Esok 1 Mac 2016

Teks: Emme Marina Mohamad

Jam menunjukkan pada 8.27 malam, Isnin 29 Februari 2016 semasa saya menaip untuk entri kali ini.

Lagi beberapa minit untuk masuknya azan isyak. Saya berfikir, apakah saya sudah siapkan kesemua tugasan saya hari ini?

Ada ahli silver untuk amaltilljannah, namun saya masih belum daftarkan. Kerana hari ini jatuh pada 29 Februari, kerisauan keahlian setahun genap 4 tahun kemudian. Makanya, kami semua, geng-geng rcc ini akan mendaftarkan semua ahli baru pada keesokkan hari.

Juga permintaan untuk korset premium beautiful kawan Kak Normila masih belum saya ukurkan saiznya. Bercadang untuk cek malam ini. Semoga dipermudahkan urusan. Aminnn.

Hari ini grup bisnes stevia agak meriah. Syukur makin ramai yang sedar hanya dengan menjadi ahli, kita bukan sahaja jadi pengguna semata, namun kita berhak untuk menjana pendapatan melalui produk stevia ni. Tidak kira apa pon pakej keahlian yang didaftarkan, keistimewaan komisyen dan kebajikan adalah sama rata. Lain dari yang lain sungguh bisnes stevia ini.

Tugasan hari ini selesai untuk menyiapkan blog-blog jualan saya yang lain. Seeloknya mahu fokus, satu blog satu jualan. Supaya ianya kekal tersusun tanpa gangguan. Blog juga saya olah supaya ianya lebih "user friendly" kepada semua pengguna android. Statistic blog menunjukkan lebih 50 peratus pelanggan blog saya menggunakan smartphone atau android untuk membaca entri saya. Alhamdulillah, terima kasih ya sudo jengah blog saya yang tidak seberapa ini. Pujian kalian saya kembalikan kepada Allah yang Maha Esa.

Saya ada beberapa blog jualan dan juga saya merupakan admin utama bagi blog amal till jannah. Mungkin jika kalian mempunyai masa lapang, jenguk-jenguklah ke blog amal till jannah ya.

Ini senarai blog saya selain blog utama emmemarinamohamad.blogspot.my

1. Produk dms360 stokiscerminseri.blogspot.my
2. Radio digital islamik radiodigitalislamikmalaysia.blogspot.my
3. Jubah nursing jubahnursingmurah.blogspot.my

Alhamdulillah, kesemua produk jualan ini saya jalankan hanya dari rumah sambil menjaga anak-anak.

Kesemua ini juga saya belajar dari akademi bekerja di rumah semasa kelas asas blog penulisan dan bisnes. Di sini terlalu banyak ilmu yang dicurahkan, kata-kata semangat yang tidak jemu kepada kami terutamanya pengurus online akademi ini. Membuatkan saya terus mahu maju ke hadapan.

Rezeki pasti akan ada. Itu janji Allah. Kita hanya perlu lakukan apa yang disuruh. Lakukan apa yang Allah gemarkan. In shaa Allah, Dia pasti memberi.

Saya berbisnes mulanya kerana duit, kerana mahu ada uwang untuk bantu suami. Tapi sebenarnya kita kena semak balik diri. Berniagalah kerana Allah. Berniaga kerana niat yang baik dan manfaatnya. Bukan duit yang kita kejar, tapi saham akhirat yang boleh kita dapat hasil dari perniagaan kita. Pernahkah kita bersedekah? Berzakatkah kita? Tanya semula diri kita.

Rasulullah s.a.w juga berniaga. 9 daripada 10 rezeki itu datang dari perniagaan tetapi yang sebenarnya rezeki itu kebergantungannya haruslah 100% yakin dengan rezeki yang Allah beri. Besar sungguh jika 9 daripada 10 rezeki itu Allah beri pada kita bukan? Cuba bayangkan..

Cukup dahulu catatan harian saya hari ini. In shaa Allah kita ketemu lagi di lain hari.


Salam sayang dari saya,
Buat suri ke suri, buat wanita ke wanita, buat peniaga ke peniaga.

Kita semua hamba Allah, yang kita mahukan akhir sekali hanyalah keredaan Nya dan syurga buat diri kita.


Catat Ulasan

0 Ulasan