country Code of coz MALAYSIA (+60), masukkan no tel wasap dan klik send code. Anda akan dapat CODE NUMBER dekat wasap tu. Bukan sms kay. Sila cek wasap anda segera.



Masukkan code yang anda terima, klik Confirm.

Okay. dah sampai sini. Klik Add Button :) almost siap kay

Ini memang dah default la.. Korang tak perlu setting OFF ke apa. 
Biarkan ON.

SIAP!. Mudah sahaja kan? Bila tak tahu dan tak cuba itulah seram skit. Insha Allah lepas ni makin ramai customer wasap korang melalui FB Page.

Cara Kedua: Pengguna Whatsapp Biasa, Cara Pertama Hanya Untuk Whatsapp Business

Click Contact Us
Tiada website kan? Takpe kita bukan nak letak website link. Kita nak letak link whatsapp kita tu. 

Tahu whatsapp link nombor anda? Okay. Isikan link whatsapp anda dan tekan SAVE. Siap!


Dah siap. Jom kita check apa jadi bila kita setkan Whatsapp kat Facebook Fanpage kedai anda ni.


Saya klik TEST BUTTON. Ini saya guna laptop ye. Bukan handphone. Jadi whatsapp ni paparan website whatsapp la. So customer akan klik Message jika dia nak chat dengan kita. 
so Klik Message

Inilah hasilnya. So menjadi dengan mudah. Alhamdulillah. 
Jadi u ols, cepat-cepatlah tukar button Send Message kepada Whatsapp kerana potensi closing adalah lebih tinggi di Whatsapp.
Tapi jangan bagitau saya whatsapp pun korang jarang bukak (haruuuu)
Alrite. Jika entri ini bermanfaat, klik share kay. Biar lebih ramai pemilik FB page di luar sana gunakan manfaat fungsi button Whatsapp ini sebaiknya!

No comments