tentang saya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Saya Puteri Emme Marina binti Mohamad, seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menetap di Kuantan, Pahang. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia serta Sarjana Kimia Industri dari Universiti Malaysia Pahang (UMPSA).

Kini, saya fokus sebagai penulis bebas, penjual produk Islamik, dan pelajar ilmu Al-Quran. Dalam masa yang sama, saya aktif menyumbang kepada komuniti melalui pelbagai projek kemasyarakatan dan dakwah.


Pendidikan & Pengalaman

Saya aktif menyertai pelbagai program bisnes, penulisan dan pemasaran digital seperti:

  • Bengkel Asas Penulisan Berkesan – Puan Azian Mohamed Isa
  • Lazada & Shopee Masterclass (LSMM) – Coach Ira Aziz
  • Marketing Genius Advance (MGA) – Mompreneur Mastermind
  • Kelas Ghostwriter & Pengurus Media Sosial – UpahMenulis.com
  • Business Strategic Gameplan (BSG) – Coach Bukhari Ramli (BRC.my)
  • Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) – Puan Masayu Ahmad (2015)

    Terkini, saya merupakan pelajar TOTIQ Batch 3, iaitu program tadabbur Al-Quran berstruktur menggunakan pendekatan BDQ (Berinteraksi dengan Al-Quran).


    Servis & Penulisan Freelance

    Saya menawarkan khidmat penulisan dan pengurusan konten secara freelance, termasuk:

    • Penulisan blog mesra SEO
    • Copywriting FB/IG/Telegram
    • Pengurusan FB Page & strategi pemasaran
    • Penulisan artikel, e-book, dan konten berunsur Islamik
    • Setup blog dan kedai e-dagang (Shopee, OnPay, WordPress)


      Produk & Perniagaan Islamik

      Saya juga aktif menjual produk berteraskan nilai Islam seperti:

      • Jam Azan (Buruj & PTime)
      • Al-Quran Tagging & Ukiran Nama
      • Healing wallet, jar infaq & cover Quran

        Al-Quran Digital Al-Qolam tidak lagi dijual!


        Projek Semasa & Peranan Dalam Komuniti

        Saya terlibat dalam beberapa projek dakwah dan kebajikan melalui NGO dan institusi berikut:

        🟣 Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR)
        Sebagai admin konten, saya bertanggungjawab menghasilkan bahan kempen, poster, dan pengisian motivasi buat komuniti suri rumah, termasuk untuk acara tahunan KONSURI.

        🟣 TOTIQ & TOTIQ TV
        Sebagai pelajar Batch 3, saya mendalami ilmu tadabbur Al-Quran menggunakan kaedah BDQ. Saya juga terlibat dalam penghasilan kandungan untuk promosi dan perkongsian TOTIQ TV.

        🟣 Yayasan Ummi Malaysia (YUM)
        Saya bertugas sebagai urusetia bagi sesi TOTIQ Batch 4, membantu pengurusan pelajar serta sokongan kepada pihak YUM sepanjang berlangsungnya program.

        🟣 Amal Till Jannah (ATJ)
        Sebuah NGO kebajikan yang menguruskan program infaq, sedekah dan wakaf. Saya menyumbang dari segi penulisan kempen, copywriting poster, dan penyampaian mesej dakwah melalui medium digital.


        Karya & Buku

        Saya telah hasilkan beberapa e-book dan buku fizikal seperti:

        Panduan Bisnes di Shopee


          "Selagi masih hidup, doakan agar saya dapat terus menuntut ilmu dan menyampaikannya kembali kepada masyarakat."

          "Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat bagi orang lain."
          (HR Ibnu Majah)


          Emme Marina Mohamad
          📞 WhatsApp: 018-9100 852
          📧 Email: emmemarinaent@gmail.com
          🌐 Blog: www.emmemarina.com

          Catat Ulasan

          0 Ulasan