10 Marketing Channel Yang Anda Boleh Gunakan di Shopee

Assalamualaikum, sudahkah kalian semak marketing channel di Shopee yang anda boleh guna pakai tanpa perlu keluarkan sesen pun? Iya, marketing percuma di Shopee. Jika dahulu, tidak banyak marketing funnel di Shopee, kini anda boleh gunakan pelbagai cara bagi menarik perhatian pelanggan anda dan mendapatkan sales pertama di kedai Shopee anda!


Cuba dulu, usaha dan barulah tawakal atas apa yang sudah kita lakukan.


Walaupun persaingan semakin sengit di Shopee, tetapi yakinlah dekat mana pun kita berniaga persaingan itu pasti ada. Mana mungkin tiada persaingan langsung? Nak jadi kaya raya, wajiblah kita menempuh ujian, dugaan barulah berjaya dengan bangga hasil titik peluh sendiri kan? Gituuu


Okay baiklah, apa ya 10 Marketing Channel Yang Boleh Kalian Gunakan di Shopee?



Ini saya sudah siapkan tutorial ringkas yang boleh anda follow and ikuti dengan mudah




Dalam 10 cara yang telah saya tunjukkan, 2 daripada adalah marketing berbayar, maksudnya anda perlu keluarkan modal untuk menggunakan teknik marketing tersebut. 2 Marketing berbayar dari Shopee ialah Shopee Ads dan Coins.


Manakala 8 cara yang boleh anda gunakan secara percuma ialah, discounts promotion, vouchers, my shop shocking sale, top picks, bundle deal, follow prize, shipping fee promotion, dan add on deal.


Saya akan terangkan secara ringkas sahaja ya. Untuk lebih details anda boleh baca terus di PDF saya iaitu Panduan Bisnes di Shopee


Click gambar untuk dapatkan link download Ebook Shopee Ye.



Discount Promotions



Diskaun promotion maksud mudah ialah potongan diskaun yang kita berikan kepada pelanggan. Sama ada anda sendiri tentukan berapa diskaun nak beri atau HQ anda ada jalankan promosi/sale. Tarikan potongan harga sehingga kini masih sangat relevan kerana ia dapat menarik perhatian customer kepada produk jualan mahupun kedai anda.


Contoh potongan harga:

Harga Asal : RM 200
Harga Promosi : RM 150


Akan kelihatan di kedai anda, ataupun di produk tersebut RM 150 (RM 200)



Vouchers


Voucher atau kupon siapa yang tak suka claim? Saya pasti semua orang suka termasuk diri anda. Jadi begitulah jua customer-customer kita di Shopee.


Apa nak buat?


Buatlah kupon untuk pelanggan anda. Walaupun nilainya tidak banyak, namun saya yakin setiap kupon itu pasti pelanggan anda amat hargai. Buatlah kupon dengan nilai belian yang tidak terlalu tinggi berdasarkan harga-harga produk di kedai anda.


Contoh voucher/ kupon:


Claim kupon EMME05 dan dapat potongan RM1.00 bagi jumlah belian bernilai RM50 ke atas.


Jadi bila customer order di kedai kita, dan nilainya melebihi RM50, automatik Shopee akan tolak RM1 dari total belian mereka, dengan syarat customer kita claim tau voucher ni. WAJIB claim. Kalau tak pakai nanti tak dapatlah Shopee detect dan tolak dari jumlah belian customer.


Ada 2 jenis kupon, untuk kupon yang boleh display dan dilihat di kedai anda ialah KUPON KEDAI atau SHOP Voucher. Jika produk kupon, tiada display ye.



My Shop Shocking Sale



Konsep sama seperti display shocking sale shopee yang kalian lihat di homepage shopee apps anda. Cuma untuk my SHOP bahasa melayunya KEDAI SAYA. Shocking sale ini hanya akan dilihat/ display di kedai anda sahaja. Bila customer klik kedai anda, atau anda share info kepada follower kedai kan... Mereka open kedai anda, maka akan ada satu tab SHOCKING SALE.


Anda boleh join my shop shocking sale ni dengan minimum 10% diskaun dan mestilah ready stok. Pre order tak boleh ye.


