Review Carrot Cake Giant

Sejak kali pertama saya rasa carrot cake Secret Recipe kan, sedap betullah! Selepas itu saya jadi penggemar Carrot Cake cuma nak dapatkan rasa kesedapan yang sama dengan Secret Recipe tu agak sukar. 

Secret recipe carrot cake price pula dah mencecah RM 9 per slice tak silap saya. Nak merasa okaylah kan? Marhaen macam saya si suri rumah ni, nak puas hati makan banyak jomlah kita buat sendiri (cewah) U guys yang belum pernah rasa carrot cake kan, cubalah dulu dari secret recipe ni. Sure sedap punya!

Jadi, dekat sini tanda aras kita membezakan rasa setiap carrot cake adalah carrot cake dari Secret Recipe.


Carrot Cake Giant


Dari segi luaran, kaler carrot cake dari Giant Supermarket ni nampak sangat mengiurkan. Kaler kek coklat gelap dengan krim putih di atasnya. Jika tak silap saya krim putih sepatutnya ada rasa masam yang sangat sesuai dengan rasa kek lobak tersebut.



Nampak sedap kan?


Baca juga : Resepi donut mudah dan gebu

Review Carrot Cake Giant



Saya suka texture kek lobak dari Giant ni, sangat moist tahu. Krimnya juga berlemak, malangnya ada rasa kuat seperti kelapa yang ditabur di atas krim. Rasa perisa kelapa tu menenggelamkan rasa kek lobak. Namun, bagi saya, ianya bukan kek lobak yang gagal cuma perisa yang berlainan sahaja. Mungkin juga ada cinnamon ?

Saya dah buang sticker carrot cake ni, oleh itu saya tidak pastilah apa bahan-bahan kek lobak ni.



Sedap? Oklah. Tak seperti yang diharapkan tetapi okay. Maknanya bolehlah kalian cuba, mana tahu suka kan?

Alang-alang dah kata suka makan kek lobak, jom kita cari beberapa resepi carrot cake yang boleh kita cuba.

Resepi Carrot Cake ala-ala Secret Recipe

Kadangkala jika teringin sangat nak makan carrot cake secret recipe kan, dah lah keluarga ramai ni, marilah kita buat sendiri! Puas hati tau. Sebabnya bolehlah ibu-ibu letak cream cheese tu sepuas hati haha, mari saya kongsikan resepi moist carrot cake ala-ala secret recipe malah katanya lagi sedap!

Resepi pertama : Carrot Cake Ala Secret Recipe


resepi moist carrot cake


Bahan-bahan:- ( 1 biji - loyang 9 in)

3 biji telur
3/4 cup butter milk (ummi substitute 3/4 fresh milk + 1 sb. lemon juice dan biar 10 minit)
3/4 cup minyak jagung
1 1/2 cup gula
2 tsp vanilla essence
1 tsp serbuk kayu manis
1/4 tsp garam
2 cup tepung
2 tsp baking soda
2 cup carrot yang di parut
1 cup kepingan kelapa (flake coconut) optional
1 cup walnut cincang
1 tin nanas yang di hancurkan

Cara-cara:-

  • Panaskan oven pada suhu 175 degree. Grease kan loyang pembakar.
  • Ayak tepung, garam, bakng soda dan serbuk kayu manis. Ketepikan.
  • Campurkan telur, buttermilk, minyak, gula dan vanilla, gaul rata. Kemudian campurkan tepung dan gaul sebati.
  • Dalam mangkuk lain, campurkan carrot, coconut, walnuts, nenas dan raisin.
  • Kemudian campurkan kedalam adunan tepung dan gaul hingga rata.
  • Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
  • Setelah sejuk boleh hias dengan cream cheese frosting.

Bahan carrot cake cream cheese frosting:-

250 gm mentega
250 gm creamwell/marvello
250 gm gula aising - diayak
3 biji putih telor
1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara:-

  • Pukul mentega dan creamwell hingga ringan dan gebu..Pastikan benar2 gebu.
  • Masukkan sedikit demi sedikit gula aising dan putar sehingga sebati.
  • Campurkan sedikit demi sedikit putih telor dan pukul rata setiap kali memasukkannya.
  • Bubuh esen vanila dan kacau sebati. Siap untuk digunakan.

(*Nota - Mentega dan creamwell mesti dipukul hingga ringan dan gebu untuk memastikan buttercream tahan lama ketika dalam suhu bilik. Jika tidak terus menggunakan buttercream ni, simpan di dalam bekas bertutup rapat.)

Resepi Kedua : Resepi Carrot Cake Cream Cheese Kalah Secret Recipe


resepi carrot cake secret recipe



INGREDIENTS
  
2 cawan tepung gandum (260g)
1 sudu teh baking soda
1 + 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak sayur
1/2 cawan mentega cair
3/4 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur
3 cawan karot yang disagat, anggaran 4 karot (300g)
1 cawan walnut dicincang
Cream Cheese Frosting
250 gram cream cheese
3/4 cawan gula aising
2 sudu besar mentega
1/2 sudu teh esen vanila
2-3 sudu besar walnut dicincang / pecan

INSTRUCTIONS
 
  • Panaskan oven pada suhu 180C selama 20 minit sebelum bakar
  • Buang kulit karot, basuh, dan sagatkan menggunakan penyagat yang agak besar lubangnya.
  • Untuk bahan kering, campurkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan garam
  • Di dalam satu lagi bekas, pukul gula kastor, gula perang, mentega cair dan juga minyak sayuran. Apabila sudah sebati, campurkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanila apabila telur sudah larut di dalam adunan
  • Ayakkan bahan kering ke dalam adunan kek, dan campurkan dengan spatula hingga habis. Jangan campur terlalu lama supaya kek tak keras
  • Masukkan karot yang disagat, dan kemudian masukkan walnut yang telah dicincang
  • Tuangkan ke dalam bekas loyang 8 inci yang telah dilapik menggunakan baking paper/kertas minyak. Ketukkan sedikit untuk keluarkan udara dari dalam adunan tersebut
  • Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 55-75 minit atau apabila telah masak sepenuhnya
  • Keluarkan kek, dan biar ia sejuk pada suhu bilik

Carrot Cake Cream Cheese Frosting

  • Campurkan cream cheese, gula aising, mentega, dan esen vanila hingga sebati
  • Jika ia berketul, panaskan di atas kuali untuk lembutkan dan cairkan frosting
  • Masukkan kembali ke dalam bekas, dan biar ia sejuk sebentar di suhu bilik
  • Penghiasan kek
  • Ambil kek carrot yang telah disejukkan pada suhu bilik, dan potongkan kepada dua bahagian menggunakan cake cutter
  • Ambilkan 1/3 dari cream cheese frosting, dan sapukan di permukaan salah satu kek carrot. Kemudian letakkan kek satu lagi di atas kek yang telah disapukan cream cheese sebentar tadi
  • Tuangkan selebih cream cheese frosting di atas kek, dan sapukan sekeliling permukaan kek tersebut. Terpulang atas kreativiti masing-masing untuk hiaskan kek ini
  • Taburkan walnut dicincang di atas kek carrot, dan sedia untuk dihidang 

Resepi Ketiga: Moist Carrot Cake by Azie Kitchen



resepi moist carrot cake secret recipe


Moist Carrot Cake Recipe

Bahan bahan

4 biji telur
1 ¼ cawan vegetable oil
1 cawan gula
2 sudu kecil vanilla extract
2 cawan all purpose flour
2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 cawan carrot – parut
1 cawan walnut – cincang
Sedikit kismis 

Cara cara

  • Panaskan oven 175C. Lenser 2 loyang bulat yang diletakkan baking paper bawah dan keliling.
  • Dalam mangkuk besar, putar telur, oil, gula dan vanilla extract. 
  • Satukan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.
  • Masukkan carrot. Kacau rata dan masukkan pula walnut dan kismis.
  • Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek tidak melekat di lidi yang dicucuk di tengah kek.
  • Biarkan sejuk di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan di atas wire rack.

resepi moist carrot cake



Nota: untuk rujukan sendiri di masa depan, saya menggunakan 2 loyang saiz 9" dibakar pada suhu 160C selama 20 minit sahaja.


Dah salin ketiga-tiga resepi carrot cake kononnya lebih sedap dari secret recipe ni? Hah, baguslah. Jomlah kita mulakan kay. Air tangan sendiri lagi sedap kan? 


Semoga bermanfaat ya semua, oh ya, nak rasa keenakkan Carrot Cake dari Giant Superstore di area anda? Singgah sahajalah! Murah aje, dalam RM11.




Catat Ulasan

0 Ulasan