Review Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands

Assalamualaikum, syukur alhamdulillah dapat diberi rezeki menginap di Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands. Kali ketiga, kami sekeluarga berkunjung di sini. Walaupun tinggal di Pahang, namun bila berfikir kemana ingin bercuti, Genting Highlands menjadi tumpuan utama kami sekeluarga. Selain kami suka menikmati pemandangan pantai dan bercamping di Kuantan


Mengapa Genting? Cuaca sangat panas di bandaraya Kuantan menyebabkan kami teringin sekali mengubah suasana. Nak travel jauh ke negara sejuk mungkin suatu masa nanti, tetapi sudah ada tempat sejuk di Malaysia kan? Apa lagi, marilah ke sini. Di Malaysia kita ada tiga peranginan yang mempunyai cuaca sejuk dan nyaman iaitu Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit Tinggi. Jujurnya, di Bukit Tinggi kurang sedikit sejuknya tetapi panasnya masih nyaman.


Kali ini, kami sekeluarga hanya cuma mahu merehatkan diri dan menikmati keindahan alam disamping belanja anak-anak bermandi-manda di swimming pool sahaja. Hobi anak-anak ni dari dulu sama sahaja, bermandi dalam kolam! Syukurlah pool di sini tidak sesejuk udaranya, panas-panas suam sahaja. Alhamdulillah, Seronok sangat mereka ni bila jumpa swimming pool.


"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang dan kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah mati, serta ia biakkan padanya daripada pelbagai jenis binatang; demikian juga peredaran angin dan awan yang tunduk terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (semua itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah) bagi kaum yang menggunakan akal fikiran." surah al-Baqarah ayat 164
 

Bila berbicara mengenai keindahan alam, Cameron Highlands mungkin sesuai bagi mereka yang mencintai bunga-bungaan, kehijauan dan kesenian lama. Genting Highlands agak kurang citarasa begitu, tetapi ianya sesuai dengan kami sekeluarga, di sini perjalanannya tidak sukar, tiada muntahan atau pening kepala (anak saya pernah muntah dalam kereta semasa naik ke Cameron maka kami agak trauma lagi), kurang kesesakan lalu lintas dan paling seronok kami suka naik cable car dan enjoy the ride. 


Okaylah, tak mahu tulis banyak, maka hari ini kepada yang nak ke peranginan yang sejuk dan berkabus apa kata cuba menginap di Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands.


SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCY





pemandangan gambar ini dari kaunter hotel. Saya sedang check in. Booking melalui Booking.com sahaja last minit pula tu. Dapat confirmation booking dan terus ke hotel. Bayar di kaunter =)

Mudah kan? Juga dapat balik cashback kerana saya menggunakan applikasi Shopback.



Mari tengok keadaan dalam bilik kami. Kami booking bilik paling murah di sini iaitu 2 twin bedroom super single. Di Booking.com RM179 tidak termasuk cas, tetapi akhirnya end payment kami RM189.00. Okaylah kan, tambahan RM 10 sahaja.


Kedudukan hotel penginapan kami ini bukan di atas puncak genting tau, ianya di bawah. Atas sedikit dari Gohtong Jaya. Namun pemandangannya tetap menawan. Kami memilih Swiss Garden Hotel & Residency kerana di sini ada rooftop yang sangat functional dan pelbagai lagi prasarana yang disediakan. Tidak perlu keluar hotel. Stay di sini. Relax dan nikmati kesemua facilities yang disediakan. Kami tiba di hotel jam 6 petang, check in dan check out esoknya jam 12 tengah hari.




Ini ialah ruang almari, simpan beg, kasut dan anda boleh lihat ada almari, safebox dan dibawahnya ada mini freezer.

Sebelah tu toilet lah seperti susunan biasa hotel rasanya (kot)


Luas kan? Luas... Kami pernah stay di Your Hotel pada kadar RM150 dan biliknya sangat kecil. Jadi untuk sedikit harga tambahan RM189 anda dapat nikmati bilik yang luas serta aktiviti yang seronok untuk anak-anak anda. (swimming pool!!)




Puas cari arah kiblat akhirnya jumpa. Saje je cari walaupun sudah ada jam kiblat sendiri. Bukan apa sejak join bisnes offer hotel di Gambang Resort. Saya jadi seorang yang suka perhatikan apa kelengkapan yang pihak hotel sediakan vs harga.

Sebenarnya mahal lagi Hotel Gambang Resort mungkinlah pendapat saya kerana Gambang Resort memiliki 3 aset themepark, safari dan academy menjadikan hotel mereka aset yang lebih berharga




Gambaran dekat




Toilet hotel jenis shower dan of coz ada hot and cold


Kelengkapan Toiletries





Ruang bilik. Ada patio situ kan.. kami stay tingkat 29! Gayat jap tetapi pemandangan cantik
Subhanallah




Anak ramai tidolah bawah. huhu
Lantai jenis kayu ni tak sejuk sangat. Jadi lepak kat bawah tu ok je. 

