Tutorial Cara Buat SEO Facebook Page Untuk Bisnes 2021

Jika anda serius untuk berniaga dan mahukan pelanggan menjumpai anda, maka anda wajib memiliki kedai online anda sama ada Facebook Page atau bina sebuah website. Hari ini saya akan tunjukkan caranya bagaimana anda boleh membuat SEO Facebook Page anda sendiri dengan mudah. Insha Allah, saya akan sertakan tips dan panduan satu per satu supaya anda dapat bina kedai Facebook anda semudah ABC.


Oh ya, tidak kira apa jenis website anda, boleh jadi seperti saya iaitu website blog, mini website atau website jualan (ecommerce), anda patutnya sudah mulakan hari ini. Jangan pandang rendah kepada web blog ya kerana majority blogger inilah yang menyalurkan pelbagai informasi sahih kepada anda lagi-lagi jika melibatkan tutorial atau cara melakukan sesuatu. 


Mari kita mulakan. Anda sudah ada facebook personal? Jika belum sila berbuat demikian dahulu. Daftar akaun anda di https://facebook.com . Anda wajib memiliki facebook personal jika nak berniaga di medium Facebook ya. Saya tahu ada ramai yang tidak mahu ada Facebook akaun tetapi nak buat FB Page. Jawapannya TIDAK BOLEH. Anda wajib buka akaun facebook terlebih dahulu dan kemudian barulah anda boleh mula berniaga di medium sosial FB.


Bagaimana Cara Berniaga di Social Media Facebook?

  1. Softselling di akaun personal facebook anda. Berkongsi pengalaman, ilmu dan produk jualan. 
  2. Memaparkan produk dan servis anda di Facebook Marketplace
  3. Mengiklan produk di group-group facebook. Sila baca dulu syarat bagaimana anda boleh beriklan di setiap fb group ya
  4. Membina Fanpage Facebook atau dikenali sebagai Facebook Page


Baiklah. Semua dah bersedia? 


Oh ya, sebelum saya mulakan. Perhatikan tajuk entri saya ialah SEO Facebook Page. Apa maksudnya? Anda tahu SEO itu apa? Apa beza page facebook dengan SEO atau tanpa SEO?

Apa Itu SEO bagi Page Facebook?



SEO ialah search engine optimization atau bahasa mudah faham, kata kunci yang digunakan supaya kedai facebook anda dapat muncul di page pertama carian Google. SEO bukan sesuatu yang berbayar, tetapi teknik percuma. Ia mengambil sedikit masa jika ada banyak persaingan tetapi tidak mustahil. Apa yang anda perlukan selepas bina fb page kedai anda ialah konsitensi sharing bagi memastikan kedai facebook anda terus aktif. 


Contoh anda google, al quran tagging enuur. Anda lihat apa carian yang muncul di page. Page yang kita semua nak muncul ialah di page pertama. Biasanya customer akan berhenti di page pertama melainkan mereka mahukan lebih informasi mereka akan pergi ke page kedua, ketiga.






Nota Penting sebelum mulakan

  1. Pastikan anda sudah melakukan research nama kedai anda (cari di google, keyword tools apa yang customer cari)
  2. Jangan bina kedai caca merba. 1 niche 1 kedai facebook. Elakkan nak campur baju + al quran ke atau campur skincare ke. Buat 1 niche yang serasi atau mengikut kata kunci produk jualan anda.
  3. Tahu niche atau kategori bisnes anda
  4. Gunakan laptop/pc untuk bina kedai Facebook berbanding handphone ya

Cara Buat SEO Facebook Page Untuk Bisnes



STEP SATU

- Login ke akaun facebook anda. Klik pada bahagian atas kanan. Anda akan tambah icon +. Klik di situ dan cari PAGE

Tekan pada simbol +



Klik pada page

lANGKAH DUA

- Anda akan masuki ruang bina page seperti gambar di bawah. Isikan nama kedai anda, pilih jenis kategori yang menerangkan tentang bisnes atau page anda, dan ketiga isikan ringkasan penting mengenai produk, atau servis yang anda jalankan.



