Zikco Kabinet dan Kontraktor Binaan Class A Selangor Darul Ehsan

Assalamualaikum, hari ini saya nak share mengenai salah seorang client dari servis bina Facebook Page. CEO ke Owner ye, since kita ni jarang-jarang dapat client besar macam ni rasa gementar ye tak. 


Pertama kali beliau iaitu Saudara Muhammad Zikri Rosali menghubungi saya, orangnya ramah sekali. Berbudi. Jadi hati kita pun suka nak berurusan. Insha Allah, kalian-kalian yang perlukan khidmat beliau nanti pasti akan suka.


Tak mahu intro panjang sangat, mari kita berkenalan dengan Saudara Zikri dan bisnes beliau. 


Zikco Enterprise - Zikco Kabinet dan Kontraktor 


Facebook Page Rasmi beliau: boleh search nanti, LIKE dan FOLLOW tahu. Nak dapatkan khidmat depa kalian boleh call atau whatsapp. Insha Allah



ZIKCO ENTERPRISE adalah sebuah perniagaan Kontraktor Binaan Bumiputra yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM: 002484806K) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB G2: 0120181205-SL020418).

Kepakaran utama kami adalah dalam membuat dan memasang pelbagai kabinet (cabinet) dan perabot (furniture). Kami mempunyai kumpulan pekerja mahir dan bengkel pembuatan kabinet dan perabot ini sendiri yang terletak di Bukit Angkat, Kajang (Selangor). Kami menyediakan perkhidmatan membuat kabinet dan perabot tempah terus dari kilang mengikut idea dan kehendak pelanggan. Antaranya ialah kabinet dapur (kitchen cabinet), kabinet TV (TV console), Almari Baju (Wardrobe), kabinet kasut (shoes rack), meja, kerusi dan sebagainya.

Kami juga menyediakan perkhidmatan mengubahsuai (renovation), kerja dalaman (interior work) dan membina banglo. Servis kami bagi renovation rumah, pejabat, kedai dan lain-lain meliputi pelbagai kerja seperti tambahan bilik atau dapur, memasang tiles, memasang siling dan partition, kerja pendawaian, paip, mengecat, memasang aircond, kerja pintu dan tingkap, memasang grill dan sebagainya. Jangan risau, kami akan memberi nasihat secara percuma dalam proses cadangan rekabentuk (design proposal) dan sebut harga (quotation). Bagi pembinaan banglo, kami juga menyediakan khidmat rekabentuk dan bina (design and build) serta khidmat nasihat bagi proses yang melibatkan pinjaman perumahan.


Buat masa ni, syarikat mereka bertapak di Kajang, Selangor. Jadi warga Kajang dan seluruh rakyat jelata di Selangor bolehlah contact saudara Muhammad Zikri Rosali atau Zikco Enterprise.


Cantik-cantik sungguh senibina mereka. Saya sendiri jatuh hati dengan hanya melihat. Belum lagi kalau diaorang dapat la kot renovate rumah hamba yang serba sederhana ni kan. Tak cantik giler, cantik di mata sudahlah. hehe


Marilah cuci mata. Saya kongsikan antara kerja dari hasil tangan syarikat beliau, Zikco Kabinet dan Kontraktor.










Marvellous right?


I bet there are.



Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat mereka, sila hubungi mereka seperti di bawah





Zikco Enterprise
Zikco Kabinet dan Kontraktor


Muhammad Zikri Rosali
No Tel: +60 13-336 4937

2 Comments

  1. Balasan
    1. cantik amat!!! nak renovate rumah... nak buat rumah banglo pun bolehhh depa siapkan. jeng jeng

      Padam