Waktu Sesuai Jual Emas dan Simpan Emas

*TIPS BILA WAKTU SESUAI JUAL EMAS.*

Antara persoalan yang banyak saya terima dari pembeli emas *di bawah bimbingan saya,* adalah bila waktu sesuai nak jual emas.


Kata mereka "Ye lah dah beli dan simpan mesti la nak jual, takkan lah simpan sampai ke sudah"

Ye, memang saya tak nafikan. Sampai satu masa kita mesti jual semula emas yang kita dah beli dan simpan tu.

Tapi menjadi persoalannya bila waktu yang sesuai kita nak jual semula?

Ini tips saya nak bagi. Waktu yang sesuai kita nak jual baca selajutnya👇

✅ Saat Kecemasan
• waktu kecemasan bila duit simpanan kecemasan kita dah habis dipakai atau;

✅ Tukar kepada aset lebih menguntungkan
• ada peluang lain yang lebih menguntungkan kita seperti contoh buat modal bisnes, beli rumah untuk disewakan dll atau;

✅ Merealisasikan Matlamat simpanan
• dah capai matlamat simpanan seperti contoh simpanan untuk perbelanjaan haji/umrah, perbelanjaan anak nak sambung pengajian ke tahap lebih tinggi.

Jika selain daripada tiga perkara diatas, Saya syorkan kepada semua, tak perlulah nak jual emas tu bila tidak ada keperluan.

Emas kalau di simpan lama mana sekalipun ia tak menjejaskan nilai malah ia jadi lebih mahal suatu hari nanti.

P/S : Jangan sia-siakan gaji yang ditunggu 30 hari dihabiskan tak sampai 7 hari. Simpan sedikit dulu, untuk manfaat dimasa depan.

Begitulah.

1 comment

  1. Teringat pulak kat officemate yang sedang baharu berjinak-jinak nak jual emas.
    Tapi sekarang dia ajak main kutu emas.
    Mrs. A pun tak pasti untung ke idok tu

    ReplyDelete