Top Picks


Top picks ni jika anda pernah lihat kan bila anda click produk yang anda search/cari. Kemudian di bawah produk tersebut ada keluar similar produk, dan produk suggestion ke. Tetapi jika seller tu aktifkan top picks kedai dia, akan keluar senarai produk-produk top diaorang ni. Maksima anda boleh setkan ialah 8 jenis produk. Haa, jika anda nak dapatkan lebih banyak view ke, sales ke, cubalah aktifkan setiap bulan top picks ni. Rugi tau tak pakai. Saya memang pakai top picks ni. WAJIB lah huhu


Bundle Deal



Bundle tu apa? Bila cakap pasal bundle, bundle ni erti kata lain ialah kita beli barang secara banyak atau pukal campur dengan produk-produk yang ada di kedai. Jadi itulah fungsi bundle deal. Anda boleh berikan peluang kepada customer anda mendapatkan lebih penjimatan jika mereka membeli produk-produk yang telah anda senaraikan.


Contoh bundle deal:


pakai contoh di kedai saya la ye paling mudah. Saya suka buat ikut kategori.


Kategori produk jam solat


1 unit RM189, tetapi jika customer beli 2 unit dari 1 item yang sama atau item berbeza tetapi masih dalam senarai bundle deal maka customer akan dapat penjimatan RM5. Anda boleh setkan nilai dalam jumlah atau persen dan unit yang perlu dibeli.



Follow Prize



Follow prize ni konsep sama seperti kupon. Bila customer follow kedai anda, mereka boleh claim kupon follow yang anda create.



Shipping Fee Promotion



Selain kita sibuk nak bercakap pasal free shipping program ni kan. Tahu tak anda sendiri boleh bagi free shipping kat customer anda. Caranya masih sama seperti bina kupon atau bundle deal. Anda boleh setkan customer anda dapat free shipping khas dari anda sendiri jika belian mereka menepati nilai/jumlah yang telah anda tetapkan.


Contoh shipping free promotion:


Beli apa2 produk di kedai anda bernilai RM150 ke atas maka customer akan dapat free shipping. Maka mereka tak perlu pun pakai kupon free ship shopee tu. jimat tak kupon depa? Baikkan korang. haha. Tetapi customer kene followlah syarat belian tu barulah dapat free ship. Promotion ni amat berbaloi khususnya jika mereka ni dah habis kupon free ship shopee.



Add On Deal



Okay. Bundle deal ada, add on deal pula? Apa tu add on deal di Shopee? Namanya pun ADD ON. ADD ON bermaksud TAMBAHAN. Saya lebih cadangkan anda buat ADD ON DEAL bagi produk yang berKAITAN sahaja. Apa agaknya ya?


Contoh add on deal:


customer order kasut. so habis kat sini je. kasut ajelah. Tetapi bayangkan anda ada produk lain yang boleh ditambah nilai kepada sales anda iaitu anda jual sekali stokin. Jadi boleh kan customer dah beli kasut nak beli pula stokin. apa lagi aksesori dan produk berkait dengan kasut tersebut?


Maka anda boleh satukan dalam kempen add on deal ni. setkan seperti mana anda setkan kempen2 bundle deal, diskaun. Mudah sahaja kan?


Jadi disebabkan taktik add on deal anda, maka customer telah order sepasang kasut dan sepasang stokin. Daripada 1 unit sahaja dia order, jadi 2 unit terus. Inilah konsep add on deal yang terbaik.


Bayangkan jika anda jual kasut, offer add on dengan tudung, atau item jauh berkait dengan keperluan kasut tersebut? Maka tentu kurang salesnya kerana perkaitan yang terlalu jauh dan kurang diperlukan.




Alhamdulillah, ringkasan ni saya harap sangat-sangat dapat membantu anda semua menaikkan sales anda di Shopee.



Teruskan usaha. Teruskan tambah follower sebab lagi banyak follower lagi tinggi sales insha Allah buat anda semua. Shopee sudah ada fungsi broadcast. Maka fungsi ini sangat penting bagi seller shopee yang inginkan sales berpanjangan di Shopee. Insha Allah.



Nak tambah follower secara automatik dan targetted?



Jom dapatkan shopee bot cybersona hari ini. Bukan sahaja tambah follower shopee tetapi boleh buat auto boost setiap 4 jam di shopee tau. best ke best?



Catat Ulasan

0 Ulasan