10 Golongan Yang Perlu Buat Hibah Harta Seperti Rumah dan Tanah

Hibah Harta secara ringkas adalah menukar hak milik seperti rumah khususnya buat insan tersayang. Apabila pemilik meninggal dunia, rumah tersebut akan dibahagikan mengikut faraid kepada waris yang sah seperti telah Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

Pertama: 

"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(QS. An-Nisa' 4: Ayat 11)

Kedua: 

"Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar."
(QS. An-Nisa' 4: Ayat 12)

Maka ternyata setiap waris itu mempunyai hak mereka ke atas harta pemilik. Walaupun ianya adalah harta bersama. Harta perseorangan. Waris yang tidak menyumbang apa-apa ini berhak menuntut hak mereka ke atas rumah tersebut sebagai contoh ya. 

Andaikan anda seorang lelaki yang mempunyai keluarga, atau seorang wanita yang belum berkahwin, atau seseorang yang inginkan harta tersebut dimiliki oleh orang tertentu. Maka menghibahkan rumah, tanah contohnya adalah perkara terbaik. 

Ini dapat mngelakkan selisih faham dan kecewa khususnya jika mangsa merupakan isteri dan anak-anak yang tiada sumber pendapatan, anak angkat yang menjaga si mati semasa hayatnya, anak muallaf tetapi berlainan agama dan pelbagai kes lagi.


10 Golongan Yang Harus Perlu Membuat Hibah Harta Ialah:

1. Pasangan yang tidak mempunyai anak
2. Pasangan yang tidak mempunyai anak lelaki (hanya perempuan)
3. Tidak berkahwin
4. Poligami
5. Mempunyai anak angkat (bukan waris kandung)
6. Muallaf yang mempunyai anak kandung berlainan agama
7. Anak "istimewa"
8. Isteri muda
9. Hendak memberikan harta secara sama rata kepada anak-anak
10. Joint ownership rumah (rumah 2 penama)


Adakah anda termasuk di dalam 10 golongan tersebut dan mempunyai harta seperti rumah atau tanah di atas nama anda? Oleh itu segerakanlah menghibahkan harta tersebut sekiranya anda mahu keluarga atau waris yang anda kehendaki memiliki harta tersebut. 


Setelah anda meninggal dunia, harta tersebut tidak akan dapat dihibahkan lagi. Malangnya, akan menjadi perebutan sesama waris dan membebankan mereka yang sepatutnya mendapat hak yang mereka impikan. Yakni kehilangan tempat tinggal setelah berpuluh tahun duduk di rumah atau tanah tersebut. 

Tidak susah untuk menghibahkan harta anda. Hubungi pihak agensi yang menguruskan hibah ini. Alhamdulillah, Hans Legacy jawapan terbaik anda. Yuran yang murah dan lengkap, khidmat guaman terbaik, tidak mempunyai fees tersembunyi, percuma dokumen wasiat dan paling penting dokumen hibah Hans Legacy sah di sisi undang-undang. Bonus, yuran boleh dibayar secara ansuran maksima 24 bulan dengan fees Pengurusan RM5/bulan. 

Klik sahaja link di bawah ya
www.wasap.my/60103379012/hibahrumahbuatinsantersayang

Catat Ulasan

0 Ulasan