Makanan Paling Simple Tetapi Sedap Betul!


Saya makan begini sewaktu di universiti dulu. Tetapi semasa tu, saya dan roomate menggunakan sayur kubis panjang. Aduhai setiap kali teringat memang terliur dibuatnya. 



Hanya menggunakan multicooker, kami goreng nugget dan hanya rebuskan sayur sahaja. Cukup simple tetapi inilah makanan kami hanya setiap hari. Untuk jimat makan mulanya namun masya allah sedap pula. 


Dan hari ini semasa suami pulang membawa balik nugget. Selera makan pula tiada. Ikan pari masak asam pedas sudah siap tersedia. Namun saya tak lalu makan. Tekak kembang. 


Pregnan kali ni perut saya sentiasa meragam. Kuat makan tetapi cerewet makan. Kelmarin sahaja saya muntah dengan teruk sampai berdarah. Tekak terus luka kerana terlalu terik tekak menarik. 


Malam tadi saya makan begini juga. Pelik sahaja encik suami lihat. Tetapi apakan daya selera dah begitu. Anak dara si kecil ni suka pula. Hehe. Geng. 


So breakfast hari ni lauk yang sama cuma saya rebuskan brokolli. 



Saya punya ada sos. Itupun tekak tak lalu makan sos thai kegemaran saya. Belilah sos baru. Alhamdulillah lalu juga makan. Yang penting makan! Hahaha. Asyik lapar aje tau. Gemukla saya nampaknya tahun ni. Doa saya janganlah melampau naik. 


Korang nak try lauk simple ni? Jom. Sedap! Owh, jangan letak kicap kay

0 Comments