Kelas Offline TOTIQ Batch 3 Putrajaya 15 September 2024

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Alhamdulillah sekali lagi, Kelas Offline TOTIQ Batch 3 Putrajaya dengan jayanya dilangsungkan semalam di Everly Hotel, Putrajaya. Ramai sekali pelajar yang telah hadir, subhanallah, namun bukan rezeki saya dapat bertalaqqi bersama Tuan Guru Haji Fazrul Ismail. 

kelas totiq batch 3 2024

Saya menghadiri kelas dari rumah secara online sahaja, namun apabila melihat wajah-wajah guru yang telah mengajar seperti Coach Jamil (teruja juga ya), gembiralah kerana selama ini melihat guru dari kaca mata Zoom, semalam buat pertama kalinya pelajar-pelajar TOTIQ batch 3 bertemu secara fizikal. 


Seperti biasa, sudah menjadi rutin saya untuk menulis nota (walaupun menaip sebenarnya) kan, seronok sejak hari pertama menulis nota ini kerana nota inilah yang akan saya rujuk kembali. Saya ada kewajipan memastikan setiap nota saya walaupun tidaklah lengkap tetapi kefahaman itu sampai pada diri. Jika nota sendiri, tidak difahami, bagaimana harus saya kongsikan kepada yang lain?

Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Riwayat al-Bukhari (3461) dan al-Tirmizi (2669)

Diterangkan maksud ayat ini sepertimana dijelaskan oleh al-Mubarakfuri, bahawa lafaz hadith ‘بَلِّغُوا عَنِّي’ (Sampaikanlah daripadaku) bermaksud sampaikanlah walaupun satu ayat pendek daripada al-Quran. Al-Quran datang dari sisi Allah dan disampaikan oleh Rasulullah SAW. Perintah dalam hadith ini terlebih lagi mencakupi juga perintah untuk menyampaikan hadith-hadith Nabi SAW.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/360)

Sebahagian ulama mentafsirkan perkataan ‘آيَةً’ dalam hadith di atas sebagai perkataan yang bermanfaat.

Saya percaya bahawa dengan nota-nota daripada TOTIQ ini sangat bermanfaat bagi seluruh pelajar TOTIQ mahupun pada mereka iaitu sahabat pembaca yang saya kasihi untuk turut sama membaca nota-nota ini semoga mendapat manfaat daripadanya kelak.


Sebagai orang awam yang tiada asas dalam pengajian Al-Quran atau mana-mana kelas, saya selalu rasa bimbang. Jadi saya perlukan nota-nota ini agar walaupun telah habis pengajian TOTIQ, saya masih ada rujukan yang boleh saya baca.


Bagi pelajar Putrajaya, kami cuma ada sekali sahaja kelas Offline, dan pada November nanti insya Allah perjumpaannya adalah peperiksaan dan pembentangan. Berbeza dengan pelajar dari Kelantan, mereka telah pun menghadiri kelas bersemuka selama 4 hari.

Untuk batch ketiga ini juga, pihak YUM telah membuat tiga jenis sesi TOTIQ iaitu
1. Pelajar Putrajaya
2. Pelajar Kelantan
3. Pelajar Online

Dan tidak semua pelajar ini sebenarnya wajib dinilai atau ada exam, terutama pada pelajar online jika inginkan penilaian mereka harus menambah yuran sebanyak RM500. Ini kerana sesi mereka sedikit berlainan untuk urusan penilaian/peperiksaan.

Baiklah, rasanya saya tidak mahu menulis panjang untuk entri kali ini. Jika sahabat ingin tahu apakah sebenarnya program TOTIQ ini bolehlah membaca di sini: https://www.emmemarina.com/2024/08/totiq-training-of-trainers-intensif-quran.html

Jom kita lihat sesi bergambar yang telah dikongsikan oleh pelajar-pelajar TOTIQ batch 3






Meriahkan? Alhamdulillah, bila berada dalam majlis ilmu Allah ni sebenarnyakan, ukhwah dan kasih sayang yang terbina sangat indah insya Allah.

Saya kongsikan ayat-ayat Allah mengenai mereka yang menuntut ilmu Allah iaitu dalam Al-Quran Surah Al-Mujadalah ayat 11:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا۟ فِى ٱلْمَجَٰلِسِ فَٱفْسَحُوا۟ يَفْسَحِ ٱللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟ يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Artinya: “Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Begitupun dalam sebuah Hadits disebutkan juga keutamaan mempelajari ilmu pengetahuan. Nabi Muhammad SAW bersabda:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Artinya: “Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” Hadist ini diriwayatkan oleh Muslim.

Saya perlu nyatakan ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang tidak melanggar syarak, yakni ilmu agama Islam itu sendiri seperti Fardhu Ain, Al-Quran dan sengkatan dengannya, manakala ilmu-ilmu yang tidak membawa kepada mendekatkan diri kepada Allah SWT maka hadis serta ayat yang telah saya kongsikan ini terbatal sama sekali.

Sebagai contoh: Menuntut ilmu NLP, ramai berpendapat ilmu ini penting, bagus, menaikkan self konfiden namun akhirnya manusia tersebut lebih meng"esa"kan dirinya berbanding Allah SWT. Maka ini bercanggah dengan diri kita sebagai hamba-Nya.

Manusia yang beriman sentiasa sedar bahawa manusia ini tiada kuasa untuk menjadikan apa jua atau mengubah melainkan hanya dengan izin Allah SWT, maka jika kita mula belajar perkara yang meletakkan pergantungan kepada selain Allah SWT ianya haruslah difikirkan semula.

Boleh juga sahabat baca lagi keterangan lanjut di sini: https://mais.gov.my/artikel-dakwah/ajaran-new-age-dan-kesannya-di-malaysia/

Ilmu merupakan kunci  dan pusat segala kebaikan. Ilmu adalah sarana untuk menunaikan apa yang Allah wajibkan atas kita. Keimanan dan amal seseorang dianggap tidak sempurna kecuali dia memiliki ilmu. Apabila manusia memiliki ilmu, maka Allah akan disembah, dengan ilmu maka hak Allah pasti ditunaikan, dan dengannya pula agama Islam tersebar. 
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan