Review Mouse Kesihatan Untuk Kurangkan Sakit Dan Kebas Pada Saraf Jari dan Lenguh Bahu


Pernah tak tengok mouse vertical ni? Pada mulanya memang rasa pelik pertama kali saya lihat iklan mouse vertical ni di Shopee. Fikirkan bagaimana nak guna. Kenapa design mouse macam tu. Pelik lah bagi saya.


Kemudian, beberapa minggu lepas saya mula rasa jari kebas dan sakit di bahu bila menggunakan mouse sedia ada terutamanya pada jari kelingking. Apesal la ni. 


Bermula dari kisah ini lah saya cari mouse untuk selesaikan masalah saraf. Saya terus cari di Shopee dulu kerana di sana lebih mudah mendapatkan produk. Google digunakan untuk mencari keperluan yang kita kehendaki namun akhirnya kita perlukan penjual yang menjual produk tersebut. Rupanya memang wujud mouse yang membantu meringankan sakit saraf asbab mouse ni. 


Ergonomic vertical mouse


Rupanya mouse ni sangat bagus kerana sangat sesuai bagi pengguna komputer yang duduk berjam menyiapkan kerja. Jari kelingking itu sudah ada alasnya dan cukup semua jari di mouse. Tak perlulah rasa tidak selesa lagi nak tinggikan jari bila menggunakan mouse.


Alhamdulillah 


Namun masih ambil masa nak biasakan diri guna mouse ni. Saya berharap sangat agar mouse ni boleh bantu saya atasi masalah kebas dan saraf pada anggota tangan.


Mari saya kongsi info mengenai vertical mouse ini:-



Delux M618Mini Bluetooth 4.0 + 2.4G Wireless Mute Vertical Mouse 4 Gear DPI RGB Ergonomic Rechargeable Mice for PC Laptop Smart Phone



Features:

  1. 5 colors avaliable, show your individuality perfectly, give you special feelings.
  2. Small and smart, always pay attention to human potential needs
  3. Ergonomic streamline design, help you get rid of fatigue caused by long-term use of traditional mouse,relax you ultimately
  4. 2.4Ghz wireless and Bluetooth wireless ,dual wireless connect model .


Wah. Faham tak?


Mai tengok apa mat salleh ni kata mengenai vertical mouse dan kelebihannya. Insya Allah jika anda ada masalah sama seperti saya, bolehlah cuba. Di Shopee range harga vertical mouse atau ergonomic mouse ni lebih kurang RM20 - RM100, depends pada brand, features tambahan yang anda pilih.




Ergonomic streamline design, help you get rid of fatigue caused by long-term use of traditional mouse,relax you ultimately


Ergonomic design untuk memberi keselesaan pengguna mouse.

Brand : Delux

Warna : Pink

Harga : RM 81

Link : https://shp.ee/yagqrgv


Apa yang menarik lagi

1. Silent mouse

2. Wireless

3. Bluetooth 

4. Rechargable


Features ini juga membawa kepada harga yang lebih mahal sedikit. Jika tidak banyak features harganya lebih kurang RM50. Bagi saya paling penting silent click tu. Hehe. 







Comel kan? Nak pink juga tu memang parah. Order ni dari China jadi ambil masa ubtuk sampai. 2 minggu saya tunggu alhamdulillah tak mengecewakan. Sedap je tangan pegang vertical mouse ni. 


Dah ada mouse baru apalagi kan kenalah rajin menulis entri. Tingkatkan lagi usaha setiap hari insya Allah 

Catat Ulasan

0 Ulasan