Guna Blogspot Sebagai Katalog Produk? Boleh Sangat
Ramai orang sangka, nak mula bisnes online kena ada website mahal lengkap dengan sistem bayaran, shopping cart dan sebagainya.
Tapi sebenarnya, kalau kita baru nak mula atau nak cara paling ringkas untuk tunjukkan produk kepada pelanggan, blogspot pun dah cukup memadai.
Saya sendiri tengah bina satu blog katalog produk versi mudah, ringkas dan jimat guna template percuma blogspot. Contohnya, boleh tengok sendiri di sini:
👉 https://catalogemmemarina.blogspot.com
Blog ini bukan laman e-dagang yang lengkap, tapi cukup sebagai katalog visual untuk kongsi maklumat asas produk kepada pelanggan.
Apa kelebihan blog katalog macam ni?
- Percuma, tak perlu keluar modal untuk domain dan hosting.
- Mudah dikemas kini, hanya perlu tahu asas tulis entri blog.
- Boleh letak gambar, video, harga dan maklumat produk.
- Ringan, sesuai untuk pelanggan buka guna telefon.
- Senang dikongsi – hanya perlu copy dan hantar link kepada pelanggan melalui WhatsApp atau media sosial.
Saya Boleh Bantu Buatkan Blog Katalog Untuk Anda
Jika anda peniaga kecil, suri rumah yang buat bisnes dari rumah, atau baru nak mula bisnes, ini pilihan praktikal yang tak memeningkan. Tiada masa, tidak mahir, tidak mengapa. Saya boleh bantu setupkan blog katalog anda dan anda hanya perlu follow cara upload produk di blog katalog ini. Insya Allah sangat mudah.
Saya tawarkan:
Upah: RM200 sahaja
Percuma upload 10 produk pertama
Whatsapp: 018-9100852
Tak perlu risau teknikal. Template ini saya dah uji sendiri, dan walaupun belum sempurna seperti website e-commerce, ia tetap sesuai dijadikan katalog mudah yang berfungsi.
Mulakan dengan apa yang ada.
Tak perlu tunggu sempurna untuk bergerak. Yang penting kita berani, jujur dengan usaha, dan sabar bina satu-satu.
Jika anda berminat, boleh terus hubungi saya. Saya sedia bantu.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah blogspot sesuai untuk katalog produk?
Ya, blogspot sangat sesuai digunakan sebagai katalog produk terutamanya untuk usahawan kecil, suri rumah yang berniaga dari rumah, atau mereka yang baru nak mula. Ia percuma, mudah dikemas kini, dan senang dikongsi kepada pelanggan. Walaupun tak ada sistem pembayaran automatik seperti laman e-dagang, ia tetap berfungsi dengan baik untuk mempamerkan gambar, harga dan info produk.
2. Boleh ke saya masukkan banyak produk dalam blogspot?
Boleh. Anda boleh tambah sebanyak mana entri yang anda perlukan, sama seperti menulis artikel blog biasa. Setiap entri boleh jadi satu produk, dan anda boleh susun mengikut label atau kategori. Jika ingin nampak lebih kemas, boleh gunakan template blogspot khas untuk katalog atau produk jualan.
3. Macam mana nak pelanggan buat tempahan kalau tak ada shopping cart?
Blog katalog ini sesuai untuk jualan manual atau direct order. Biasanya, anda hanya perlu letakkan nombor WhatsApp atau link tempahan dalam setiap entri produk. Bila pelanggan berminat, mereka akan terus hubungi anda. Ini sesuai untuk jualan kecil, custom-made item, dropship, atau perkhidmatan yang perlukan komunikasi dahulu. Jika sudah berkembang, anda boleh beralih ke website berbayar yang lengkap dan automasi sepenuhnya.
0 Ulasan