Betul ke Bakar Emas Boleh Tahu Palsu atau Asli?

Betul ke emas palsu bila bakar jadi hitam? 




Sifat emas sebenarnya lembut dan dapat mengalirkan haba. Tapi kena tengok gred emas jugak, di Malaysia kita ada pelbagai gred emas, dari 999.9 hinggalah ke gred 375. Lagi tinggi gred emas bermakna purity dan isi emas tulennya tinggi, dan bila rendah, bermaksud emas tulen tersebut dicampurkan dengan logam lain. Dan harus anda tahu, setiap logam mempunyai sifat ketahanan berbeza dan reaksi terhadap api. Ini bukan magik ya, ini ilmu sains. Emas ialah salah satu dari unsur logam yang anda harus ambil tahu bagaimanakah sifatnya.


Kalau emas 999, apabila dibakar, akan bertukar jadi kemerah-merahan. Sebab kandungan emas tulen 999 adalah tinggi.


Kalau emas 916, walaupun tulen tetap ada campuran tembaga atau besi. Kalau tak, bagaimana nak dapat design coco la, lipan la, bola la, belut la mesin la. Emas tulen 999 adalah bersifat lembut dan sukar untuk dibentuk menjadi acuan seperti mana yang kalian semua inginkan sekarang ini. Oleh itu, campuran dengan logam lain adalah wajib.


So bila bakar, memang akan naik hitam. Wajib 


Habis bagaimana nak bezakan emas 916 dengan emas bangkok la, korea la, jepun la, china yang 100% pelesu tu? 


Caranya, bakar dulu emas, pastu celup dalam asid nitrik. Kalau barang kemas tu tukar balik warna emas, maka tulen la emas tu. Dan ada nilai. 


Kalau warna tak tukar tapi terus berderai dalam asid, sila nangis belakang langsir.


Maksudnya pelesu la oiii. So jangan gelabah kalau lepas bakar dapat kaler hitam ye. Caranya, celup dulu dalam asid.


Sebab asid ni sebenarnya akan menghancurkan semua benda yang bukan emas.


Namun, cara membakar emas untuk menentukan ketulenannya sangatlah tidak digalakkan kerana ia boleh menjatuhkan nilai emas tersebut dan merosakkan. 


Mari saya kongsikan gred-gred emas yang ada pada masa kini.


ILMU GRED EMAS, KARAT DAN PURITY


Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen

 

Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Syiling & Barang Kemas)

-------------------------------------------

Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Bar, Dinar & Barang Kemas)

-------------------------------------------

Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)

-------------------------------------------

Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas 

-------------------------------------------

Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)

-------------------------------------------

Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas

-------------------------------------------

Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)

Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas

-------------------------------------------

Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas

-------------------------------------------

Emas 375 =  9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)


Contoh Emas 916


(22karat ÷ 24 karat) × 100 = 91.6%

Didalam emas 916 ada 91.6% emas tulen manakala 8.4% lagi adalah campuran logam lain sama ada tembaga atau perak.


Contoh Emas 375 


(9karat ÷ 24 karat) × 100 = 37.5%

Didalam emas 375 ada 37.5% emas tulen manakala 62.5% lagi adalah campuran logam lain sama ada tembaga atau perak. (Suasa 37.5% emas tulen, Sebab tu lelaki tak boleh pakai)


Mohon fahamkan ya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan