JJCM Kuantan : Tempat Menarik, Hotel dan Foodie Yang Kami Rekomen Khas Untuk Anda (2023)

Selamat datang ke Kuantan! Dan pastinya ramai juga warga Kuantan yang masih belum berjaya terjah semua lokasi menarik ini yang bakal saya senaraikan. Ini adalah senarai tempat menarik di Kuantan yang terkini, available dan pastinya konfirm di buka. 

tempat menarik di kuantan


Malangnya ada beberapa tempat pelancongan di Kuantan ini yang sudah ditutup dan tidak lagi beroperasi. Oleh itu, nak tahu apakah dan dimanakah anda patut tuju semasa di Kuantan Pahang? Jom baca senarai ini


Terkini Pembangunan di Kuantan

Kuantan mungkin dan antara bandar terpesat di Pantai Timur, walaupun tiada bangunan pencakar langit namun ianya bandar yang berdaya saing. Bandar tertumpu kepada tengah bandar Kuantan, agak sesak pada setiap masa kecuali waktu pagi. Anjak Zuhur ke malam, warga Kuantan mula keluar menghabiskan masa bersama keluarga, bershopping, riadah dan apa juga aktiviti yang ada walaupun sekadar makan bersama. 

Nasihat saya sebagai warga Kuantan, jika anda datang ke sini pada hujung minggu, mulakan program anda seawal pagi, dan percayalah malam ialah waktu yang sesak jadi elak keluar terlalu lewat. Namun jika anda rancang minggu anda dengan baik, insya Allah everything will go smoothly! 

tempat menarik di kuantan


Tempat Menarik di Kuantan

Saya akan kategorikan tempat menarik di Kuantan ini supaya mudah untuk anda

1. Shopping Mall & Pasaraya

Di Kuantan hanya ada empat shopping mall yang boleh anda kunjungi iaitu:-
  1. East Coast Mall (ECM)
  2. Kuantan City Mall (KCM)
  3. Megamall
  4. Kuantan Parade (KP)
Hanya ada dua mall yang ada cinema iaitu di ECM & KCM, kedudukan bangunan ini juga bersebelahan jadi anda boleh berjalan kaki sahaja.

Manakala, pasaraya agak banyak di sini, seperti 
  1. Tunas Manja (TMG Group)
  2. Nirwana
  3. Giant
  4. Lotus
  5. Fresh Choice
  6. Pantai Selamat
  7. Cowboy

2. Tempat Riadah / Aktiviti

Tempat riadah untuk anda kunjungi
  1. Bukit Gambang Water Park
  2. Zoo Teruntum
  3. Polar Bear Snowland
  4. Taman Esplanade
  5. Kuantan River Cruise
  6. Kuantan Street Art
  7. Riverfront Kuantan
  8. Taman Gelora
  9. Taman Kerang
  10. Dataran Teluk Cempedak Kuantan
  11. Petrosains Kuantan
  12. Menara Kuantan 188

3. Pantai

Ada banyak pantai di Kuantan yang boleh anda kunjungi dan lepak bersama keluarga, boleh mandi, piknik dan bermain pasir. Namun tidaklah semua pantai ini anda boleh mandi sebagai contoh, Pantai Teluk Cempedak tidak berapa sesuai bermandi manda, jika nak juga mandi, boleh sahaja ke pantai sebelah iaitu Pantai Teluk Tongkang.

pantai menarik di kuantan



Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pantai selain bermandi manda ialah berpiknik, beriadah dan bercamping. Ada beberapa pantai yang menganjurkan kemudahan campsite untuk anda dengan harga yang berpatutan.

  1. Pantai Teluk Cempedak (TC)
  2. Pantai Sepat
  3. Pantai Pelindung
  4. Pantai Balok
  5. Pantai Batu Hitam (Black Stone)
  6. Pantai Beserah
  7. Pantai Cherating
  8. Pantai Kempadang
  9. Pantai Gelora
  10. Pantai Teluk Tongkang

4. Sungai

Paling popular di kuantan ialah Sungai Lembing dan Sungai Air Pandan Waterfall. Berhati-hati ya kerana sungai Air Pandan agak deras dan dalam. Namun ada area yang anda boleh anda mandi-manda, piknik, berbabeque bersama keluarga. Nak camping pun boleh

5. Camping Site

Saya sudah pun senaraikan beberapa tempat menarik untuk anda bercamping di kuantan! Hah, jangan kata saya tak kongsi ya. Baca di sini Senarai Campsite Terbaik di Kuantan

6. Muzium

Beberapa tempat menarik, peacefull untuk anda lawati iaitu

  1. Kuantan Memory Hall
  2. Pahang Art Gallery
  3. Muzium Sungai Lembing
  4. 3D Gallery Sg Lembing

Aktiviti Indoor / Outdoor Bersama Anak-Anak di Kuantan

Boleh rujuk artikel saya di sini, Indoor Playground Kuantan

Top 10 Recommended Kuantan Hotel

Saya tidak nafikan ada banyak hotel, homestay dan resort yang menarik di Kuantan. Anda boleh stay di tengah-tengah bandar, atau sedikit jauh dari kesibukan kota, atau di tepi pantai. Pilihan di tangan anda semua. 

hotel kuantan

Namun beberapa tempat yang sering menjadi tumpuan ialah:-

2. Swiss-Garden Resort Residences Kuantan 

Saya memilih TOP 10 hotel di kuantan berdasarkan rating, feedback dan kerana hotel dan resort ini kesemuanya mempunyai swimming pool, serta 9 daripada 10 pilihan ini juga ada pantai persendirian. 

