10 Cara Meraih Cinta Allah SWT

Alangkah indahnya apabila seorang hamba dicintai oleh tuannya. Dijaga, dilindungi serta dicukupkan segala keperluannya bukan? Dan apabila ujian mendatang kita akan dapat lalui dengan penuh rasa syukur, sabar kerana kita sudah mengetahui akan janji Allah yakni

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 
inna ma'al-'usri yusroo

"(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(QS. Al-Insyirah 94: Ayat 6)


1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahaminya dengan baik.

2. Mendekatkan diri pada Allah dengan solat sunat setelah mengutamakan solat wajib.

3. Selalu berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan, dan perbuatan.

4. Mengutamakan kehendak Allah dalam segala keadaan.

5. Menanamkan dalam hati nama-nama dan sifat-sifat Allah dan memahami maknanya.

6. Bersyukur kepada Allah dalam setiap perkara yang telah ditentukan olehNya.

7. Senantiasa tawadduk (rendah diri) kepada Allah.

8. Selalu bangun malam untuk beribadah, bermunajat dan membaca kitab suciNya.

9. Banyakkan bergaul dengan orang-orang soleh juga mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.

10. Jangan mendekati perkara-perkara yang menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah S.W.T.

Mudah-mudahan kita semua diizinkan Allah tergolong dalam golongan orang yang beriman

Catat Ulasan

0 Ulasan