Riangnya Hati Ofis Pink di Sudut Rumah

Pink ofis. Saya tidak sedar sejak bila saya mula sukakan kaler pink. Biasanya warna yang saya sukakan ialah warna gelap dan garang. Mungkin faktor usia atau sudah mula sukakan warna-warna lembut membuatkan pilihan kini lebih tenang. 


Memiliki sudut atau ruang ofis sendiri walau sekadar meja di sudut rumah ialah satu privileged. Tidak sempurna namun sudah cukup memberi impak komitmen kita terhadap sesuatu pekerjaan. 


Tahu tak?


Ofis saya di ruang tamu. Bukan dibilik atau ruang lain. Ruang lain sudah penuh dan tiada ruang sesuai untuk saya jadikan area ofis selain di satu sudut tepi di ruang tamu rumah. Kelebihannya, semua anak dapat akses mama setiap masa. Tidak perlu tutup pintu atau tertutup serta dapat melihat semua aktiviti anak sekaligus. 


Mana tidaknya, inilah satu-satunya ruang aktiviti semua ahli keluarga. Menonton tv, bermain dan belajar. Jika dimakbulkan Allah, memang saya mahukan rumah yang lebih besar dari sekarang. Namun buat masa ini, bersyukurlah kita ada apa yang kita ada. Tempat berteduh, berlindung dan bekerja.


Barangan ofis bakal sampai insya Allah. Baru je order di Shopee. Mudah di sana. Lazada kurang pilihan pula. Jom cuci mata. Jika ada yang sahabat berkenan, bolehlah shopping sekali. 


Bekas pencil saya pilih jenama Eastpek. Anda boleh terus tempah dari official page mereka di Shopee. Saya prefer order yang ori jika boleh dan harganya berbanding yang lain tidak terlalu jauh berbeza. Ruangnya cukup besar, dan saya suka ada pemegang. Cantik kan? Anda perlu agak bersabar kerana shipment adalah dari China.


Harga: RM18.50

Link: https://shopee.com.my/Eastpek-Big-Capacity-Colored-Canvas-Storage-Pouch-Marker-Pen-Pencil-Case-Simple-Stationery-Bag-Holder-for-Middle-High-i.185925710.5502764031


Kerusi ofis. Asalnya kerusi saya sekarang berwarna kuning. Design lebih kurang tetapi alang-alang saya belikan meja belajar untuk anak-anak pdpr, saya ambil kesempatan tukar kerusi ofia dengan yang ini. Ada yang saya berkenan, nampak lebih selesa, dan digunakan untuk jangka masa yang lebih lama cuma harganya agak mahal dengan bajet saya yang agak limited. Insya Allah, jika ada rezeki lain kita dapat milikinya satu hari nanti.


Harga: RM65.90

Link: https://shopee.com.my/THE-Creative-Curvy-Eames-Chair-with-PU-Leather-Material-Solid-Wood-Leg-Modern-Style-(L48-x-W41-x-H83cm)-i.151233087.5407667014


Nota: Di Shopee anda akan jumpa harga yang lebih murah tetapi harus diambil kira bagaimana cara seller tersebut menguruskan produk mereka. Cara packing adalah penting bagi produk perabut. Tak nak nanti bila sampai paling dirisaukan patah atau hilang barang. Review kedai ini juga agak bagus, seller packing barang dan jaga customer dengan baik insya Allah. Apa apa pun kita tengok nanti bila parcel dah sampai kay.



Ini ialah rak kecil yang kita boleh letak di atas meja. Impaknya meja lebih kemas dan teratur. Pink jugalah. Harap rak ni boleh bertahan lama.


Harga: RM19.90

Link: https://shopee.com.my/Multipurpose-Shelf-Organizer-Adjustable-Wood-Display-Desk-Shelf-Countertop-Storage-Rack-Tabletop-Bookshelf-Multipurpose-i.12954068.6660808418


Anda pula bagaimana? Ibu ibu yang bekerja dari rumah sudah ada sudut ofis ke belum?

Catat Ulasan

0 Ulasan