Showing posts with label Shopee Feed. Show all posts
Showing posts with label Shopee Feed. Show all posts

[Tutorial] Shopee Feed Timeline dan Story Macam Instagram!


Applikasi Shopee ni semakin menarik tahu. Pelbagai fungsi dah ada sebagai benefit untuk support seller Shopee. Dan paling best bagi sayalah jika kalian dapat memanfaatkan 2 fungsi iaitu Shopee Feed dan Shopee Live.


Saya bagi contohla bila saya skroll di Shopee Feed. First kalian akan nampak timeline feed..



K

Kita akan nampak seller lain punya feed sekali. Kalian boleh post macam-macam seperti video, gambar atau products yang kalian jual di Shopee.


Nak Tahu Cara Letak Shopee Feed Anda? 



Pergi ke Me - > Buying area. Tempat kalian nak cek order kan. Haaa sinilah. Akan ada Buying dan Post. Nak buat feed, click dekat icon tambah tu. 



Ada gambar, product. Bolehlah post apa nak dipostkan. Biasanya saya post gambar dan video. Tak tahulah kenapa product post saya tak ok. Ada 100 products di Shopee tapi yang keluar 10 produk je. Hmmm, tak boleh nak buat apalah. 

Jadi dah siap post akan keluar macam ni. Nampak tak ada seller spam kat komen tu? Yang tu tak boleh nak delete or report spam. So maybelah harapan saya Shopee elok buat improvements bagi mengelakkan spam macam ni. Tak baik kan? 


Jadi macam Instagram kan? Haaa, mudah sahaja. Jom cuba rugi tak cuba shopee feed ni kay? Jika ada ramai follower kalian boleh broadcast sekali. Boleh gunakan fungsi ni 3x sahaja seminggu. 




Ini ialah video tutorial bagi Shopee Feed dan Shopee Story


Selamat Mencuba :)





Selamat mencuba. Masih baru nak belajar berniaga di Shopee? Boleh baca panduan yang saya sediakan ni secara percuma.