Time for some fun activities and rooftop sceneries

Rooftop Swiss Garden Hotel Genting Highlands
  1. swimming pool for kids & adult
  2. jacuzi
  3. sauna
  4. gym
  5. lounge room

Swimming pool di sini tidak sejuk mana pun, suam sebenarnya. Jadi jangan hairan tengok apesal lah ramai-ramai mandi padahal cuaca sekarang sedang sejuk dan hujan








Nampak tak kabus mula  menyelubungi? Saya sangat suka suasana begini


Ya Allah. Indahnya ciptaan Tuhan


Sibuk gak si kecil ni nak bergambar.. Kasilah kan.. Acilah tu




Snap gambar bawah dari rooftop. Gayat habis, dok fikir kalau hp ni jatuh camne lah. Mujur lah tak jadi apa perkara buruk





Bestkan? Bolehlah anda cuba pula stay di sini. Harganya sangatlah berpatutan! Jika suami ajak lagi, saya mungkin akan stay sini. Tetapi jika dapat stay di puncak kita stay lah sana hehe.. 

Tips Online Booking Swiss Garden Hotel & Residences Genting Highlands


Booking pakai apps booking.com harga lebih murah berbanding website booking.com tahu. Adakalanya Agoda lebih murah tetapi kami lihat booking.com unit mereka lebih banyak dari agoda. Dan di Booking.com anda tidak perlu bayar dahulu. Dan anda boleh terus hubungi hotel atau penginapan yang anda stay kerana info diberikan sepenuhnya berbanding apps hotel yang lain. Dan lagi, cashback melalui SHOPBACK apps Booking adalah 9% berbanding Agoda 6%. 


Baca juga: Zoo Negara

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Cantik hotel ni . Pemandangan sekitar pon menarik jer. Lagi best nak bergambar bila dah nampak pemandangan menarik cam gini kan. Yang penting puas hati menginap kat sini.

    BalasPadam
  2. This hotel looks like a great place to have a staycation. Thanks for sharing!

    BalasPadam
  3. arr. bila lah kita boleh duk sini jugak. memang best hotel ni. baru and cosy. memang best shopping kat GHPO je. nak tengok wayang naik cable car. memang awesome !

    BalasPadam
  4. Suka la sebab bilik dia luas. Anak2 nak main lari2 pun takde masalah. Yg penting ada swimming pool. Enjoy aje anak2

    BalasPadam
  5. Nampak sangat cantik la hotel ni. Rugi pulak saya tak menginap sini masa November. Tak teringat langsung hotel baru ni.

    BalasPadam
  6. wow din know there swiss garden near genting...next time can try out this hotel when visiting genting!!!

    BalasPadam
  7. Dah pernah sampai sini, memang seronok. Tambah lagi di kawasan pool dan bangunan segitiga tu. Gayat juga bila lihat ke bawah. Bilik dia memang selesa dan looking forward nak menginap lagi di sini.

    BalasPadam
  8. Not bad jugak ye tempatnya. Sama la dengan kinah, kalau booking hotel guna booking.com je lebih mudahkan.

    BalasPadam
  9. Wowww.. Menarik.. Saya setuju... Jem di CH boleh buat sakit hati... Next time kalau ke Genting boleh stay di sini.. Anak2 mesti suka

    BalasPadam
  10. Selalu sis naik genting tapi tak pernah pulak dok kat hotel ni, cantik view dia kat sana ya. Next time boleh le cuba dok kat hotel ni

    BalasPadam
  11. Menariknya kalau dapat bercuti di sini. Dengan fasiliti hebat pastinya memberi keselesaan buat family dtg bercuti

    BalasPadam
  12. saya penah datang sini. yang menarik tempat ni adalah rooftop die. while my anak mandi manda and sy xstop selfie wiefie sampai lebam hahah

    BalasPadam
  13. Murah jgk harga rm189 dkt atas genting tu. Still kira affordable. Terasa nk check in pulak

    BalasPadam
  14. ohhh swiss garden pon dah ade kat genting highland ea.... tapi ramai kata best service kat swiss garden branch... siap ada swimming pool lagi..

    BalasPadam
  15. Tq lah sebab share.
    Tak sangka murah stay di sini.
    Aida lom naik GH lagi. Konon nak tunggu theme park siap.
    Teringin dah ni!
    Selesa sgt nampak nyer tu. Lepak hotel pon dah ok kan...

    BalasPadam
  16. Cantiknya hotel ni. Nampak best sangat. Lama dah tak pergi genting. Lepas ni kalau nak pergi genting boleh try duduk sini.

    BalasPadam
  17. Memang best dekat sini..lagi tengok swimming pool dia tu..germa je..nak mandi je 24 jam..haahha..lagi tempat sejuk..fuh..

    BalasPadam