Tazkirah Pagi - Redha, Sabar dan Muhasabah Diri

_BINGKISAN PAGI_
_05 MUHARRAM 1442H_

_Hidup kita ni Allah sediakan pelbagai corak dan rupa dari segi aturan kehidupan,ada susah,ada senang,ada sakit,ada sihat dan seumpamanya.Bukan Allah tak adil tapi kerana Allah mahu kita saling membantu dan muhasabah diri masing-masing._

_Usah dicari mana kesilapan dalam takdir yang ditetapkan oleh Ilahi.Tapi carilah punca kelemahan diri dalam menempuh ujian yang diberi .._


_Usah dicari mana ketenangan yang tidak diberi oleh IIahi.Tapi carilah punca keresahan tidak diundang menempuh didalam hati .._


_Dan usah dicari mana nikmat yang Allah tidak beri pada diri.Tapi carilah punca kufur nikmat diri yang tidak pernah tahu menghargai .._


_Biar terpisah dari hati makhluk asalkan jangan terjauh dari redha Allah.Begitu juga biar terpinggir dari sanjungan makhluk asalkan jangan terbuang dari pandangan Allah._


_Wallahualam_

Credit to penulis tapi saya sendiri tak pasti siapa pemiliknya. Semoga Allah berkati setiap penulisan dakwah beliau. Aamiin3x 

Catat Ulasan

0 Ulasan