Tips Bisnes 3 Sebab Whatsapp Customer Blue Tick

3 SEBAB WHATSAPP KITA CUSTOMERS SEEN JE
(Customer bagi blue tick)


Hari hari whatsap masuk . Sampai berlambak lambak tak larat nak reply. Bila reply, customer pulak seen je atau pun customer reply " ok, tq".


Pernah ke korang alami situasi ni?


Tahukah korang ada 3 sebab kenapa customer seen je:


PERTAMA: Ayat intro korang panjang berjela jela
Elakkan la ayat panjang panjang. 
yang terbaik intro 3 baris cukup.
Contoh yang biasa guna " Salam sis, sis ada tinggal no hp di iklan  kami kan?"


KEDUA : korang je non stop bg info dan tiada conversation antara anda dan customer.


Macam ni, customer tak reply lagi. Tapi korang send info sampai berlambak lambak. Cara ni buat customer ignore je. Dalam menjual ni kena ada conversation penjual dan customer, barulah berlaku jualan.



KETIGA : Korang tak sabar nak closing atau dapat bayaran dari customer (rushing to closed)

Sikap tak sabar  atau gelojoh ni buat customer ignore jugak. Customer ni nak korang jadi pendengar masalah dia, faham keadaan dia dan beri penyelesaian yang sepatutnya pada dia. Bukan gelojoh ya 🙌🏻😆

Kredit : @TipsBisnesTrend2020



Jom share. Saya sendiri amalkan cara bertanya jika customer diam atau tiba tiba kurang berminat. Adakalanya cara kita menulis kurang menarik minat mereka. Mungkin masa tu kita kurang mesra, jadi saya akan semak semula cara saya menulis kepada pelanggan. 


Buang rasa malu nak mulakan semula perbualan kerana kita tahu mereka memang berminat cuma ada yang kurang kena pada episod pertama chat antara kita dan customer.

Try and error


Enjoy the process 


Redha dan sentiasa lapang dada dalam menangani urusan antara kita sesama insan. 


Selamat berjuang dan berniaga demi Allah. Insya Allah rezeki sentiasa berkat 

Catat Ulasan

0 Ulasan