Bismillah. Assalamualaikum semua, entri kali ini saya nak kongsikan tentang ONPAY. Seperti yang anda mungkin tahu (yang follow saya di blog), saya dah agak lama berurusan dengan ONPAY, dan jika diperhatikan, semakin ramai NGO, usahawan kecil, dropshipper, malah penganjur program besar menggunakan platform ini. Malah Buruj Watches sendiri menyediakan ONPAY khas untuk tim dropship mereka, lengkap dengan link pembelian dan arahan yang mudah difahami.
Sebenarnya, ONPAY bukan sekadar “alternatif murah”—ia sudah menjadi standard bagi banyak organisasi kerana satu sebab utama: ia stabil dan user-friendly.
Fungsi ONPAY cukup lengkap: pendaftaran peserta, rekod pembayaran, invois, laporan, kupon diskaun, sistem affiliate — semuanya siap. Dan yang paling penting? Ia ringan, pantas dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja, terutama pelanggan yang membeli melalui telefon.
Lihat begitu ramai yang menggunakan ONPAY sebagai solusi servis, jualan malah program infak. Nak tengok kesemua produk di ONPAY? Klik sini: https://onpay.my/marketplace
Namun, seperti mana anda pun mungkin pernah rasa…
Landing page ONPAY ini memang kosong.
Hitam putih, terlalu plain, tidak menggambarkan brand, dan tak ada ‘jiwa’ walaupun fungsi dalaman sangat kukuh.
Bagi pelanggan, visual memberi kesan pertama. Kalau halaman nampak tidak teratur, mereka boleh rasa ragu-ragu. Ini bukan salah ONPAY — ia memang dibuat begitu supaya semua orang boleh mula guna tanpa pening.
Tetapi untuk seseorang yang sudah biasa dengan dunia website dan copywriting seperti saya, ONPAY terasa seperti kanvas kosong yang sebenarnya boleh diperkemaskan.
Dan saya mula bereksperimen.
Saya tambah HTML ringkas, saya hidupkan semula struktur agar ada ‘flow’, saya harmonikan warna, saya pecahkan teks panjang supaya lebih selesa dibaca, dan saya cipta header banner seakan website.
Tiba-tiba, ONPAY berubah wajah.
Daripada kosong hitam putih, ia menjadi sebuah mini-website yang cantik, kemas dan meyakinkan.
Dari situ saya mula sedar:
Ramai sebenarnya guna ONPAY, tetapi tidak tahu ia boleh jadi cantik.
Ramai NGO, trainer, coach, penjual single produk dan penganjur seminar — semua akan lebih yakin jika halaman mereka kelihatan professional.
Jadi saya kongsikan satu basic dan satu versi terkini dari landing page yang saya siapkan untuk klien. Ia bukan design besar-besaran, tetapi sekadar membuktikan bahawa ONPAY ada potensi besar jika disentuh dengan betul.
Dan kerana permintaan mula datang secara natural, saya ambil keputusan untuk membuka servis ini secara rasmi.
Salah satu kaedah termudah adalah, kita design poster di canva dan letakkan di ruangan landing page, susun satu per satu menjadi sales landing page yang cantik. Anda boleh lihat contoh lengkap di sini: Bengkel Amazing Nahu
Asasnya, beginilah rupa kejadian penulisan Onpay,
Namun dengan sedikit eksperimen, anda boleh ubah yang simple ini kepada premium landing page walaupun cuma teks sahaja.
Contohnya;
Seakan-akan menggunakan website kan? Tadi saya kongsikan hasilnya kepada client, cukup suka beliau. Alhamdulillah.
Kenapa Saya Buka Servis Setup Landing Page ONPAY
Saya bukan designer profesional, tetapi saya adalah seorang penulis dan content creator yang suka menyusun cerita, menjaga aliran teks, dan memastikan sesuatu halaman “mengalir” dengan baik. Setiap landing page bukan sekadar visual semata-mata, tetapi ia tentang bagaimana seseorang dibimbing untuk faham dan seterusnya membuat keputusan.
Saya dapati inilah kekuatan saya dan mungkin juga kerana beberapa tahun pengalaman berniaga secara online.
Bila digabungkan dengan teknikal kecil seperti HTML dan layout, ONPAY jadi platform yang sangat saya enjoy untuk bekerja.
Ramai usahawan juga lebih suka ONPAY kerana:
• ia tidak memerlukan kos hosting
• tidak perlu update plugin
• tidak ada risiko website rosak
• sangat mudah untuk team uruskan
• sangat stabil bagi transaksi harian
Jadi daripada saya simpan kemahiran ini seorang diri, lebih baik saya tawarkan kepada mereka yang memerlukan. Insya Allah
Apa Yang Saya Sediakan Dalam Servis Ini
Servis saya bukan sekadar “saya susun page anda”.
Ia adalah pengalaman keseluruhan:
- Saya baca dan faham bisnes atau program anda lakukan
- Saya rangka flow cerita anda
- Saya susun agar pembaca rasa jelas, tenang dan yakin
- Saya jadikan ONPAY awak cantik seperti website sederhana
- Saya pastikan pelanggan tak sesat mencari CTA
Semua ini saya buat dengan gaya lembut, bersih dan penuh perhatian.
Harga yang saya tetapkan juga mesra, kerana saya tahu ramai baru bermula:
RM150 – RM250 untuk sebuah landing page lengkap
Termasuk penulisan, HTML custom, visual asas, susunan section, dan CTA.
✔ copywriting
✔ design HTML custom
✔ poster ringkas
✔ susunan flow lengkap
✔ konsultasi sekali (sebelum mula)
(Harga boleh disesuaikan ikut keperluan & kompleksiti.)
Bagi saya, ini bukan sekadar servis — ini adalah sebahagian daripada kerja dakwah kecil saya melalui ilmu digital. Bila NGO, trainer dan usahawan boleh menyampaikan maklumat dengan lebih baik, mereka sebenarnya sedang menyebarkan manfaat yang lebih luas.
Antara syarikat dan NGO yang pernah saya bantu setup NGO adalah Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR), Akademi Sinergi, Yayasan Ummi Malaysia, Amal till Jannah (ATJ) dan Arafeeq Learning Resources.
Apa Yang Termasuk Dalam Servis Setup Landing Page ONPAY
1. Copywriting & Storyline (gaya profesional tetapi mesra)
Saya susun flow membaca supaya pelanggan mudah faham dan tak ‘hilang’.
2. HTML Custom
• warna brand
• highlight
• divider
• grid layout
• spacing profesional
• header section cantik
• typography kemas
Walaupun ONPAY ringkas, HTML menjadikannya premium.
3. Visual Header / Banner
Jika awak tiada poster, saya boleh buat poster ringkas yang nampak harmonis dengan brand.
4. Susunan Seksyen (Flow Pemasaran)
– masalah
– solusi
– manfaat
– testimoni
– tentatif (jika program)
– bonus
– harga
– FAQ
– CTA
Semua disusun supaya pelanggan “dibimbing” hingga klik bayar.
5. Pemasangan Butang WhatsApp / CTA yang jelas
Bukan sekadar letak butang—tapi CTA yang psychologically ready untuk convert.
6. Semakan SEO Ringkas
Untuk tajuk ONPAY & struktur bacaan.
7. Pemasangan Gambar Mengikut Format Yang Ringkas & Laju
Supaya page tak berat.
Siapa Yang Sesuai Untuk Servis Ini?
✔ Usahawan produk (dropship, ejen, founder)
✔ Penganjur kelas atau seminar
✔ NGO yang perlukan halaman infaq / sumbangan
✔ Trainer, coach, ustaz/ustazah
✔ Pemilik bisnes kecil yang nak page cepat tanpa pening
Kalau Anda Perlukan Bantuan, Saya Ada Di Sini
Jika anda sedang menggunakan ONPAY dan mahu halaman anda lebih kemas, lebih cantik dan lebih meyakinkan, anda boleh hubungi saya terus:
👉 https://wasap.my/60139646618/LandingPageONPAY
Saya sedia bina dari awal, atau cantikkan page sedia ada.
Dan kalau anda juga perlukan template tertentu, saya boleh sesuaikan mengikut identiti brand yang diperlukan.
Moga usaha kecil ini memberi manfaat dan memudahkan ramai.
Ameen2x ya rabbal alamin.






0 Ulasan