Cara Seller Nak Tukar Courier Shopee 2022

Assalamualaikum, bagaimana caranya nak tukar courier Shopee anda? Jika anda sedia maklum sekarang sebagai penjual kita tidak boleh lagi memilih kurier yang kita mahukan. Lebih mengharukan, Shopee Express (SPX) agak mengecewakan di beberapa tempat sehingga ada parcel yang hilang, rosak atau tersimpan lama di pusat pengumpulan mereka hingga menyebabkan penjual menanggung risiko penalti serta kemarahan pembeli.


Tidak patut kan?


Tak mengapa, usah bimbang. Saya pun sebenarnya risau kerana saya menjual produk Al-Quran di Shopee. Kerisauan utama apabila SPX tiada lagi SOP menghantar produk berupa ayat-ayat Al-Quran ini. 


Nak remove atau tukar terus Shopee Express kepada lain-lain kurier? 

Agak sukar kawan, kemungkinan permintaan anda ini akan terus dirijek. Namun, ada cara untuk anda menukarkan sahaja shipping dari SPX kepada kurier yang anda inginkan.


Bagaimana caranya nak tukar dari kurier Shopee Express SPX kepada yang lain, Poslaju, Ninjavan, J&T dan sebagainya?


Mudah sahaja ya.

1. Chat live dengan agent Shopee

2. Minta mereka tukarkan penghantaran dari SPX kepada courier pilihan anda.

3. Penukaran akan diterima.

4. Penukaran mengambil masa beberapa jam, waktunya secara tepat ialah setiap jam 10 pagi dan 3 petang setiap hari bekerja.

5. Penting! Penukaran ini hanya boleh berlaku jika anda belum lagi menekan "arrange shipment". Jika dan tekan? Anda kene minta dengan baik pada customer untuk re-order ya.

cara tukar kurier shopee express

cara tukar kurier shopee express

cara tukar kurier shopee express



Alhamdulillah. Tak susah pun kan? Cuma mungkin kena tunggu lama sedikit jika que untuk chat dengan customer service Shopee agak busy.


Semoga bermanfaat. Jangan lupa share entri ini jika ianya membantu anda, semoga ia dapat membantu lebih ramai rakan yang memerlukan.



Catat Ulasan

0 Ulasan