Design Blog Guna Free Template Jer

 Jam sudah pukul 3 pagi. Saya masih menulis di blog. Agak jarang dah saya update entri di sini. Ada banyak perkara nak share (ayat biasa) tetapi sangat kesuntukan masa untuk menulis. Jari saya sudah tidak berapa ok nak taip di handphone sepanjang-panjang entri. Jari mula rasa kebas apabila menyentuh skrin handphone. Saya sudah hilang kiraan berapa kali saya mengubah theme blog saya. Ibarat zaman yang semakin canggih kan, begitu juga website kita. 


Saya sedang menonton Nancy Drew sambil menyiapkan new theme untuk dua blog saya. Kedua-duanya ialah blog jualan. Fokus kepada satu produk atau niche. Saya sudah terbiasa dengan adanya blog untuk setiap perkara saya lakukan. Bisnes atau sharing. 


Di dalam dua pengajian saya iaitu online positioning dan kelas blog. I niche 1 blog. 1 kedai 1 blog. Dan ya saya memiliki blog yang agak banyak begitu juga facebook page dan bisnes instagram. Setiap niche atau produk diasingkan untuk memfokuskan prospek kita berada lama di kedai online yang telah kita sediakan.






Nak upah designer website ni sangatlah mahal tahu. Makan ratus atau ribu. Design template dan coding bukan mudah. Ia mengambil masa dan ilmu pengetahuan mengenai skrip html untuk sesebuah website. Saya? Saya tidaklah pandai, jauh sangat dari pandai. Apatah lagi nak membentuk dari asas zero kepada hero. 


Namun, dunia IT makin hebat, ada ramai designer di luar sana yang sudi sharing design template mereka secara percuma dan memiliki kebolehan SEO. Jadi apa sahaja jenis design template anda inginkan insya Allah ada. Cuma 100% mencapai kehendak atau tidaklah. hehe free kan? 


Dapat juga belajar ilmu baru iaitu ilmu buat icon skrip di website yeay. 


Disebabkan saya suka dengan design template ni, kedua-dua blog saya gunakan template yang sama. Cuma tukar gambar, dan ayat sahaja. Yang lain semua sama. Yang penting, apa kita nak sampaikan kepada prospek tu jelas. (Ini sedikit sebanyak yang saya pelajarilah, jika salah jangan marah ya)




Blog quran tagging anda boleh click sini untuk lihat hasil saya yang tak seberapa huhu

https://qurantag.com



https://jamsolat.com


Kedua-dua website ni masih belum siap sepenuhnya. Ada lebih kurang 10-20% saya perlu isikan dan adjust. Sambung esok ajelah kan.


Selamat tidur semua


Catat Ulasan

0 Ulasan