Bagaimana Jadi Dropshipper Berjaya (part 4)

#IAmExclusiveDropship
Part 4

Facebook profile ni kita anggap macam kedai kita.

dan wall kita tu ibarat muka depan kedai kita yang kita kena buat nampak menarik supaya orang suka lalu depan kedai kita dan bertuahnya dia akan masuk membeli.
Masuk membeli ni ibarat dia PM kita.

sebab kita nak nampak exclusive, kita bukan sekadar kena jaga gambar profile FB kita, malah status pun di ambil kira.

Saya rasa semua dah sedia tau waktu pagi sesuai posting kata2 motivasi .
waktu hampir lunch ,promosikan produk.
Waktu petang kongsikan sesuatu yang menarik seperti lawak jenaka dan malam boleh promosi dan juga sharing kerana malam trafik paling tinggi orang buka facebook.

isu paling biasa diterima ,
" kami tak tau nak buat ayat"

untuk kata2 motivasi dan lawak jenaka , anda google ja atau boleh copy paste dari page2 yang beratus ribu like @ juta like.

Macam saya sendiri, saya suka page prof muhaya dan dr fadzilah kamsah.

bila saya baca status beliau yang saya rasa "terkesan" dan sesuai untuk saya post di wall, saya akan post.

Letakkan credit atau tag nama fb beliau di bahagian bawah.  Walaupun mereka tak pernah isukan kenapa copy atau wajib kena kredit . kita letak juga sebab hormati idea yang diilhamkan. Tapi kalau ada yang memang tak suka kita copy dan credit, dia nak share ja boleh.. kita hormati apa dia nak , ok? ��

Bab nak promote produk ni , awal2 berniaga adalah normal untuk tak pandai karang ayat. Usah susah hati.

yang penting elakkan tanda seru dan tanda soal berulang kali  walaupun kita sangat teruja.

Dalam masa yang sama, setiap kali baca status orang lain promosikan produk yang ramai orang komen dan like cuba perhatikan cara dia posting.

Tak apa, ini adalah proses pembelajaran. Yang penting berani untuk mulakan. Lepas tu belajar la dari guru yang mahir dalam bidang copywriting��

lama2 kita akan mahir, Insyaallah. Doa pada Allah, ilhamkan idea pada kita dan buka minda kita supaya mudah faham dan boleh praktikkan terus.

semuanya dengan izin Allah. Kalau dah belajar dengan guru sehebat mana pun berkaitan copywriting tapi Allah tak buka minda kita untuk mudah faham, susah tu. Sebab tu bila belajar, kena tau adab berguru .

Memang ilmu yang guru kita beri tu , bukan milik dia, milik Allah . Tapi Kenapa Allah ilham kan pada dia bukan kita? ��

Hormati guru bukan bermaksud bodek, tapi jaga air muka guru, doakan guru, hargai apa guru beri idea pada bisnes kita, .

Guru manusia biasa yang kadang2 ada buat salah dan silap juga. Kita follow apa yang kita boleh follow. Tak perlu mengutuk guru. Kita bukan nak penghargaan dari guru tapi kita nak keberkatan dari Allah. Bila Allah berkat ilmu yang kita dapat, kita buat sikit ja.Hasil sangat superb.

bayangkan, kisah dropship exclusive ni, Allah ilhamkan saya ketika saya iron baju ja tau��. Allah nak beri ilham ni dekat mana2 pun boleh dan syukur boleh karang sampai part 4 ni pun Allah hadirkan ilham untuk menulis supaya anda yang baca ni dapat manfaatnya.

Hebat kan Allah? ��
Terima kasih Allah.
Percayalah, anda adalah insan yang Allah pilih untuk baca dan posting ni ��

jika terkesan dengan part 4 ni
komen bawah
Terima kasih Allah ��



Catat Ulasan

0 Ulasan