Cara Buat Jadual Post di Instagram dan Facebook

 Adakah anda seperti saya memerlukan software atau kaedah yang mudah untuk anda membuat posting secara berjadual di Instagram dan Facebook? Alhamdulillah, kini sudah ada cara termudah untuk anda membuat posting dan jadualkan post anda mengikut masa yang anda tetapkan. Buktinya ada di bawah.


Saya menguruskan beberapa instagram dan facebook page sekaligus. Agak sukar tetapi ianya tidak mustahil. Mark pastinya sudah lakukan perkara terbaik dengan menggabungkan kedua platform Facebook dan Instagram dalam 1 akaun dan diuruskan dengan baik sekali. Namun, ada beberapa perkara yang harus kalian take noted ya.


Bagaimana Membuat Posting Secara Jadual di Instagram Secara Percuma?


1. Anda perlu menukar status akaun IG anda kepada bussiness account.

2. Mempunyai facebook page dan dilinkkan kepada IG tersebut. 


Pastikan anda membuat kedua perkara ini sekarang ya. Ok Jom kita teruskan.


Mari lihat contoh akaun Facebook page dan Instagram saya di bawah. Ini merupakan posting pada hari ini yang saya jadualkan sehingga jam 8 malam nanti. Jika anda lihat, anda bukan sahaja boleh membuat post secara LIVE, Jadual (Scheduled) malah anda boleh create STORIES, view FEED & GRID (khususnya jika anda nak susun IG anda) dan melihat status posting anda di kalendar.


Semua ini ialah proses bagi memudahkan anda melihat kembali tugasan anda sebagai busines owner.


Cara Buat Posting Instagram dan Facebook Page Sekaligus atau Salah Satu.


1. Buka facebook page anda.

2. Pilih publishing tools. Anda tidak boleh pilih status post secara normal di ruang utama ya. Tak jadi. Kena pergi ke publishing tools barulah boleh

Publishing Tools ada di sebelah kiri ya. Click situ.

3. Ada beberapa cara sebenarnya. anda boleh click pada publishing tools, kemudian ke creator studio atau anda ke facebook business suite (https://business.facebook.com/). Saya selalu gunakan bussiness page. Ianya lebih mudah difahami seperti gambar yang saya share di bawah.


Paparan Creator Studio

Paparan Facebook Business Suite


Paparan Publishing Tool. Anda boleh masuk ke Creator Studio di sini. Lihat sebelah kiri


4. Bila anda sudah masuk antara 3 ruang yang saya sebut, anda akan jumpa paparan untuk anda postkan content anda ke page dan instagram.


Ada 2 posting, published ialah waktu semasa, manakala schedule ialah waktu akan datang. Gunakan schedule untuk tetapkan posting di waktu dan hari berlainan.


Tick pada kedua-dua FB page dan Instagram atau anda boleh gunakan salah satu. Kenapa yang ni saya tak tick pada instagram? nanti saya sharekan ya



Masukkan input atau content anda di instagram atau facebook page. Untuk instagram anda harus ikut syarat yang sama anda post di IG ya. Maksima gambar, saiz video dan sebagainya.



Sangat mudah ya? Tetapi ada trik dan masalah juga. 


Beberapa perkara yang perlu anda tahu


1. Jika anda menggunakan apps Business facebook page, anda tidak boleh lakukan posting ke instagram sekiranya terdapat link website, untuk masukkan link di post IG anda perlu gunakan PC (desktop view).

2. Facebook page tiada sekatan waktu video atau saiz video, tetapi IG posting tetap menggunakan peraturan yang sama seperti di apps. Jika video anda lebih dari 1 minit, anda hanya boleh lakukan posting di Facebook sahaja. 

3. Image di IG juga harus menggunakan saiz 1080 x 1080 seperti biasa dan tidak lebih dari 10 gambar sekali post. 



Anda boleh view GRID untuk lihat susunan posting anda atau anda susunkan via Facebook page. 



Catat Ulasan

0 Ulasan