Anda akan lihat paparan ini ye. Kosong sahaja, jadi anda digalakkan untuk isikan dan penuhkan informasi page mengenai aktiviti yang anda jalankan.


# TIPS SEO Facebook Page

  1. Menamakan kedai anda adalah sangat PENTING. Disinilah SEO itu berada. Apakah nama kedai facebook page anda? Brand? Kata Kunci? Pastikan anda gabungkan keduanya. Elak dari menggunakan brand semata-mata kerana brand yang kurang femes jarang di cari di google. Jika anda ada nama brand kedai anda, gabungkan dengan kata kunci bisnes anda kay.
  2. Kategori yang betul akan memudahkan pencarian customer di facebook.
  3. Description dibenarkan 255 patah perkataan sahaja. Jadi masukkan kata kunci + brand + servis atau bonus tambah serta CTA kepada client. Ia memudahkan untuk client terus menghubungi anda


LANGKAH TIGA

- Lengkapkan page anda dengan gambar iaitu cover page dan profile page. Jika sudah ada gambar, terus lengkapkan. Jika tiada anda boleh gunakan canva.com dan bina banner serta logo anda sendiri. Ikutkan tak kisah pun, tentang logo, apa yang penting, costomer nampak dan jelas apa yang anda cuba sampaikan daripada gambar tersebut. Lihat kembali gambar di atas, di mana kedudukan profile page dan cover page. 
- Sekiranya anda tiada idea lagi, dan tiada gambar, anda boleh skip process ini dan siapkan kemudian.

TIPS Cover Page & Profile Page


- Paparkan gambar utama atau USP kedai anda. Letakkan nombor telefon / whatsapp atau website di gambar supaya mudah customer hubungi anda.
- Profile page anda boleh letak promosi terkini, logo atau contact me. Jangan lupa isikan info berkenaan kedai facebook anda di keterangan gambar profile page.


LANGKAH EMPAT

- Linkkan nombor whatsapp anda dengan facebook page. 
- Sebaik sahaja anda melepasi langkah ketiga, anda perlu linkkan whatsapp anda dengan bisnes facebook page. Dengan cara ini, customer boleh terus hubungi anda secara terus melalui fb page. 
- Apakah whatsapp terbaik? Whatsapp terbaik untuk peniaga ialah Whatsapp Business. Jika anda belum ada whatsapp bisnes, tolong consider untuk ubah daripada whatsapp biasa kepada whatsapp bisnes. Anda boleh baca di sini kelebihan whatsapp bisnes berbanding whatsapp biasa. 
- Proses ni anda boleh skip , tiada masalah. 
- Satu facebook page hanya boleh link dengan satu nombor whatsapp sahaja ya.






Okay. Anda boleh skip untuk auto link whatsapp dengan facebook page. Jika nak link , pergi sahaja ke page setting dan linkkan.


Baca sini : https://www.emmemarina.com/2019/10/cara-link-nombor-whatsapp-ke-facebook-page-anda.html



LANGKAH KELIMA

- Anda sudah pun siap asas membina kedai facebook page untuk perniagaan anda.
- Langkah seterusnya ialah mengisi dan melengkapkan lagi maklumat kedai / bisnes anda.




Contoh page sudah siap tetapi masih kosong banner cover page dan profile page kosong




Nampak tak sebelah kiri page anda? Ada maklulat yang anda perlu isi. Nasihat saya? Tolong isi ya



Isikan




Isikan


LANGKAH ENAM


- Edit button page dengan cara untuk menghubungi anda atau website anda.
- Usah biarkan tidak diisi, wajib isi jika nak dapat sales ya.





Terdapat banyak pilihan. Yang selalu orang ambil ialah Send Message, Contact Us, Send Whatsapp Message, Shop Now




SIAP!!


Fuh, lengkap satu entri tutorial facebook page untuk bisnes. Mudah kan? Saya harap entri dan membantu anda semua membina satu page SEO.


Nak tahu sesuatu?



Setiap post di facebook page anda ada nilai SEO juga. Pastikan apabila anda menulis status di page setiap hari. Anda menggunakan kata kunci yang sesuai. Google dahulu kay.



Selamat mencuba dan selamat maju jaya dalam perniagaan online anda semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan