Showing posts with label Bina Blog. Show all posts
Showing posts with label Bina Blog. Show all posts

Design Blog Guna Free Template Jer

 Jam sudah pukul 3 pagi. Saya masih menulis di blog. Agak jarang dah saya update entri di sini. Ada banyak perkara nak share (ayat biasa) tetapi sangat kesuntukan masa untuk menulis. Jari saya sudah tidak berapa ok nak taip di handphone sepanjang-panjang entri. Jari mula rasa kebas apabila menyentuh skrin handphone. Saya sudah hilang kiraan berapa kali saya mengubah theme blog saya. Ibarat zaman yang semakin canggih kan, begitu juga website kita. 


Saya sedang menonton Nancy Drew sambil menyiapkan new theme untuk dua blog saya. Kedua-duanya ialah blog jualan. Fokus kepada satu produk atau niche. Saya sudah terbiasa dengan adanya blog untuk setiap perkara saya lakukan. Bisnes atau sharing. 


Di dalam dua pengajian saya iaitu online positioning dan kelas blog. I niche 1 blog. 1 kedai 1 blog. Dan ya saya memiliki blog yang agak banyak begitu juga facebook page dan bisnes instagram. Setiap niche atau produk diasingkan untuk memfokuskan prospek kita berada lama di kedai online yang telah kita sediakan.






Nak upah designer website ni sangatlah mahal tahu. Makan ratus atau ribu. Design template dan coding bukan mudah. Ia mengambil masa dan ilmu pengetahuan mengenai skrip html untuk sesebuah website. Saya? Saya tidaklah pandai, jauh sangat dari pandai. Apatah lagi nak membentuk dari asas zero kepada hero. 


Namun, dunia IT makin hebat, ada ramai designer di luar sana yang sudi sharing design template mereka secara percuma dan memiliki kebolehan SEO. Jadi apa sahaja jenis design template anda inginkan insya Allah ada. Cuma 100% mencapai kehendak atau tidaklah. hehe free kan? 


Dapat juga belajar ilmu baru iaitu ilmu buat icon skrip di website yeay. 


Disebabkan saya suka dengan design template ni, kedua-dua blog saya gunakan template yang sama. Cuma tukar gambar, dan ayat sahaja. Yang lain semua sama. Yang penting, apa kita nak sampaikan kepada prospek tu jelas. (Ini sedikit sebanyak yang saya pelajarilah, jika salah jangan marah ya)




Blog quran tagging anda boleh click sini untuk lihat hasil saya yang tak seberapa huhu




https://jamsolat.com


Kedua-dua website ni masih belum siap sepenuhnya. Ada lebih kurang 10-20% saya perlu isikan dan adjust. Sambung esok ajelah kan.


Selamat tidur semua


Servis Buat Blog/Website Paling Murah dan Lengkap

Dari pagi selain siapkan FB page client, settlekan order-order sambil setkan jadual posting di FB page sendiri. Saya sempat menyiapkan sebuah blog. Blog ini fokus kepada jualan Al quran tagging dari Sahabat Enuur. Blog ini sebenarnya salah satu blog jualan saya juga.

servis buat website lengkap dan murah


Alhamdulillah. Ramai juga pengunjung yang bertukar menjadi pelanggan saya dari blog ni.


Jika anda lihat, belum cantik lagi. Saya hanya gunakan theme asas sahaja yang disediakan oleh pihak Blogger.com. 


Paling penting, blog ini sudah boleh diguna pakai. Sudah boleh kita masukkan entri dan kongsikan kepada rakan-rakan dan prospek. 


Saya mengambil servis siapkan blog/website menggunakan platform Blogger untuk kalian. Cun ke basic ke kedua-duanya ada. Kita ambil pendekatan terbaik untuk pelanggan dan kedai mereka.


Bukan nak cantik sahaja penting tetapi template juga harus terbaik dari segi kepantasan loading, meta tag dan keyword akan kita buatkan sekali untuk pelanggan.



contoh meta tag coding jenis simple:

Tak semua orang buat coding. Tetapi khas buat pelanggan saya, saya akan masukkan sekali coding meta tag ni. setiap blog tak sama codingnya ya. ini yang jenis simple

Okay. info sedikit pasal coding/meta tag ni:

In HTML, meta tags or meta elements are tagsplaced in the head section of your code that help define the contents of a web page. For example, a description meta tag is used by Internet search engines to display a description of your page in their search results.


Perkara utama yang kami akan siapkan untuk anda bukan sekadar bina blog semata-mata tetapi lengkap sebagai kedai jualan anda.


Menu utama (kita bukan sekadar buatkan page sahaja tetapi isi kandungan dalam page juga - terbaik sangat kan? Anda berikan info kami siapkan setiap entri ini untuk kedai/blog anda)



Menu ini mengikut kepada niche blog/website. Standard menu ialah seperti berikut:

Home
Contact Us
About Us
Testimonial
Our Servis/Produk

Sidebar ialah tambahan widget di sebelah kanan/kiri entri post. Dalam gambar ni, sidebar adalah sebelah kanan. 

Sidebar:
Labelling/Kategori
Fb Page
Instagram
Blog Archieve
Popular Post


Ini adalah asas kepada kedai alam maya kalian. Sudah wujud kedai di alam maya lebih ramai prospek akan dapat tahu dan jumpa kedai anda ni. Jika anda ada kedai OFFLINE, lebih baik, kami akan masukkan list syarikat anda di GOOGLE BISNES/MAP.




Kita bukan buat servis biasa-biasa tahu. Kita ni menyiapkan sebuah website lengkap untuk anda. Anda masuk hanya buat entri sendiri je. 


Senang sungguh la servis ni tuk kalian.


Servis upah buat website ni bukan sahaja untuk yang buta IT tetapi untuk mereka yang takde masa langsung nak spend masa sendiri depan laptop tu lerrrr


Nak tengok website hari ni?



Takde blog/website syarikat or produk jualan? RUGI sangat nih. Jom make sure, semua peniaga ada blog/website sendiri.


Tujuan sebuah blog ini sangat penting bagi kalian yang nak parking bisnes/produk jualan anda. Parking di Google bermaksud kedai anda boleh dijejaki. 



Kelebihan mempunyai blog/website:


1. Boleh dicari di carian Google/yahoo nama orang putihnya search enjin. Blogger ni anak GOOGLE. Insha Allah ada keistimewaannya tersendiri.

2. Ada blog/website anda sudah boleh buat pengiklanan menggunakan platform Google iaitu GOOGLE ADS. Nak tahu lebih lanjut, click --> https://ads.google.com/intl/en_my/home/

Nampak anak panah tu? Ada icon "AD" tu kan. Itulah pengiklanan dari platform Google. 


3. Gunakan sebagai kedai dan info bagi pelanggan anda. Kadang-kadang nak terangkan tu susahkan. Banner takde. Flyers takde. Nak tunjuk Instagram ke Facebook ke satu-satu customer kene scroll. Tetapi dengan blog/website ni kita sudah sediakan semua informasi. Sama ada anda buat 1 page blog atau blog berbentuk jualan/info. Pelanggan sudah tidak pening kepala nak review kedai anda. Anda berikan sahaja link blog anda, pelanggan akan baca infonya dan terus faham produk/bisnes anda.


Blog make your life and your bisnes easier.



Contoh testimoni blog yang berjaya dapat carian google di ranking pertama (ini blog saya buat tauuu)







Nak tempah buat blog/website?




Harga tersangatlah murah. Whatsapp 018-9100 852


10 Ciri Blog Berpengaruh

Bismillah

Ramai mahu menulis dan belajar menjadi blog sebuah blog yang berpengaruh. Namun bagaimana caranya? Saya senaraikan 10 ciri blog berpengaruh yang boleh kalian ikuti.

10 Ciri Blog Berpengaruh


1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
2. Sentiasa ada entri baru dan segar
3. Entri penyelesai masalah
4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
6. Blog yang menjadi rujukan khusus
7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga
9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan

(Sumber: Ebook Asas Blog dan penulisan edisi kemaskini)



Target Sale Dari Blog. Anda Bagaimana?

Jana Pendapatan Melalui Medium Blog - Google

Bismillah

Assalamualaikum semua, alhamdulillah blog emmemarina.com sehingga kini memberikan kalian banyak informasi malah mendapatkan pendapatan buat saya. Bagi saya, blog merupakan medium penyampaian terbaik untuk kita kongsikan bersama-sama. 

Jika anda membuat jualan di blog, maka anda meningkatkan prestasi kedai anda melalui pelanggan yang membuat carian melalui enjin google. 

Jika anda membuat sebuah blog untuk tujuan menyampaikan, tidak kiralah apa jua informasi yang berguna untuk para pembaca maka ianya lebih lagi bermakna. Oleh sebab itu, menggabungkan keduanya dalam satu laman blog, informasi + jualan maka hasilnya anda mendapat pengikut+pembeli. Teringat cikgu ABDR ada menyentuh perkara ini, apabila kita berkongsi tentang sesuatu kepada pembaca lama kelamaan mereka ini bertukar menjadi pembeli. Maka berlakulah urus niaga melalui blog anda semua. 


Inpirasi, perkongsian kemudian bertukar menjadi pelanggan


Informasi menjadikan blog kita blog yang diikuti dan kepercayaan, bakal bertukar kepada pelanggan setia


Apa Perlu Anda Lakukan Untuk Dapatkan Pelanggan Melalui BLOG?


1. Bina blog kedai
2. Belajar kelas blog sendiri menerusi cikgu bertauliah (akademi bekerja di rumah)

Bagaimana Jika tidak tahu langsung mengenai bina blog kedai?

1. Dapatkan khidmat bina blog dari saya sendiri (RM60/blog)
2. Belajar dalam kelas blog secara online (RM200-RM300 dan terima BONUS + Grup Support)
3. Belajar buat blog sendiri (Ebook Belajar Asas Blog - RM50)


Nak dapatkan informasi lebih lanjut?

Whatsapp 018-9100 852