Mangala Resort merupakan destinasi mewah dan sangat exclusive, anda boleh cuba kelainan di sini. Setiap chalet ada kolam tersendiri, tidak perlulah berkongsi dengan orang lain!

Swiss Garden residence pula ialah unit apartment, jadi untuk menginap di sini anda perlu hubungi owner homestay ya. Usah risau, boleh booking di apps atau lakukan carian sahaja. 

Dan paling penting, nak dapatkan makanan di sekitar hotel tiada masalah. Insya Allah

Recommended Place to Eat In Kuantan (Kuantan Foodie)

Selama saya duduk di Kuantan, saya bukan orang sini, tekak orang selatan! Bukan mudah untuk mencari makanan yang kene dengan tekak walaupun ramai rekomen restauran sana sini. Jika anda pelancong dari Pantai Timur, saya rasa anda akan okay di sini. Namun, jika tekak orang KL, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kedah (haha). Anda mungkin hmmmmmmmmm bolehlah

Bukan nak ngutuk ya, korang ni kang komen bukan main. Sedangkan selera, citarasa dan asal kita berbeza. Namun saya cuba yang terbaik senaraikan the best restaurant yang memang sedap, berbaloi dan insya Allah, at least korang rasa worth it la kay.

foodie kuantan




Kedai makan tengah hari paling busy sejak saya kenal diaorang ni. Makanan top mereka ialah pais patin. Seriusly this is one of my fav spot la. Datang awal sebab nanti ramai menerjah, selain ikan patin pais, ada banyak lauk yang sedap-sedap untuk anda cuba. Desert dan buah-buahan pun ada.


Ana ikan bakar ada 2 kedai, kedua-duanya pun sedap. Saya rekomenla kedai ni sebab rasanya, harga dan servis mereka. Juga kena datang awal nanti beratur pulak kan, kedai sudah dibuka seawal selepas Asar. 


Makanan jenis bergoreng, dari ikan, sotong, udang juga keropok lekor. Dibuka seawal jam 10.30 pagi, hingga 7 malam. Selain itu, ada menu Laksam, dan juga Sata.


Bagi saya ada sedikit kekurangan pada nasi kerabu ni, namun saya tak nafikan kedai ini mempunyai tarikan tersendiri. Ada Nasi kerabu, nasi minyak dan berlauk, juga ada jenis mee serta yong tau fu. Paling saya suka adalah Mango Shake dari mereka ni, marvelous.


Jemput singgah one of the signature place in Kuantan, kedai kek yang memang sedap dan pemes. So nak datang sini, maila datang awal kalau tidak beratur lah kita beramai-ramai. 


Sebagai penggemar ikan patin, saya masih belum ke sini namun ramai rakan kata, masakan di kedai ni sedap! Apa lagi jom la try


Lila Wadi ialah restoren western dan digabungkan dengan konsep steamboat. Setiap kali datang ke sini, kami memilih masakan western, memang sedap, portionnya juga besar. Oh ya, sup tom yam mereka juga terbaik. Sure kena datang lah ni kan


Jika di Selangor kita ada satay kajang, di kuantan, makanan satay paling sedap lah, okaylah, lembut dan juicy, kuah rasa tidak terlalu manis, dan pedas-pedas. Sudah ada beberapa restoren Satay Zul di dalam kuantan, jadi takla korang berebut nak pergi di area teluk cempedak tu. Penuh!


Kedai melayu yang menghasilkan roti tempayan yang lembut, gebu dan sedap! Harga juga berpatutan, setiap kali ibu bapa dari kampung Nismilan datang, saya akan bawa ke sini. Bukan roti tempayan sahaja ada ya, makanan seperti nasi arab, nasi kambing juga ada. Kena cuba ni, rugi tak merasa


Antara restoren lama di Kuantan, masih utuh memberikan nasi lemak yang sedap. Boleh cuba mana tahu berkenan dekat tekak korang. Selain tu, ada jual murtabak dan roti canai. Datang untuk breakfast ya, pagi hingga tengah hari sahaja dibuka.

Penutup

Ada banyak hotel dan tempat makan yang boleh saya share namun sebagai warga Kuantan yang bermastautin di sini, rasanya inilah antara pilihan yang kami pilih berdasarkan beberapa kriteria. Kami juga ada anak kecil, jadi mencari tempat yang child friendly, ada pool, ada pantai, makanan sedap is a must la kan?

Jika sekadar berkongsi tempat yang viral namun kurang sedapnya atau kurang best, maka kami cubalah elakkan cerita pada anda. Malang sekali, Hotel Gambang ditutup setelah Covid-19 melanda, malah tiada lagi Safari di sini. Sedih, apakan daya. 

Eh, janganlah bersedih! Marilah datang ke Kuantan dengan hati yang terbuka. Rancang dan book hotel/resort atau homestay awal supaya tak kalut!

Catat Ulasan

0 Ulasan