Senarai Kedai Gunting Rambut Salon Muslimah Di Kuantan

Hukum wanita bukan Islam memotong rambut wanita beragama Islam adalah Haram. Ini adalah menurut, penjelasan pejabat Mufti mengenai tajuk "AURAT ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BUKAN MUSLIM"


Kesimpulan dari tajuk tersebut:-


"Aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah menurut pandangan majoriti ulama fiqh adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Manakala menurut pandangan sebahagian ulama mazhab syafie, termasuk sebahagian ulama mutaakkhirin mazhab syafie bahawa aurat perempuan muslimah pada pandangan perempuan kafirah adalah selain kepala, tangan dan kaki"

AURAT ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BUKAN MUSLIM


Mari kita lihat senarai Salon Gunting Rambut Muslimah di Sekitar Kuantan


Kriteria yang saya pilih adalah berdasarkan carian gi Google Maps. 

  1. Kedai yang masih beroperasi
  2. Muslimah sahaja (bukan owner Muslimah tetapi kedai unisex)
  3. Review yang baik dan latest


Semoga entri ini dapat membantu sahabat wanita sekalian di Kuantan. Adakalanya kita menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan dan tiba-tiba paling tidak best, dah jumpa kedai Muslimah tetapi boleh masuk lelaki dan wanita pula kan?


Kita sudah tidak boleh ke kedai salon bukan muslim, maka sudah menjadi kewajipan kita semua mendapatkan servis dari wanita muslim yang menepati syarat menjaga aurat kita sebagai seorang wanita beragama Islam. 


Senarai Kedai Gunting Rambut Wanita Muslimah Kuantan


1. Emaluna beauty hair salon
No Tel: 01157400413
Lokasi: Inderasempura / Inderapura
Soc Med/ Website :

** Emaluna hair salon merupakan salon rakan saya di kawasan perumahan. Sekarang di Indera sempurna, insya Allah bulan June 2023 bakal berpindah ke Taman Seri Inderapura. Saya akan update kembali untuk entri beliau selepas dapat location baru ya.


2. Salon & Spa Muslimah
No Tel: 0102456040
Lokasi: Indera Mahkota IM15
Soc Med/ Website : -


3. Batrisya Beauty Hair Saloon (Muslimah)
No Tel:0199683585
Lokasi: Bukit Rangin

kedai salon wanita muslimah kuantan

** Saya sendiri pernah mendapatkan servis dari Batrisya Beauty Salon, kedai beliau di rumah beliau sendiri, agak jauh bagi saya dari Taman Seri Inderapura tetapi Masya Allah servis terbaik, siap jaga anak2 saya yang nakal2 tu. Saya dapatkan servis scalp treatment, dan color rambut brand Gumash.


4. Lala Hair Salon (Muslimah) (home landed)
No Tel:01137208898
Lokasi: Indera Mahkota (IM2)

kedai salon wanita muslimah kuantan




5. Salon Rambut Muslimah Kuantan
No Tel:0139404469
Lokasi: Taman Ruby, Jalan Teluk Sisek
Soc Med/ Website : -

kedai salon wanita muslimah kuantan



6. Nur Beauty Salon
No Tel:0139404469
Lokasi: Indera Mahkota (IM2)
Soc Med/ Website : -

kedai salon wanita muslimah kuantan


7. Salon Muslimah Bandar Kuantan
No Tel:0102456040
Lokasi: A3 Ground Floor, Sri Pahang Business Centre, Jln Haji Ahmad 3, Bandar Kuantan, 25300 Kuantan, Pahang
Soc Med/ Website : -

kedai salon wanita muslimah kuantan


8. Salon Muslimah Sg soi Kuantan
No Tel:0193249293
Lokasi: Jalan Baru, Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Kempadang, 25150 Kuantan, Pahang
Soc Med/ Website : -

kedai salon wanita muslimah kuantan


Buat masa ini nampaknya hari lapan buah kedai gunting rambut wanita muslimah sahaja yang berjaya saya senaraikan di bandar Kuantan. Semoga entri ini dapat membantu sahabat semua, jika anda ada info berkenaan kedai salon muslimah di Kuantan yang mungkin tiada di Google Maps jangan lupa komen ya.


Ada satu lagi kedai salon muslimah di Taman Seri Inderasempurna, namun tiada info di carian Google. Insya Allah, saya akan cuba dapatkan info dan tambah di entri ini. 

Catat Ulasan

0 Ulasan