Kebesaran Sedekah Dalam Quran

وَاَنْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ  يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَاۤ اَخَّرْتَنِيْۤ اِلٰٓى اَجَلٍ  قَرِيْبٍ ۙ  فَاَصَّدَّقَ وَاَكُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
[QS. Al-Munafiqun: Ayat 10]


Sedekah merupakan ganjaran yang amat besar nilainya. Namun kita selalu lupa bahawa dengan sedekah juga hati kita diberi iman dan tenang. Allah mencintai hambanya yang soleh dan bersedekah.

Seperti rakan-rakan lain, pembaca sekalian.

Saya juga sedang cuba supaya tidak mencintai harta, tidak kiralah berapa pon jua nilainya. Bersedekahlah terutama dalam kamu merasa kedekut dan bakhil ketika inilah waktu yang paling afdal kamu bersedekah.

Cuci kolam jiwa.

Dari Allah kepada Allah.


Marilah kita amalkan sedekah. Tidak kiralah RM1, RM5 atau berapa sekalipun.

Semua nilai ini hanya Allah sahaja yang mampu mengadili.


Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang beriman.

Aminn


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan