Donut Bomboloni Sedap dan Gebu

Bomboloni. Donut bomboloni atau donut jepun. Sebelum namanya viral sebagai bomboloni saya kenal donut ni dengan nama donut jepun. Pernah merasa tetapi agak kurang mengikut citarasa.


Mungkinkah bomboloni viral ni diadaptasi dari donut jepun? Huhu. Pandaila kita ek. Baru je start makan buat hypotesis sendiri😂


Bukan apa. Nak makan jarang sekali. 


Bila berkenan cubalah makan selalu tetapi tidak bolehlah selalu jugak. Gemuk karang. Saya sudahlah berat nak mencecah 50 kg ni. Kenalah jaga makan untuk jaga berat juga. 


Jom tengok gambar donut bomboloni ni. Saya suka tau fillingnya sedap sangat. Gebu dan ringan pula tu. 


Beli di gerai tepi jalan sahaja. 3 biji RM 5 di sini. 



Yeah. Saya suka inti coklat atau white coklat. 



Ada dijual corndog sekali. Saya beli juga. Aha, tak pernah makan corndog viral ni😓😂 RM 4 1 batang. 


Nampak sedap sangatkan donut bomboloni ni? Saya sharekan resepi juga ya. Manalah tahu nak buat. Jika resepi ni tak best kalian search sahaja di Google. Ramai share resepi dam video

Resepi Donut Bombolini Sedap dan Gebu
Dari :  https://www.google.com/amp/s/www.mingguanwanita.my/wanita-ini-kongsi-resipi-bomboloni-gebu-sedap-hasil-jualan-yang-dibuat-niaga-1/amp/

Berikut perkongsian oleh Farah Syazwanie;

“‘Bomboloni’ saya panggil si “kepuk kepuk” apa pun namanya ia tetap DONUT.Hasil jualan saya. Saya kongsikan pada anda resepi yang saya gunakan. Semoga memberi manfaat buat para isteri pada adik-adik lepasan SPM yang baru nak memulakan perniagaan sampingan. Doakan juga semoga dimurahkan rezeki buat kita semua. Amiin.”

Adunan untuk 23-25biji (nak lebih sila gandakan adunan).

Bahan-Bahan:

500gm Tepung gandum/ high protein (saya guna HP)
11gm yis mauripan (1 paket)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu makan marjerin
1 biji telur gred B
3 Sudu besar gula
2 Sudu besar susu tepung
Sedikit garam
1 cawan fresh milk
1/2 cawan air biasa

*Biarkan semua bahan pada suhu bilik, kecuali susu segar guna yang sejuk.

Cara Membuat:

1. Campur semua bahan sekali termasuk yis.

2. *Guna tangan uli 15-20 minit.
* Guna mixer uli 10min. Uli hingga elastik.

3. Rehatkan adunan 30 minit.

4. Buang angin kemudian bentukkan doh secara rounding(membulat).

5. Biarkan adunan naik kembang 2x ganda lepastu dah boleh goreng.

6. Gaulkan donut yang dah digoreng tadi dengan snow sugar (boleh cari dekat kedai bakery) kemudian susun macam dalam gambar.

7. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam jangan la sampai tembus pula ya.

8. Akhir sekali boleh la bubuh filling nutella. Anggaran Sebiji bombolini ini 50gram.

Selamat mencuba!

Semoga bermanfaat.
#Bombolonikepukkepuk

MW: Buat mak-mak yang nak cuba buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba resipi bombolini yang dikongsikan ni. Memang sedap dan kalau rajin tu boleh jadikan pendapatan sampingan nanti.

Sumber: Farah Syazwanie

Catat Ulasan

0 Ulasan