Menjana Pendapatan Semasa PKP

Ada ramai di kalangan kita peniaga mahupun pekerja swasta khususnya mengalami masalah kewangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Saya tidak terkecuali, walaupun nama sahaja sebagai peniaga online namun saya tidaklah mengeluarkan produk atau servis sendiri. Saya tetap berniaga mempromosikan produk jualan orang lain.


Inilah masalah yang melanda kan?


Bila ofis HQ ditutup. Kita tidak dapat meraih pendapatan cash kerana tiada pengeposan dibuat. Ini antara masalah yang ramai hadapi dan kita sendiri.


Namun, ia tak bermaksud kita harus mengalah dan berhenti berusaha kan? Masih ada banyak peluang lain yang sedia ada. Jika anda masih ada kudrat untuk lakukan sesuatu maka lakukanlah.


Antara produk yang anda boleh fokus untuk jualan dan promosi sepanjang tempoh PKP ialah:-

1. Produk Makanan
2. Produk Kesihatan
3. Produk Agama dan Ilmiah
4. Produk Pembelajaran Anak-Anak


Manakala servis pula, jika anda mempunyai ilmu atau skill tertentu yang boleh anda ajarkan kepada orang ramai anda bolehlah mulakan. Sediakan step dan guideline basic sebelum memulakan servis anda kay?


Yang paling penting, anda boleh lakukan semua ini hanya dari rumah sahaja!



Alhamdulillah, walaupun ada HQ saya yang tutup. Ada peluang lain yang kita tetap boleh terus. Teruskan promot. Konsisten dan banyakkan sharing.



Saya kongsikan screenshot jualan dari Shopee dan Lazada. Bukanlah berjuta keuntungan tetapi yang penting rezeki ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan yang anda hadapi hari ini. Dapat duit jangan bazirkan pula!










Yang penting usah cepat putus asa. Fikirkan apa yang ada, peluang yang ada. Dan gunakan sebaiknya kay?



Assalamualaikum

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Terbaik...sy ni mengharapkan duit adsense je..makin suram time PKP ni tapi bertabah je lah..cukuplah beli barang dapur

    BalasPadam