Apa Itu Gula?

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google




APA ITU GULA ???



Gula adalah bahan makanan yang memiliki rasa manis yang digunakan sebagai bahan campur makanan. Rasa manis yang di hasilkan oleh gula ini diketahui banyak tersimpan bahaya di dalamnya, namun hal itu belum disedari oleh kebanyakan masyarakat. Ini kerana manisnya gula telah menjadi satu kegemaran ramai rakyat malaysia terutamanya sejak kita dari kecil lagi. 

Ada pelbagai jenis gula iaitu gula pasir, gula merah, gula perang dan banyak lagi. Terkait dengan apa itu gula pasir sendiri adalah bukan berasal dari perasan air tebu, melainkan berasal dari proses kimiawi air tebu yang dapat menghasilkan butiran gula manis dan jernih.

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!


Adakah badan kita perlukan gula TEBU sebagai sumber tenaga ?



Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain seperti nasi, ikan, daging, sayur, susu, buah-buahan ubi kentang dan lain-lain kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga. Jika dikira, pengambilan makanan seharian kita,dua kali hidangan nasi dan juga makanan sampingan lain mempunyai jumlah kalori (tenaga) yang jauh lebih banyak dari tenaga yang diperlukan oleh badan (mengikut aktiviti individu). Kalori yang berlebihan itulah yang akan memberi kesan buruk pada kesihatan badan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti serta masalah-masalah kesihatan lain.


INFO ! - Jadi fakta yang sebenarnya ialah badan kita sememangnya memerlukan gula tetapi bukan GULA TEBU !! (Fakta dari pakar pemakanan)

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak GULA di dunia?



Walaupun negara kita adalah sebuah negara yang kecil , namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara yang mempunyai rakyat paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit diabetes yang ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan suatu masa dahulu.
Di Jepun, gula tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dimana gula menjadi seperti satu kewajipan di dalam kehidupan seharian kita.

Kita kini mempunyai pilihan lain selain gula. Memperkenalkan Royal sweetener stevia yang kandungannya 100% ekstrak stevia tulin. Sejenis pemanis semulajadi yang lebih manis 200 kaliganda daripada gula tebu dan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.


Awas!! Anda mungkin tidak perasan, tetapi gula mempunyai nama lain selain dipanggil GULA tahu!Ketahui hak anda sebagai pengguna!


Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti :-* Glukosa * Fruktosa * Laktosa * Maltosa* Sukrosa * Sirap Glukos * Sirap Maple* Molases * Sirap Hitam * Sirap Kencana * Dektrosa * Sorbitol

BAHAYA PENGGANTI GULA SINTETIK YANG ADA DIPASARAN



Hanya memberi rasa manis tetapi tidak membantu langsung dalam menurunkan paras gula dalam darah, malah ramai dikalangan pesakit diabetes yang menggunakan produk berasakan aspartame mendapati paras gula dalam darah mereka semakin tinggi.

Aspartame juga memberi kesan buruk dengan merosakkan saraf mata apabila diambil secara konsisten dalam satu jangkamasa.

Ibu Gula (Saccharine) yang banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman termasuklah pembuatan jeruk buah-buahan juga boleh menjadi agen barah jika diambil dalam satu jangkamasa.

Ibu Gula (Saccharine) telah diharam penggunaannya oleh hampir semua negara termasuk Malaysia kerana kesan buruknya terhadap kesihatan tubuh badan manusia.

Gula Sintetik Lain - Sukralose.


“SEBELUM terkena, kawal pemakanan, jangan ikut nafsu. Beringat sebelum terkena. Kurangkan makan nasi, minuman berkarbonat dan makanan yang bergula.” Begitulah ungkapan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang pesakit kencing manis yang pernah ditemu bual Mingguan Malaysia baru-baru ini.Ketika membacanya, mungkin kita sudah biasa mendengar nasihat sedemikian. Namun, cerita sebaliknya banyak memberi pengajaran. Bayangkan hidupnya yang ceria telah berubah. Nila (bukan nama sebenar) hanya mengetahui dirinya menghidap kencing manis selepas melahirkan anak kedua. Namun Nila tidak bersungguh-sungguh mengambil insulin bagi memastikan kencing manisnya stabil. Sikap acuh tak acuh terhadap penyakit ini menyebabkan Nila kehilangan kaki kirinya. Nasihatnya kepada generasi muda, kurangkan gula kerana tanpa disedari ia boleh menjadi pembunuh.Hakikatnya, kebanyakan masyarakat pada hari ini menyedari tentang bahaya gula biasa yang mengandungi kalori dan menjadi punca penyakit diabetes. Jadi, mereka kini lebih peka dan mula menggunakan gula tiruan atau pemanis gantian yang dikatakan bebas kalori dan baik untuk tubuh badan.Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini? Pemanis tiruan merupakan alternatif kepada mereka yang inginkan rasa manis tetapi tidak mahukan kalori yang berlebihan daripada gula biasa. Pemanis tiruan banyak digunakan dalam makanan dan minuman proses yang dipromosikan sebagai rendah kalori atau “diet” atau “tiada gula”. Gula ini sepatutnya lebih baik untuk kesihatan. Pemanis tiruan ini mempunyai rasa yang manis tetapi mempunyai kalori yang rendah dan secara umumnya dikatakan baik untuk menurunkan berat badan dan membantu pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah.Pun begitu, kajian menunjukkan pemanis tiruan yang dipek mempunyai kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Pada 2008, para pengkaji di Universiti Purdue melaporkan satu kajian yang dijalankan ke atas beberapa tikus mendapati kandungan sakarin (saccharin) yang ada dalam pemanis tiruan tersebut mampu mengubah selera makan haiwan tersebut.Kesan sampinganBagaimanapun, ketua kumpulan pedagang pemanis tiruan menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa kesan sampingan tersebut tidak semestinya berlaku ke atas manusia.Profesor Madya bahagian Sains Psikologi di Institut Kajian Perlakuan Inges, Universiti Purdue, Amerika Syarikat, Susan Swithers berkata, tikus uji kaji memakan yogurt yang mengandungi pemanis tiruan tersebut menjadi gemuk dan selera makan bertambah dengan mendadak.“Perlu dihebahkan di sini bahawa pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi pemanis tiruan mampu mengubah sistem semula jadi tubuh badan manusia.“Bermakna, ia mampu mengubah hormon tahap selera semula jadi manusia yang sepatutnya merasa kenyang sebelum hormon semula jadi tersebut bertindak sendiri.“Kita biasanya akan berhenti makan sebelum tubuh badan kita menyerap semua kalori yang terkandung dalam makanan yang dimakan. Salah satu sebab untuk kita berhenti makan ialah disebabkan naluri semula jadi ditambah dengan pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman lalu. Sebagai contoh, “Selepas saya memakan makanan ini, saya akan merasa kenyang untuk satu jangka masa yang agak lama,” jelas Swithers lagi.Sementara itu, satu laporan pada 2010 menyatakan pengambilan diet yang kaya sodium atau minuman dengan pemanis tiruan akan meningkatkan risiko seseorang mengalami kemerosotan fungsi buah pinggang.Dua kajian terhadap kaitan antara pengambilan sodium dan minuman manis dengan kemerosotan fungsi buah pinggang telah dijalankan oleh Dr. Julie Lin dan Dr. Gary Curhan dari Hospital Wanita Brigham, Massachusettes, Amerika Syarikat. Mereka mendapati pengambilan sekurang-kurangnya dua hidangan minuman soda setiap hari boleh mempercepatkan kadar kemerosotan fungsi buah pinggang sebanyak dua kali ganda. 


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan