Doa Yang Termakbul The Pregnancy Umrah

Doa yang tidak disangka. Saya sebenarnya bakal mengerjakan umrah pada tahun 2020. Dan perkara yang merisaukan saya ialah jika saya haid pada waktu tersebut. Sebolehnya saya tidak mahu makan ubatan untuk mengaturkan haid. Jadi saya mula menjejak masa haid saya sendiri.


The good news is pada waktu tersebut memang tak period. Haa.. Sipi jugalah. Kiranya jika betul kiraan. Saya di Mekah seminggu selepas habis tempoh period tapi ialah was2 tetap ada. Cycle period saya tak regular sebenarnya. Ada kemungkinan juga boleh delay sehingga 15 hari period. 


Jadinya, anda imagine. Sudah tentulah saya akan sentiasa berdoa agar Allah bantu saya. 


Ya Allah, janganlah aku period semasa aku mengerjakan umrah.


Simple je doa saya. Ya, simple. Lalu Allah beri solusi paling simple dan berkesan. 


Period saya lewat bulan ni. Bukan lewat sangat. Tapi cukup merisaukan. Instinct wanita kuatkan? 


Saya terus ke 7eleven. Beli UPT. Terus cek. Positive! 


Yeahhhh😂😂


Tangan saya menggigil. This is not what i expected at all. We did want to try to have another baby but not right now. And yet, He gives us early. Soalan suami saya. Bila? You dont ask me. Kami memang rancang sendiri dan saya sendiri rasakan kali ni agak sukar Allah beri saya pregnant. 


UPT check dalam masa 2 tahun ni hampir 10x, semuanya negatif. Dan Allah beri kami rezeki di saat tidak kami duga. This is my 6th pregnancy, insha Allah the 5th child. Doakan kami dapat anak lelaki ya.


So dengan good news ni, preparation for umrah 2020 akan jadi lebih kepada penjagaan badan dan baby dalam kandungan. Untuk pengetahuan semua, kami bakal melakukan umrah sendiri dengan visa pelancong. Entri umrah diy sudah ada tetapi belum siap sepenuhnya. Saya cuba siapkan secepat mungkin ya. 



Sweater dah siap beli baru. Yang lama kita dah letgo. Alhamdulillah sedap kainnya lagi solid. Lagi suam dan cantik dipakai. Tangan pun ada handsock siap. Saya tak tahan sejuk jugak. Lama kat dalam flight nantikan? Sweater Muslimah dah restok baru je. Kalau berminat boleh roger saya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan