Tisu Dapur Serbaguna Boleh Basuh dan Ulang Guna

Saya pernah terbaca satu post menarik di Facebook. Di mana satu tissue dapur ni boleh dibasuh dan digunakan berulang kali. Ianya menjimatkan. Bagi saya bukan sekadar jimat, tetapi dapat melenyapkan masalah kain buruk yang busuk apabila dipakai berulang kali.


Kain buruk sentiasa dibeli kan. Bagus tetapi bila digunakan pada kotoran seperti kicap atau bersihkan stove. Kain tersebut dah berubah kaler. Bau usah katalah, jarang wanginya. Adakalanya yang buatkan saya geli, bila kain tersebut sudah lama digunakan ia akan rasa lendir tau.


Pernah tak?


Dah tu anak-anak main lap je kat mana diaorang suka.


Dalam mindset saya sendiri, nak bersih. Kita kene rajin basuh kain tersebut. Rendam dengan air panas dan sabun. Insha Allah kain buruk taklah terlalu kotor warnanya.


Adakalanya, saya beli beberapa jenis kain dengan harapan warna yang berlainan untuk kategori kotor yang berbeza. Harapan palsu. Bila anda sudah kepoh di dapur anda lupa dah kain warna A untuk apa, B untuk apa dan sekian-sekian. Bila ada sudah penat, anda tidak basuh dan rendam pun kain buruk anda tu. Apa yang paling mudah dilakukan? Bersihkan bawah air paip, kemudian jemur dengan harapan keringlah ia dan kurang berbau.


In the end, saya buang terus kain buruk tu.


Kain buruk bukan murah tau.


Jika anda jenis hygenic, memang tidaklah saya tahu tak pakai terus kain buruk ni. Mesti ada tisu dapur yang anda beli setiap kali habis. Beli dan habis dalam masa yang singkat!
Jadi berbalik pada tisu serbaguna tu. Alamak, saya seriusly tak save link post tersebut. So bila nak beli tak jumpalah! Kat mana lah dijualnya.


Nak tak nak. Belilah di Shopee.


Saya search "reusable tissue", "magic tissue", "tisu serbaguna" dah semua kita taip. Tapi tak ada yang macam dikongsikan tu. Keluarnya tisu dapur biasa tu lah.


Alkisahnya setelah puas mencari, hanya keluar carian yang sama dan terjumpalah satu tisu ni. Macam tisu dapur la tetapi berwarna. Materialnya non woven. Harga pun boleh tahan. Ada juga nampak yang seakan tetapi lebih mahal. Cuba ajelah kan.


Order. Sampai. Cuba. Puas Hati


Bagaimana rupanya ya?


Dalam satu pakej ada 3 roll tissue magic percuma 1 tissue magic lagi (versi lebih kecil). Ada 3 warna iaitu biru, kuning dan merah.


tisu dapur serbaguna - reusable tissue

Reusable Tissue - Material Non Woven

tisu dapur serbaguna - reusable tissue

Close Up Material


Masa mula-mula dapat ni kan, rasa macam takla segebu tisu dapur biasa tu. Tisu dapur tu kan gebu, putih, ringan. So tisu reusable ni, agak berat, materialnya tidak gebu. Logikla kan kerana tisu ini ialah tisu reusable, jika kita fikirkan takkan sama dengan tisu yang mudah terkoyak.


Apa yang saya suka dengan Tissue magic ini ialah:
  • Tidak mudah terkoyak
  • Boleh dilap sama ada kering atau basah
  • Boleh dicuci dengan air atau sabun
  • Boleh digunakan berulang kali sehingga materialnya lusuh
  • Terdapat dalam 3 warna yang anda boleh kategorikan
  • Penyerap minyak yang bagus
  • Tidak mengeluarkan bau hapak/busuk


tisu dapur serbaguna - reusable tissue

Ni tisu yang dikeringkan tu, tetap elok dan bersih

tisu dapur serbaguna - reusable tissue

Reusable, lepas basuh saya simpan dalam bekas dan biarkan kering

tisu dapur serbaguna - reusable tissue

Mudah dicuci


Bestkan? Bagus lah bagi saya tuk atasi masalah-masalah ibu di dapur ni. Juga tak pening kepala tuk jimat kos.


Bagi diri saya tisu magic ni penyelamat buat saya bagi menangani masalah tak nak pakai kain dan perlukan produk yang boleh gantikan tisu dapur dan kain buruk.


Siapa nak nak dapatkan tissue magic ni boleh order kat sini:
https://shopee.com.my/3-Rolls-Reusable-Non-Woven-Fabric-Cloth-1-box-of-non-woven-tissue-i.6740489.2458469368


Saya beli kat kedai ni, harganya murah sedikit berbanding kedai lain. huhu


Jangan lupa order kat Shopee wajib pakai SHOPBACK untuk dapatkan penjimatan. Tak kisahlah 0.75% pun, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Sekurang-kurangnya korang ada duit tepi lain.


SHOPBACK ni APPS kay. Jadi kene order kat SHOPEE kat handphone la bukan kat pc.


Nak lagi best, klik link ni, nanti dapat RM5 kat akaun SHOPBACK korang.

https://app.shopback.com/mys?raf=4QQmuu

Catat Ulasan

0 Ulasan