Google Drive ni sebenarnya macam "almari awan" atau "cloud" untuk kita simpan fail. Semua dokumen, gambar, video atau tugasan boleh diletakkan di situ. Bestnya, bila kita simpan di Google Drive, kita boleh buka semula di mana-mana – sama ada guna komputer, laptop, atau telefon. Tidak kiralah di mana sahaja kita berada selagi mana ada line internet. Memandangkan dunia sekarang adalah dunia tanpa batasan maka "cloud" ini sangat membantu untuk kita capai dokumen yang diperlukan atau menyiapkan kerja.
Tahukah anda? Setiap akaun Gmail memang automatik dapat 15GB percuma. Ruang ini kongsi dengan Gmail (emel) dan Google Photos juga. Jadi kalau selalu simpan gambar atau emel besar, storage boleh cepat penuh. Tetapi anda usah risau, saya akan tunjuk juga apa nak buat kalau storage Drive anda dah penuh.
Apa Itu Google Drive?
Kalau nak ringkas, Google Drive ni tempat simpan fail secara online.
Dengan Google Drive, anda boleh:
- Simpan fail tanpa risau hilang.
- Kongsi dengan orang lain hanya guna link.
- Bekerjasama dalam dokumen, spreadsheet atau presentation.
- Akses fail di mana-mana – tak kisah guna telefon, laptop, atau tablet.
Cara Guna Google Drive di Komputer
Buka Google Drive👉 Pergi ke drive.google.com dan log masuk dengan Gmail anda.
Upload Fail
Klik butang + New → pilih File upload atau Folder upload.
Cipta Folder
Susun fail biar kemas. Klik + New → Folder → masukkan nama folder.
Kongsi Fail/Folder
Klik kanan pada fail → pilih Share. Masukkan emel orang yang anda nak kongsi, atau ambil link share.
Buat Dokumen Baru
Dalam Google Drive, anda boleh terus buat:
- Google Docs (macam Word)
- Google Sheets (macam Excel)
- Google Slides (macam PowerPoint)
Cara Guna Google Drive di Telefon
Kalau guna telefon, mula-mula kena install aplikasi Google Drive. Untuk edit dokumen, anda juga perlukan:
- Google Docs (dokumen)
- Google Sheets (spreadsheet)
- Google Slides (presentation)
👉 Semua ni boleh muat turun percuma dari Play Store (Android) atau App Store (iPhone).
Cara mudah di HP:
- Log masuk aplikasi Google Drive dengan Gmail anda.
- Tekan ikon + untuk upload fail atau buat folder.
- Kalau nak kongsi, tekan fail → pilih Share.
- Untuk edit fail, buka melalui Google Docs/Sheets/Slides.
Apa Maksud “Share” di Google Drive?
Ramai orang baru keliru bila sebut "share". Sebenarnya, share bermaksud anda bagi orang lain akses untuk tengok atau guna fail anda. Ada dua cara utama:
- Share guna emel → hanya orang yang anda jemput boleh buka.
Share guna link → anda copy link, lepas tu hantar. Pilih:
Restricted (terhad kepada jemputan)- Anyone with the link (boleh dibuka sesiapa yang ada link)
Tahap Akses dalam Share:
- Viewer → hanya boleh tengok.
- Commenter → boleh tengok & komen.
- Editor → boleh edit dan ubah fail.
⚠️ Tip: Kalau fail penting, cukup beri Viewer. Kalau nak semakan tugasan, guna Commenter. Bagi Editor hanya kepada orang yang dipercayai.
Adakah Link Share Makan Storage?
Ini pun selalu disalah faham. Bila orang share fail kepada anda:
- Storage anda tidak berkurang. Fail masih duduk dalam akaun pemilik asal.
- Storage anda akan berkurang bila:
- Anda upload sendiri fail ke folder share.
- Anda buat Make a copy fail orang lain.
- Anda simpan lampiran emel ke Google Drive.
💡 Kalau nak simpan sebagai rujukan tanpa makan ruang, guna fungsi Add shortcut to Drive sahaja. Shortcut tak guna ruang.
Apa Perlu Buat Bila Storage Google Drive Penuh?
Sebab 15GB dikongsi antara Gmail, Drive dan Photos, ruang memang boleh cepat penuh. Bila penuh, anda tak boleh upload fail atau terima emel.
Cara selesaikan:
- Padam fail besar di Drive (boleh susun ikut saiz).
- Kosongkan Trash/Bin.
- Padam emel besar di Gmail → cari
has:attachment larger:10M
. - Tukar setting Google Photos ke Storage Saver.
- Guna akaun Gmail kedua untuk dapat 15GB tambahan.
- Naik taraf ke Google One (100GB, 200GB, 2TB) – sesuai kalau anda banyak kerja bisnes atau content.
Kelebihan Google Drive
- ✅ Percuma 15GB untuk setiap akaun Gmail
- ✅ Selamat & auto-save
- ✅ Akses dari komputer atau telefon
- ✅ Mudah kongsi dengan link
- ✅ Boleh kolaborasi secara real-time
❓ FAQ Google Drive
1. Adakah Google Drive percuma?
Ya, setiap akaun Gmail dapat 15GB storan percuma.
2. Kalau banyak link share masuk, storage saya penuh ke?
Tak. Storage hanya terkesan bila anda sendiri upload atau copy fail.
3. Apa nak buat bila Google Drive penuh?
Padam fail besar, kosongkan Trash, padam emel besar di Gmail, atau naik taraf ke Google One.
4. Boleh guna Google Drive di telefon?
Boleh. Install Google Drive, Google Docs, Sheets & Slides.
5. Apa beza Viewer, Commenter, Editor?
- Viewer: tengok sahaja
- Commenter: tengok & komen
- Editor: boleh ubah & padam
Kesimpulan
Google Drive ni memudahkan hidup – simpan fail, kongsi tugasan, edit dokumen, semua dalam satu tempat. Yang penting, faham cara share dengan betul dan tahu urus storage supaya tak cepat penuh.
Kalau anda baru nak mula, cubalah upload fail kecil dulu. Lepas tu, belajar kongsi dengan kawan atau rakan kerja. Bila dah biasa, Google Drive akan jadi salah satu alat paling berguna untuk belajar, kerja, atau bisnes anda.
0 Ulasan