Servis Buat Blog/Website Paling Murah dan Lengkap

Dari pagi selain siapkan FB page client, settlekan order-order sambil setkan jadual posting di FB page sendiri. Saya sempat menyiapkan sebuah blog. Blog ini fokus kepada jualan Al quran tagging dari Sahabat Enuur. Blog ini sebenarnya salah satu blog jualan saya juga.

servis buat website lengkap dan murah


Alhamdulillah. Ramai juga pengunjung yang bertukar menjadi pelanggan saya dari blog ni.


Jika anda lihat, belum cantik lagi. Saya hanya gunakan theme asas sahaja yang disediakan oleh pihak Blogger.com. 


Paling penting, blog ini sudah boleh diguna pakai. Sudah boleh kita masukkan entri dan kongsikan kepada rakan-rakan dan prospek. 


Saya mengambil servis siapkan blog/website menggunakan platform Blogger untuk kalian. Cun ke basic ke kedua-duanya ada. Kita ambil pendekatan terbaik untuk pelanggan dan kedai mereka.


Bukan nak cantik sahaja penting tetapi template juga harus terbaik dari segi kepantasan loading, meta tag dan keyword akan kita buatkan sekali untuk pelanggan.



contoh meta tag coding jenis simple:

Tak semua orang buat coding. Tetapi khas buat pelanggan saya, saya akan masukkan sekali coding meta tag ni. setiap blog tak sama codingnya ya. ini yang jenis simple

Okay. info sedikit pasal coding/meta tag ni:

In HTML, meta tags or meta elements are tagsplaced in the head section of your code that help define the contents of a web page. For example, a description meta tag is used by Internet search engines to display a description of your page in their search results.


Perkara utama yang kami akan siapkan untuk anda bukan sekadar bina blog semata-mata tetapi lengkap sebagai kedai jualan anda.


Menu utama (kita bukan sekadar buatkan page sahaja tetapi isi kandungan dalam page juga - terbaik sangat kan? Anda berikan info kami siapkan setiap entri ini untuk kedai/blog anda)



Menu ini mengikut kepada niche blog/website. Standard menu ialah seperti berikut:

Home
Contact Us
About Us
Testimonial
Our Servis/Produk

Sidebar ialah tambahan widget di sebelah kanan/kiri entri post. Dalam gambar ni, sidebar adalah sebelah kanan. 

Sidebar:
Labelling/Kategori
Fb Page
Instagram
Blog Archieve
Popular Post


Ini adalah asas kepada kedai alam maya kalian. Sudah wujud kedai di alam maya lebih ramai prospek akan dapat tahu dan jumpa kedai anda ni. Jika anda ada kedai OFFLINE, lebih baik, kami akan masukkan list syarikat anda di GOOGLE BISNES/MAP.




Kita bukan buat servis biasa-biasa tahu. Kita ni menyiapkan sebuah website lengkap untuk anda. Anda masuk hanya buat entri sendiri je. 


Senang sungguh la servis ni tuk kalian.


Servis upah buat website ni bukan sahaja untuk yang buta IT tetapi untuk mereka yang takde masa langsung nak spend masa sendiri depan laptop tu lerrrr


Nak tengok website hari ni?



Takde blog/website syarikat or produk jualan? RUGI sangat nih. Jom make sure, semua peniaga ada blog/website sendiri.


Tujuan sebuah blog ini sangat penting bagi kalian yang nak parking bisnes/produk jualan anda. Parking di Google bermaksud kedai anda boleh dijejaki. 



Kelebihan mempunyai blog/website:


1. Boleh dicari di carian Google/yahoo nama orang putihnya search enjin. Blogger ni anak GOOGLE. Insha Allah ada keistimewaannya tersendiri.

2. Ada blog/website anda sudah boleh buat pengiklanan menggunakan platform Google iaitu GOOGLE ADS. Nak tahu lebih lanjut, click --> https://ads.google.com/intl/en_my/home/

Nampak anak panah tu? Ada icon "AD" tu kan. Itulah pengiklanan dari platform Google. 


3. Gunakan sebagai kedai dan info bagi pelanggan anda. Kadang-kadang nak terangkan tu susahkan. Banner takde. Flyers takde. Nak tunjuk Instagram ke Facebook ke satu-satu customer kene scroll. Tetapi dengan blog/website ni kita sudah sediakan semua informasi. Sama ada anda buat 1 page blog atau blog berbentuk jualan/info. Pelanggan sudah tidak pening kepala nak review kedai anda. Anda berikan sahaja link blog anda, pelanggan akan baca infonya dan terus faham produk/bisnes anda.


Blog make your life and your bisnes easier.



Contoh testimoni blog yang berjaya dapat carian google di ranking pertama (ini blog saya buat tauuu)







Nak tempah buat blog/website?




Harga tersangatlah murah. Whatsapp 018-9100 852


0 Comments