Baby Rayyan Demam Panas

Rayyan demam sejak khamis lepas. Meragam usahlah disebut hinggakan hilang handphone terus di tangan. Banyak kerja pending, dan delay dalam menguruskan tempahan yang diterima. Maaf semua. 


Alhamdulillah demam tak terlalu tinggi mencecah 39 seperti kakak-kakak yang lain. Namun cukuplah untuk buat Rayyan gelisah. Sukar tidur malam. Merengek sahaja meminta dikendong dan dibelai. 


Syukur ada termometer ni. Kejenya menembak suhu Rayyan bagi memastikan suhu badan dia tinggi atau rendah. Bila tinggi sahaja, terus mandikan Rayyan. Sayu apabila Rayyan menangis mendayu-dayu bila air sejuk menghinggapi tubuhnya. Nampak sangat badannya tak selesa dan emosinya juga. 


Manja. 



Berendam air mata sokmo sejak demam. Kesiannya anak bujang mama ni. 


Yang merisaukan kami selepas suhunya reda, bawah mata Rayyan makin merah dan naik ruam. Akhirnya naik di muka dan badan. Allah sudah kenapa ni. 




Doktor kata ni adalah biasa terjadi bila baby demam, virus kata beliau dan sangat gatal. Hmm, memang la agaknya. Rayyan tak sudah-sudah menggaru dan menggosok mata serta kepala. Hingga merah dan kami terpaksa pakaikan sarung tangan bagi mengelakkan mukanya luka. Doktor berikan ubat sapu dan mandian khas. Alhamdulillah sudah hari ketiga hari ni, ruam di muka semakin reda. Harapnya ragam Rayyan juga semakin hilang. 




Stress juga semua orang bila hanya tangisan Rayyan sahaja yang paling kuat. Tak kiralah siang atau malam. Dengan tak cukup tidur. Redha sahajalah. Yang penting Rayyan cepat sembuh dan kembali ceria sediakala. Rindunya Rayyan yang kuat ketawa dan panjang akal tu. Sejak demam, kurang ceria, asyik menangis dan mahukan perhatian yang tinggi buatnya. 

Rayyan yang always in a good mood. Doakan Rayyan cepat sembuh ya




Catat Ulasan

0 Ulasan