Nor Fahimah Mohd Mahayuddin
Selepas saya membaca e-book Inspirasi bekerja dari rumah ni, saya boleh kembali bertenang dari rasa takut dan risau. Saya jadi lebih bersemangat dan positif untuk bekerja sendiri. e-book ni sarat dengan perkongsian pengalaman ibu-ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Bagaimana mereka bermula, apa persediaan yang mereka buat, dari mana mereka mengumpul modal, bagaimana mereka mengembangkan perniagaan mereka sehingga dikenali ramai. Mereka jugak turut berkongsi apakah ujian dan cabaran yang terpaksa mereka lalui sepanjang bekerja di rumah.
Setiap dari mereka ada ujian dan halangan yang terpaksa mereka lalui. Tapi yang paling penting, saya kagum dengan semangat mereka. Walaupun ada yang pernah jatuh dan gagal berkali-kali, mereka tetap bangkit melawan cabaran. Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup mereka. Dalam.e-book ni juga ada dikongsikan bagaimana mereka membahagikan masa antara pekerjaan dan hal ehwal rumah tangga. Bagaimana mereka mengurus masa dengan baik. Setelah tamat membaca e-book ni, saya dapat simpulkan bahawa semua orang mampu menjana pendapatan dari rumah. Bukan soal modal atau kemahiran yang perlu ada sebelum memulakan sesuatu kerja, tetapi semangat dan usaha yang harus jadi fokus utama.e-book ini benar-benar membuka mata saya bahawa wanita yang bekerja dari rumah juga mampu meraih pendapatan lumayan. Berada di rumah, bukan saja kita dapat melihat anak membesar di hadapan mata, tapi kita juga boleh membantu meningkatkan lagi pendapatan keluarga.
Saya sangat tertarik tentang perkongsian Puan Mazlina Omar yang merupakan usahawan tuisyen. Beliau ada berkongsi tentang program infak yang beliau jalankan dengan suami dalam membantu anak-anak mengikuti kelas spoken English dengan kadar yuran yang sangat rendah. Program itu sudah pasti menjadi "saham akhirat" yang tinggi pahalanya buat mereka berdua. Dari perkongsian ini juga buat saya terfikir bahawa berada di rumah bukan bermakna kita tidak boleh menyumbang "sesuatu" kepada masyarakat yang boleh menjadi saham pahala kita di akhirat kelak. Kalau kita tak mampu sedekahkan harta, kita masih mampu memperoleh pahala dengan berkongsi kemahiran dan ilmu yang kita ada dengan orang lain.
e-book inspirasi bekerja dari rumah bukanlah sekadar kisah tentang pengalaman ibu-ibu ini dalam menjana duit dari rumah, tapi turut dikongsikan ketekunan dan usaha mereka membantu dan memudahkan urusan orang lain dengan kemahiran dan perniagaan yang mereka ada. Saya kagum dengan idea kreatif mereka dalam memilih perniagaan atau perkhidmatan yang mereka ingin jalankan. e-book ni sangat memberi inspirasi kepada mereka yang perlukan suntikan semangat untuk memulakan kerja dari rumah seperti saya. Pengalaman orang lain dapat membuka mata kita untuk lebih yakin dan sentiasa berfikiran positif untuk memulakan langkah pertama. Kalau mereka boleh, kita pun boleh! Kita tidak perlu takut untuk gagal tetapi kita harus takut jika kita tidak pernah berusaha untuk mencuba. Perkongsian ibu-ibu dalam e-book ini juga mengetengahkan tentang konsep rezeki Allah swt itu sangat luas. Tidak kiralah di mana kita memilih untuk bekerja. asalkan kita yakin dengan apa kita buat, sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Allah SWT dan sesama manusia, in Sha Allah rezeki itu sentiasa ada. Yakinlah!
Alhamdulillah. Tahniah dan semoga terus berjaya kami ucapkan buat Puan Fahimah. Ya, bukan mudah untuk memilih berdikari sendiri bekerja dari rumah sambil menguruskan anak yang sakit. Kisah ini sentiasa kita dengarkan? Si ibu akan berkorban apa sahaja untuk anak dan keluarga dan tak berhenti pula berfikir bagaimana caranya untuk meneruskan kehidupan dan sama-sama membantu suami dalam aspek kewangan. Bak kata pepatah, cubit peha kiri, peha kanan turut merasa.
Ebook ini khas ditujukan buat para ibu atau bapa yang sedang bekerja dari rumah atas pelbagai sebab. Buku ini sangat bagus dijadikan panduan dan semangat. Bukan kita sahaja susah, tetapi rupanya ramai lagi dan kini kita dapat baca kisah mereka dan bagaimana mereka mengatur dan ubah hidup mereka jadi lebih baik dari yang sebelumnya. Bagaimana akhirnya mereka gembira dengan pilihan yang dibuat.
Ebook ini hasil nukilan Pn Masayu Ahmad
Seorang bekas Editor Mingguan Wanita
Insya Allah pasti berbaloi untuk anda miliki..
Maharnya RM25 sahaja.
Klik di link untuk pembelian:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan