Kerjasama & Inisiatif

Kerjasama & Inisiatif

Sepanjang perjalanan saya sebagai penulis, freelancer dan penggerak kerja komuniti, saya berpeluang terlibat dalam beberapa kerjasama bersama NGO, organisasi, komuniti dan inisiatif pendidikan.

Bentuk kerjasama ini tidak terhad kepada satu peranan sahaja. Ada yang saya bantu dari sudut penulisan dan kandungan, ada yang melibatkan pengurusan media sosial dan website, dan ada juga yang berbentuk sokongan teknikal, dokumentasi atau urusan pentadbiran dari rumah.

Setiap kerjasama saya anggap sebagai amanah. Saya berusaha menyumbang mengikut kemampuan dan kepakaran, sambil terus belajar memperbaiki mutu kerja dan komunikasi.

Halaman ini diwujudkan sebagai rujukan terbuka — untuk berkongsi secara ringkas penglibatan dan kerjasama yang pernah dijalinkan, serta sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang pernah bekerjasama.

Bentuk Kerjasama

Antara bentuk kerjasama yang pernah dan sedang dijalankan:

  • Penulisan artikel, refleksi dan kandungan media sosial
  • Pengurusan page Facebook & kemaskini website
  • Penyediaan sistem borang, pendaftaran dan maklumat program
  • Sokongan pentadbiran dan dokumentasi dari rumah
  • Sokongan kandungan untuk program pendidikan & kebajikan

(Skop bergantung kepada keperluan dan persetujuan bersama.)

NGO, Organisasi & Inisiatif

Antara NGO dan inisiatif yang pernah terlibat secara langsung atau kolaboratif:

  • NGO Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia
  • Akademi Sinergi
  • Yayasan Ummi Malaysia
  • NGO Amal till Jannah
  • MSCRS (Surgeon Society)

👉 Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Nota: Penglibatan adalah mengikut kapasiti tertentu dan tidak semestinya dalam semua aspek pengurusan.

Hubungi

Jika anda mewakili NGO, organisasi atau inisiatif komuniti dan ingin berbincang potensi kerjasama yang bersesuaian, anda boleh hubungi saya melalui halaman Hubungi.

Perbincangan awal biasanya dimulakan secara ringkas — bagi memahami keperluan, skop dan kemampuan kedua-dua pihak.

Catat Ulasan

0 Ulasan