Review Whitening Pearl Cream Sendayu Tinggi! New Packaging 2023

Whitening Pearl Cream dari Sendayu Tinggi tidak pernah mengecewakan. Formulasi terbaru kali ini masih mengekal ciri krim yang sama namun warnanya sedikit berbeza dengan yang sebelumnya. 

Oh ya, saya juga salah seorang pengguna Pearl Cream dari Sendayu Tinggi. Best tau pakai. Jom saya kongsikan kelebihannya manalah tahu kan anda berkenan terus jadi pengguna setia seperti saya. 

Muka nampak glowing, cerah dan paling best sesuai dipakai bagi kulit kering. Saya juga suka gunakan Whitening Pearl Cream Sendayu Tinggi ini pada waktu siang dan malam.

Pengenalan Pearl Cream Sendayu Tinggi

Krim Mutiara Sendayu Tinggi merupakan produk kosmetik dari jenama Sendayu Tinggi yang popular di Malaysia. Ia merupakan krim penjagaan kulit yang mempunyai ciri-ciri mencerahkan dan memutihkan kulit. Antara kandungan utamanya adalah serbuk mutiara, yang dipercayai dapat membantu meningkatkan tekstur dan warna kulit, menyebabkan kulit kelihatan bersinar dan lembut.


Mari tengok review & QnA dari Pengasas Sendayu Tinggi tentang Pearl Cream ni




New and Old Packaging Pearl Cream Unboxing Time!


Packaging lama


Jom tengok packaging terbaru Whitening Pearl Cream



Isi dalam Pearl Cream Sendayu Tinggi

Bahan-bahan formulasi bagi Pearl Cream Sendayu Tinggi

Made in TAIWAN? Jauh kan


Kelebihan Serbuk Mutiara dalam Whitening Pearl Cream ST



Kandungan utama dalam "Krim Mutiara Sendayu Tinggi" ialah serbuk mutiara. Serbuk mutiara ini dipercayai memiliki sifat mencerahkan dan memutihkan kulit, yang membuat kulit tampak berseri dan lembut. 


Whitening Pearl Cream ni antara produk yang ST selalu kena restock sebab ramai yang jatuh cinta dengannya. Pearl Cream ni adalah beauty cream yang ada pelbagai fungsi dan diperbuat daripada 100% serbuk mutiara. Mari lihat apakah khasiat mutiara untuk membantu memulihkan kulit wajah korang.


Serbuk mutiara mempunyai beberapa kelebihan untuk kulit wajah:

1. Mencerahkan kulit: Serbuk mutiara dikenal pasti membantu mencerahkan warna kulit, memberi kesan kulit wajah yang lebih bersinar dan berseri.

2. Mengurangkan kedutan: Kandungan nutrien dan mineral dalam serbuk mutiara dapat membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan pada kulit wajah.

3. Melembapkan kulit: Serbuk mutiara membantu mengekalkan kelembapan kulit, yang dapat meningkatkan tekstur kulit dan mengurangkan kekeringan.

4. Memperbaiki tekstur kulit: Penggunaan serbuk mutiara secara berterusan dapat membantu meningkatkan tekstur kulit wajah, menjadikan kulit lebih halus dan lembut.

5. Mencegah penuaan kulit: Kandungan antioksidan dalam serbuk mutiara membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan merosakkan yang disebabkan oleh persekitaran, membantu mencegah penuaan kulit yang terlalu awal.


Namun, setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza, jadi sebelum menggunakan produk yang mengandungi serbuk mutiara atau bahan lain, disyorkan untuk melakukan ujian kecil pada kulit atau mendapatkan nasihat daripada pakar kulit untuk memastikan kesesuaian dan mengelakkan sebarang reaksi alergi.

Pearl Cream Ada SPF15! Apa tu SPF15?

SPF15 bermaksud "Sun Protection Factor 15"  iaitu "Faktor Perlindungan Matahari 15." SPF adalah satu penanda yang digunakan untuk mengukur tahap perlindungan matahari yang diberikan oleh suatu produk pelindung matahari atau losyen/sunscreen.


Angka 15 dalam SPF15 menunjukkan tahap perlindungan dari sinaran UVB yang diberikan oleh produk tersebut. SPF15 bermaksud produk tersebut memberikan perlindungan sebanyak 15 kali ganda daripada risiko terbakar akibat sinaran UVB jika kulit tidak dilindungi sama sekali. Dalam konteks ini, SPF15 akan membantu melindungi kulit daripada 93% sinaran UVB.


Penting untuk diingat bahawa SPF hanya menilai perlindungan terhadap sinaran UVB dan tidak termasuk perlindungan terhadap sinaran UVA. Jadi, produk pelindung matahari yang baik sepatutnya melindungi dari kedua-dua sinaran UVB dan UVA untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.


SPF15 memberikan perlindungan UV selama kira-kira 2 jam. Namun, ini adalah perkiraan kasar, dan perlindungan sebenar boleh berbeza bergantung kepada faktor-faktor seperti jenis kulit, paparan matahari, dan bagaimana produk pelindung matahari digunakan.


Amalan yang disyorkan ialah untuk menyemula semula penggunaan produk pelindung matahari setiap 2 jam atau lebih kerap jika anda banyak berkeringat, berenang, atau berada di bawah sinaran matahari secara berterusan. Ini penting untuk memastikan perlindungan yang berkesan terhadap sinaran UV dan untuk mengelakkan kulit daripada terbakar atau rosak akibat paparan berlebihan kepada sinaran matahari.

Cara Guna Pearl Cream dari Sendayu Tinggi

Macam-macam cara korang boleh guna untuk pakai Pearl Cream ni. Nak pakai siang boleh, malam pun boleh tau. Pakai je hari and korang akan notice perubahan pada tona kulit dan parut tu akan pudar in no time! Iya, saya sendiri pakai pearl cream ni setiap hari, pagi dan malam. Malam tu saya pakai sebelum tidur selepas rutin toner, serum dan lastly moisturizer ialah whitening pearl cream ni.

Insya Allah sangat jimat! 1 bekas ni boleh tahan berbulan-bulan. Berbaloi sangat



Harga

Harga Pearl Cream Sendayu Tinggi : RM36 (harga Asal RM40)
Tidak termasuk postage na


Di Mana Nak Beli Pearl Cream Sendayu Tinggi?

Anda boleh beli di mana-mana outlet Sendayu Tinggi, Shopee dan Lazada. Malah ada ramai agen Sendayu Tinggi di Malaysia ni. Alhamdulillah, tak susah nak dapatkan produk Sendayu Tinggi. 

Atau boleh sahaja order di kedai Shopee ni, saya selalu order di sini. Harga pun murah skit lah

Shopee : 

Testimoni Pengguna Whitening Pearl Cream

Saya share la ye feedback-feedback pengguna Pearl Cream, nak ajak la ramai-ramai kan jatuh cinta dengan krim ni. Tak kiralah anda pakai set skincare apa sekalipun, DMS360 ke, Haus ke, Nuraysa ke, pastikan anda ada jugak krim ST ni. Seriusly best sangat






Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama