Catatan Mei: Jadi Ketua Pendaftaran KONSURI 2025, Belajar Banyak Benda Baru

Assalamualaikum semua,

Bulan ni saya tak banyak dapat menulis.

Debaran bulan Mei sebagai ketua pendaftaran KONSURI 2025 (Konvensyen Suri Rumah Rahmah) memang terasa. Pertama kali saya menjadi ketua urusan pendaftaran dari jarak jauh. Kali terakhir saya memimpin tugasan sebesar ini adalah semasa zaman kerja dahulu atau mungkin waktu universiti dulu. Lama sangat dah!

Tapi sekarang, sejak bergelar suri rumah, jawatan paling besar saya adalah penolong ketua keluarga 😄

ketua unit tim pendaftaran konsuri 2025


20 Mei: Hari Sistem Pendaftaran OnPay Dibuka

20 Mei merupakan hari penting untuk saya dan team kerana sistem pendaftaran tiket KONSURI dibuka rasmi menggunakan platform OnPay. Beberapa hari sebelumnya, saya sudah menyediakan borang, upload gambar, tetapkan harga tiket, dan menyediakan kod kupon khas untuk ahli SRR.

Namun, seperti biasa, ada beberapa cabaran seperti peserta tersalah pilih tiket, refund yang perlu diuruskan, dan ada ahli SRR yang terlupa menggunakan kod kupon.

Syukur, team yang saya latih dapat bantu semak semua pendaftaran dengan teliti walaupun kami bekerja dari rumah masing-masing. Kerjasama dan komunikasi yang baik amat membantu dalam pengurusan pendaftaran KONSURI.


Baca sini: 

KONSURI 2025: Konvensyen Suri Rumah Paling Inspirasi Akan Berlangsung di Putrajaya!


Lihat borang onpay yang saya telah siapkan untuk konsuri 2025

https://surirumahrahmah.onpay.my/order/form/konsuri_2025


Kerja Content Creator SRR dan Client Tetap

Selain tugasan ketua pendaftaran, saya masih aktif sebagai content creator bagi page NGO SRR dan beberapa client tetap. Tugasan ini saya jalankan seperti biasa sambil uruskan pendaftaran KONSURI.

Kerja content creator memerlukan kreativiti, konsistensi, dan pengurusan masa yang baik supaya semua posting dan promosi berjalan lancar. Saya rasa bertuah kerana dapat terus belajar dan upgrade skill sambil di rumah.

freelancer mampu milik


Latih Team dan Belajar Jadi Ketua Secara Online

Salah satu pengalaman paling berharga bulan ini adalah melatih ahli team baru untuk membantu semak pendaftaran. Ada yang baru pertama kali menggunakan sistem OnPay, tapi mereka belajar dengan cepat. Saya belajar untuk lebih bersabar, menyusun tugasan dengan baik, dan sentiasa double-check setiap perkara.

Jadi ketua pendaftaran walaupun secara online memang mencabar, tetapi memberikan saya peluang untuk upgrade skill pengurusan dari rumah.

Dari NGO ke E-Commerce SRR

Dalam masa yang sama, kami mula membangunkan website rasmi SRR yang lengkap dengan fungsi e-commerce supaya semua urusan rasmi, termasuk pembelian tiket dan produk, boleh dilakukan di satu tempat. Ini adalah satu langkah besar untuk SRR beralih ke arah digital yang lebih profesional.

bina website jualan murah

Baca juga:

Onpay vs Website: Mana Lebih Berbaloi untuk Bisnes Anda?


Mula Edit Video dengan CapCut

Satu perkembangan menarik bulan ini adalah saya mula subscribe aplikasi CapCut untuk belajar edit video. Mulanya hanya untuk kegunaan sendiri, akhirnya saya mula membantu client FB Page buat video promosi.

Walaupun masih baru, belajar edit video memberi saya pengalaman baru dan membuka ruang untuk freelance dalam bidang digital.

Kesimpulan: Proses Itu Penting

Kerja sebagai suri rumah yang terlibat dalam projek NGO dan freelance memang tak sama macam kerja makan gaji. Ada hari sibuk tapi hasilnya tak nampak, ada hari rasa down. Tapi saya tetap bersyukur kerana ilmu dan pengalaman saya bertambah.

Saya percaya, kita boleh buat banyak perkara asalkan kita suka dengan apa yang kita buat dan mula dari apa yang kita ada.

Pesanan untuk Surirumah dan Semua yang Membaca:

Kita tak perlu sempurna untuk mula. Kita hanya perlu mula dan terus belajar. Jangan takut gagal, sebab setiap pengalaman adalah ilmu berharga.

Suri Rumah, Penulis, Pendorong Inspirasi
Saya kongsi kisah dan ilmu dari rumah, untuk kita sama-sama maju.

Catat Ulasan

0 Ulasan