Review Ramen Samyang Jjajangmun

Makanan segera kegemaran remaja masa kini, Ramen samyang yang super spicy. Saya dah cuba makan versi pedas kemain tu, semua jenis yang saya cuba. Gagal. Terlalu pedas hingga hilang deria rasa.


Dalam sibukla kononnya mengusha instagram, saya terlihat versi lain ramen korea, sudah semestinya nak dicuba juga. Menurut seller tersebut, rasanya sedap dan tidak pedas! Ha, kalau begitu dapatlah saya merasa megi segera korea dengan aman dan was-was. Cukuplah spicy challenge mereka, usus dan deria rasaku memang tidak serasi.


ramen samyang korea


Saya mula terjumpa di pasaraya berdekatan rumah, teruja bila tengok tak perlulah saya order di instagram. Harga sepaket RM2.99 sahaja. Murah berbanding ramen samyang korea spicy tu. Sebenarnya saya dah pun cuba semasa pertama kali jumpa ramen ni di pasaraya, tetapi masa itu perisa jjajngmun dah habis agakknya. Jadi hari ini, saya beli keempat-empat perisa. Kita cuba raman jjajang dulu yer.


Raman jjajangmun yang pedas tu saya kurang gemar. Harapnya sedaplah yang ni.


cara masak ramen jjajangmun


ramen jjajang bean paste mee korea


ramen jjajang bean paste mee korea


Nampak menyelerakan tak?


Haa, nak masak tu kena lama sikit tahu. Tak sama masak mee segera maggi ni, kalau maggie malaysia ni masak lama boleh kembang tekak kita kan? Tetapi ramen korea, anda harus rebus dalam 3-4 minit untuk dapatkan kekenyalan dan kelembutan mee. Bila makan, tak kembang pun. Sedap je makan tahu.


Selepas rebus tu, anda buangkan air rebusan tetapi tinggalkan sedikit air untuk kita masak sekejap dengan perisa sos jjajang. Stir fry kata mat salleh, anda ratakanlah seperti biasa, usah lama-lama kemudian boleh diangkat.


Alhamdulillah tidak pedas, sedap dan berselera. Anak saya pun suka. Mereka lah habiskan. Saya tukang masak sahaja.


Jika anda belum cuba marilah cuba! Tidak salah cuba makanan baru asalkan tidak buat anda sakit perut sudahlah! 

0 Comments