Indoor Playground Kuantan Yang Menarik Untuk Anak-Anak Anda

Indoor playground merupakan alternatif kepada ibu bapa yang risaukan keselamatan anak-anak ketika bermain. Nak bawa ke taman permainan tak terlayan untuk mengejar anak daripada ke sana ke sini, sama ada jatuh longkang, berlari ke jalan raya dan banyak lagi faktor keselamatan yang harus difikirkan. Outdoor playground tidak sesuai bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak kecil khususnya bawah 5 tahun. Bagi saya sendiri, saya prefer indoor playground atas faktor keselamatan, keselesaan dan tidak risau waktu untuk bermain.


Ciri-ciri indoor playground yang selamat dan selesa:

  • Tiada permukaan keras atau bucu tajam
  • Ruang tertutup
  • Tiada akses untuk anak keluar masuk kecuali pintu utama
  • Pengudaraan yang baik (biasanya indoor playground ni di dalam mall atau ruang besar yang tertutup)
  • Mempunyai tempat khas ibu bapa untuk duduk dan memantau anak-anak
  • Mengamalkan SOP pengendalian anak-anak di tempat permainan agar setiap faktor keselamatan itu sentiasa menjadi keutamaan owner playground tersebut

Di Kuantan rupanya tidak banyak tempat bermain untuk anak-anak, dulu di Megamall ada ruang bermain. Kini sudah tiada lagi. Setelah saya survey, untuk status terkini hanya 3 tempat sahaja available untuk anak-anak bermain bebas. Sudah tentu, ianya berbayar namun berbaloi untuk ibu bapa melepaskan gian anak bermain sepuas-puasnya dan ibu-ibu khususnya bolehlah beraktiviti bersama rakan-rakan ibu semasa menemani anak-anak.


Ini juga salah satu "me time" buat para ibu surirumah kan?


Lagi-lagi nak hilangkan stress anak rimas di rumah. Namun ketahuilah, kesemua indoor theme playground ini berbayar ya.


Buat masa ini hanya 3 tempat sahaja yang available di Kuantan.


1. Pasaraya Ten Ten Taman Tas, Level 2


Lokasi: Taman Tas


Saya sering ke sini, dekat dengan rumah juga. Bayaran dikira per jam. 1 jam RM6.00 last saya ke sana, anda akan dapat stokin sekali. Tempatnya tidak terlalu besar namun cukuplah anak bermain tanpa risau. Boleh let go dan kita nampak anak-anak terus tidak terselindung. 

Kelebihan bermain di sini:- Disebabkan ini adalah pasaraya pakaian, dan taman tas sudah menjadi salah satu taman yang pesat. Di depan ten ten ada Domino pizza, Tealive, D'Sara Fried Chicken, Arrayyan Corner, malah SMO bookstore dan Watson juga berhadapan sahaja. 

Meriah ibu bapa bawak anak pakej makan dan shopping sekali.


kuantan indoor playground




indoor playground kuantan pasaraya ten ten tamas tas

 

indoor playground kuantan


indoor playground kuantan

indoor playground kuantan


2. 𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐎𝐍 (𝐈𝐧𝐝𝐨𝐨𝐫 𝐏𝐥𝐚𝐲 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫)

Lokasi: Kuantan City Mall, Kuantan (KCM bersebelahan ECM)
Level 2

Wahhh!! Nampak macam bestt jer bawa anak-anak buat aktiviti kat sini !!. Sangat sesuai untuk diterokai oleh anak-2 dalam perkembangan minda mereka sambil buat aktiviti yang menyeronokkan. Banyak permainan yang ada seperti Gelongsor, Zoo, Rumah Mainan, Berbasikal, bebola, & macam-2 lagii lahh.


Tickets  : 
Weekend & Public Holiday : RM 25 
Weekday : RM 22 (2 tahun ke atas)
Adult / Guardian : RM 10

Ps: Korang jangan lupa bawa stokin tau! 



kuantan indoor playground kuantan city mall kcm

kuantan indoor playground kuantan city mall kcm

kuantan indoor playground kuantan city mall kcm

kuantan indoor playground kuantan city mall kcm

kuantan indoor playground kuantan city mall kcm


3. Kiddie Land Semambu Kuantan

Satu lagi tempat khas untuk anak-anak bermain, berfikir dan untuk para ibu bapa duduk relaks. Kiddie Land merupakan play center dan pusat pembelajaran anak-anak. 

Fees entrance adalah sekali masuk sahaja.

Lokasi:  B26 Jalan Air Putih 6, Kuantan, Malaysia
FB Page: https://www.facebook.com/kiddielandkuantan
Tel: 013-934 2628



kuantan indoor playground kiddie land

kuantan indoor playground kiddie land

kuantan indoor playground kiddie land
Jangan tersilap tempat pula ya

kuantan indoor playground kiddie land

kuantan indoor playground kiddie land

kuantan indoor playground kiddie land
Harga entrancenya naik pulak time cuti sekolah ni huhu


Buat masa ni, nampaknya inilah indoor playground yang ada di Kuantan. Tahukah anda?

Dekat Kuantan juga ada tempat main salji tau.. Ye, 


Polar Bear Snow Playland

Bring your family and experience the "Cold Winter Snow" at Polar Bear Snow Playland, 4th Flr Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang!
 
Kids ( 3 yrs and above) is Rm20 per person and now we offering Rm20 kids price to Adults as well... a great opportunity for family bonding time and enjoy our various facilities like Snow Slide, Maze and Snowhouse for 30 mins here!
 
Jackets and Shoes will be provided and u can bring your own socks or can purchase it for rm5 per pair at our counter!
 
We are open daily including Public Holidays from 10.30am to 9.30pm!
For inquiries on Parties or events kindly whatsapps 017 7901338

main salji kuantan polar bear snow playland

main salji kuantan polar bear snow playland



Dah tahu nak habiskan masa di mana?
Sesekali kita bawa anak-anak ke indoor playground yang ada di Kuantan tercinta kan. Sambil tengok anak main, kita rileks kan diri juga. Bolehlah daripada tiada langsung!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.