Hampir Terpedaya Scammer LHDN

​Hampir Terpedaya Scammer LHDN 16 April 2020 | Sabtu pada jam 2 petang saya mendapat panggilan dari satu nombor. Nombor tersebut bukanlah nombor pejabat tetapi dari talian handphone. Disebabkan sudah biasa menerima unknown number atas urusan urus niaga, saya tidak mengesyaki apa-apa. So, nampak sahaja nombor tersebut terus saya angkat dan terdengarlah dialog bahawa saya mempunyai tunggakan cukai yang perlu dibayar. 


Di sinilah saya gagal bertenang. Lantas apabila operator tersebut sarankan saya berhubung dengan agen atau pegawai saya terus klik 1. Bab LHDN ni memang sensitif bagi saya. Haaa oleh itu seram la juga kan?


Cina orangnya, agaknya? Dia sebut dua kali bahawa dia Cina, motif tak tahu. Kononnya high rank di LHDN, dia bagitahu bahawa nama dan info saya ada digunakan bagi syarikat ANCO MARKETING & SUPPLY. Mereka inilah yang mencuri peribadi saya dan tak bayar cukai sehingga amount RM38, 000. Wah, banyak tu. Berkerut juga saya dibuatnya. 


Lalu saya persoalkan bagaimana pihak LHDN boleh biarkan kes berpanjangan dan dah nak bekukan akaun saya katanya? Ada terdetik pelik tapi saya go on sahaja berbual. Panik. 


Bual punya bual, akhirnya end up dengan saya akan buat report polis. Scammer tersebut pula bukan main caring dan membantu agar saya buat report polis di IPD berdekatan. Dua kali dia tanya, saya kata ya. Saya nak buat report hari ini.


So bila sudah, saya maklumkan pada suami. Haaa, terus suami kata saya kene scam. Mujurlah saya tak beri apa-apa info pada scammer tersebut. Dahla kilang tu tak jauh dari rumah. Serang karang huhu. Memang saya tak fikir langsung nak membayar. Nak bayar buat apa? Scammer pun tersalah call orang, saya ni surirumah tak bergaji besar. Mustahil saya nak bayar. Bukti perlu ada untuk saya percaya bahawa ada syarikat kilang pakai nama saya? Siap wujud kat google business lagi syarikat tu. Cuma permainan keprihatinan scammer tu berjaya jugalah buat saya risau. 


Saya cuba call balik akhirnya ada lelaki angkat, suara berbeza dan berkata tak pernah call saya. Aik pelik peliknya kan?


Saya kongsikan nombor scammer LHDN ni. 


+60 16 793 9887

Nama: Ong Kit Huat

Truecaller kata nama orang ni ialah Burhanuddin Kho. 


Mana satu nih? 


Jangan turut terpedaya ya. Simpan nombor ini ya? 


================

HIKMAH ISLAMIC STORE PILIHAN TERBAIK. 

"Seronoknya singgah ke khadija ni. Macam-macam barang islamic ada di sini. Senang nak cari, dan kualitinya pun mantap " - Pn.Yaya selangor.

Woww! Macam tak sangka je boleh jumpa barangan yang berprestij dalam store ni. Siap ada buruj watches yang paling top di malaysia. 

Sejuk mata memandang, semua barang rasa nak pegang. Di sini lah tempat terbaik untuk uolls hadiahkan diri dengan barangan keperluan jiwa. Boleh juga untuk diberi hadiah buat orang tersayang. 

Khadija menjadi reseller bagi barangan islamic yang berkualiti premium taw. Ada yang mendapat award dan pioneer dalam menghasilkan barangan-barangan istimewa ni. Dijamin uolls puas hati dan fall in love with Hikmah Shop. 

Klik sini untuk lihat koleksi kami: www.hikmahshop.com

- Anda order, kami poskan sampai ke depan rumah

Catat Ulasan

0 Ulasan