Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah
Memaparkan catatan dengan label Cara Buat Iklans Shopee ads. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara Buat Iklans Shopee ads. Papar semua catatan

6/19/2021

Cara Buat Discovery Shopee Ads

Bismillah. Mari kita belajar cara buat Shopee Discovery Ads. Sekiranya anda sudah maklum mengenai Shopee Ads, ada 3 cara bagaimana anda boleh buat Shopee Ads dan salah satunya ialah discovery ads. Discovery bermaksud dijumpai. Anda nak iklan anda dijumpai di tiga area tanpa menggunakan sebarang keywords.


Dimana iklan anda akan dijumpai?

1. Daily Discover
2. Similar Product
3. You May Also Like



Ini ialah paparan YOU MAY ALSO LIKE, anda boleh lihat icon Ad di produk ke enam



Paparan SIMILAR PRODUCTS juga ada icon Ad dan kebiasannya kita nak bersaing secara sihat bersama pesaing kita di shopee ini adalah salah satu cara terbaik untuk anda lakukan




Paparan Daily Discover juga diletakkan iklan berbayar supaya customer atau kita sebagai pembeli dapat melihat produk tersebut. Daily discover adalah mengikut sejarah pembeli masing-masing. Maksudnya apa produk atau keyword yang anda selalu cari di Shopee. Maka paparan daily discover anda berkaitan dengan search history anda dan pembelian anda di Shopee.




Baik. Jadi anda sudah tahu di mana produk anda akan muncul. Mari kita mulakan.



Pertama, buka seller center anda, jika boleh buat di laptop atau pc masing-masing. Ianya lebih baik berbanding buat ads di applikasi Shopee, dan ada beberapa kekangan apabila anda bina iklan di apps.



Klik sahaja pada Shopee Ads di Shopee Seller Center anda. Anda akan dibawa ke bahagian seperti gambar di bawah.



Ini ialah paparan Discovery Ads Shopee. Klik pada "Add New Discovery Ads" untuk mulakan pengiklanan produk anda"



Nampak tak auto optimisation tu? Kalau boleh lah anda turn off ye. Auto ni kita tak dapat kawal berapa persen dan nilai bid. Kebanyakkannya duit cepat habis tetapi sales tiada. Jika saya lah, saya akan matikan dan run secara manual sahaja. Tekan add product untuk bermula



Sila pilih produk yang anda mahu iklankan ya. Add product kemudian tekan submit


Tuk lebih advanced klik di Add Advanced Settings 



Advanced version sebegini ya. Keluar semua jenis ads di discovery. Anda boleh setkan maksima terima bidding berapa. Maksima ialah 300%




Siap. Mudah sahaja kan?



Alhamdulillah. Siap entri kita pada hari ini. 


Baik beberapa tips shopee ads untuk anda semua.

1. Tak semestinya run ads hari ni terus dapat sales. 
2. Run ads dengan bijak, tolong kira sama ada ads anda menghasilkan untung atau rugi. 
3. Discory ads ialah cara yang bagus untuk memarketingkan produk kedai anda dan mendapatkan trafik.



Saya harap entri ni dapat membantu anda semua. 




Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com