Planner SRR 2026: Catatan Peribadi Saya Tentang Edisi Srikandi Mujahidah
Saya nak kongsi sedikit tentang satu projek kecil tapi sangat dekat di hati saya — Planner Suri 2026 keluaran Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR).
Ini adalah koleksi planner ketiga yang kami hasilkan sendiri dari awal hingga akhir. Dan setiap kali kami siapkan satu edisi baru, rasa dia tak pernah sama. Kali ni, kami bawa tema Srikandi Mujahidah — khas untuk wanita yang nak hidup lebih tersusun dan terjaga, tapi dengan jiwa yang kuat dan berpaksikan akhirat.
Apa Yang Kami Letakkan Dalam Planner Ni?
Saya dan tim SRR cuba hasilkan sesuatu yang bukan sekadar cantik luar, tapi ada isi yang hidup di dalamnya.
- 13 kisah tokoh wanita agung – supaya setiap bulan, kita boleh ambil semangat daripada mereka
- Ruang ibadah tracker & muhasabah – untuk bantu kita jaga amal dan tengok balik perjalanan diri
- Perancangan bulanan & mingguan – sebab wanita hari ini buat macam-macam
- Hardcover eksklusif + sticker + bookmark – sebab kita suka benda cantik kan?
Cetakan Terhad: Hanya 200 Naskhah
Kami cuma cetak 200 unit sahaja. Bukan sebab nak ‘limited edition’ sangat pun… tapi sebab nak pastikan setiap satu dicetak dengan teliti dan terus sampai ke orang yang memang perlukan.
Setakat hari saya tulis ni, tinggal 99 unit terakhir.
RM30 sahaja (asal RM45) — kami tak ambil untung besar, sebab ni memang projek komuniti
Order cepat, kami pos ikut giliran.
Kalau Ada Yang Ke SIBF 2025...
Kami ada buka booth juga di sana. Ada promosi kombo Planner + Buku Panduan SRR (RM60).
Tapi kalau tak ke sana pun tak apa — boleh order online dengan harga planner yang sama (RM30).
![]() |
| KOMBO khas di SIBF |
Nak Tempah?
Klik sini je: Suri Planner 2026 – Edisi Srikandi Mujahidah
Kalau tak beli pun tak apa. Tapi kalau rasa planner ni bermanfaat untuk awak, atau orang tersayang — saya sangat hargai kalau sudi bantu sebarkan.
Tentang SRR (Dari Mata Saya)
SRR ni bukan sekadar persatuan — dia macam keluarga kecil yang bantu sesama wanita bina hidup yang lebih bermakna.
Kami buat banyak projek kecil macam ni… tapi planner ni antara yang paling saya sayang.
Sebab dia bukan sekadar alat, tapi cara kami menyentuh jiwa wanita lain dari jauh.
Terima kasih sudi baca sampai habis.
Kalau awak antara 200 orang yang bakal simpan planner ni — saya doakan, semoga hidup awak juga akan lebih terarah, dan lebih tenang, insyaAllah.
![]() |
| bestnya ramai juga dah dapatkan planner suri SRR 2026 hari ini tadi |
![]() |
| close up! |
![]() |
| stok fresh dari kedai print siang tadi |






0 Ulasan