AJK Persidangan Suri Rumah Kebangsaan 2023

Saya merupakan salah seorang ahli jawatan kuasa di dalam program terbesar dan berprestij anjuran NGO Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR), iaitu Persidangan Suri Rumah Kebangsaan Peringkat Malaysia yang bakal berlangsung pada 28 Oktober 2023. 

Walaupun jauh dari lokasi event iaitu di UTM Hotel & Residensi , namun ia tidak menjadi halangan. Begitulah indahnya dunia online kan? Kita boleh melakukan apa jua pekerjaan dari jarak jauh. 

Dalam event Persidangan Suri Rumah Kebangsaan atau pendeknya KONSURI 2023 ini, saya memegang beberapa tugasan dari beberapa unit iaitu:-

1. AJK Pendaftaran

Bertugas menguruskan onpay bagi borang tempahan peserta dan borang affiliate, disebabkan itu saya juga menguruskan database peserta dan affiliate. Update progress jualan tiket beserta sales yang dijana setiap hari. 

ajk persidangan suri rumah kebangsaan

2. AJK Media & Publisiti

Pada mulanya saya nak juga menyumbang buat poster, namun kehebatan rakan-rakan ahli suri rumah rahmah (SRR) sangat mengkagumkan!! Hebat tersangat-sangat, ada empat suri yang menguruskan segala poster konsuri tau ! Maka dalam team media, tugas saya menyiapkan buku program bagi KONSURI 2023. Ada juga sumbangan akhirnya (risau lak jadi lalang kat sini)


3. AJK Sales & Marketing

Dekat sini, saya tidak terlalu aktif, namun tugas saya yang saya uruskan ialah membuat whatsapp marketing. Blast kepada ahli SRR dan peserta-peserta yang pernah sertai KONSURI pada tahun 2020 dan apa-apa juga tugasan yang melibatkan whatsapp blast. Saya gunakan software untuk tugasan blast kepada semua peserta. Pengsan jika nak blast secara manual kan? 


Alhamdulillah, kerjasama setiap ahli jawatankuasa tersangatlah positif , saling tolong menolong, saling alert dan memahami kekangan masing-masing. Kami semua merupakan sukarelawan yang membantu Persatuan Suri Rumah Rahmah dengan kepakaran dan kemampuan masing-masing dan pada masa sama tetap menguruskan kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa seperti biasa. Faham kan?

Majoriti ahli suri rumah rahmah (SRR) merupakan SAHM dan WAHM, jadi semua orang sangat sibuk namun tetap berganding bahu mahu menjayakan event ini.

Adakah anda nak juga sertai kami?

Tentu sahaja boleh!


Untuk jadi ahli suri rumah rahmah ada beberapa syarat ya;

Baca sini untuk info lanjut : Syarat Jadi Ahli Suri Rumah Rahmah (SRR)

Baca juga : Apakah Itu Suri Rumah?

Baca juga: Apa Itu SAHM, WFTM dan WAHM?


Disclaimer : Saya hanyalah seorang insan biasa yang sudah menjadi suri rumah sepenuh masa (WAHM) , namun saya pasti setiap insan ingin lakukan yang terbaik untuk diri dan masyarakat. Membantu orang lain tidak mudah namun ianya salah satu ibadah yang Allah suka.

Surah Al-Isra’ ayat 7 yang berbunyi, “Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri.” Maksudnya, Kebaikan untuk orang lain akan mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri. Sebaliknya, perbuatan buruk kepada orang lain juga akan mendatangkan keburukan bagi siapapun yang melakukannya.


Jom kita sentiasa berbuat kebaikan dan beri manfaat kepada orang lain! Keluarga itu sudah pasti!

Saya nak kongsikan dua ebook yang banyak membantu saya menguruskan rumah dan bisnes atau aktiviti lah ya, sama ada anda suri rumah tetapi rajin bermasyarakat, pegang banyak program ke, join ngo ke kan. Jika masih tercari-cari apakah cara terbaik menguruskan diri dalam pengurusan masa, tenaga dan rumah tangga, sesuai untuk anda baca ebook-ebook ini. Ilmu sentiasa harus digarap, menjadi suri rumah tidak bermaksud anda tidak boleh belajar ilmu-ilmu baharu. Upgrade diri untuk diri sendiri, keluarga dan agama. 

Baca lebih lanjut tentang ebook-ebook ini, Super WAHM, Super MOM dan Yeay, Mama Sudah Resign. Selamat membaca dan selamat menjadi suri yang lebih baik.

wahm



wahm


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama