Semuanya Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hibah Rumah & Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB)

Antara harta terpenting sesebuah keluarga adalah rumahnya, disitulah mereka sekeluarga membesar, berkasih sayang, penuh kenangan suka dan duka bagi setiap penghuninya. Namun, apabila pemilik harta rumah tersebut meninggal dunia. Ketahuilah, rumah itu bakal menjadi lelongan, kerana ianya merupakan harta pusaka bagi si pemilik rumah bukanlah milik semua penghuni. 

hibah rumah

Katakanlah, suami merupakan pemilik rumah tersebut, ada si isteri, ada empat orang anak lelaki dan perempuan, atau perempuan sahaja atau lelaki. Tahukah anda, rumah sang suami tidak akan jatuh hak miliknya dari suami kepada si isteri? Ironinya, bahagian si isteri hanyalah satu per lapan daripada jumlah tunai rumah tersebut.

Artikel ini mengandungi:

Apakah maksud hibah?

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada orang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Dari pandangan syarak Islam, hibah adalah satu instrumen perancangan pengagihan atau pemberian harta yang sah. Islam amat menggalakkan muslim menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang mungkin terjadi di antara keluarga, saudara mara dan pewaris apabila berlakunya kematian.

Apa Itu Hibah Rumah & Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB)?

Rumah merupakan antara salah satu aset terpenting sesebuah keluarga, menghibahkan rumah anda adalah langkah yang bijak untuk memastikan ianya jatuh ke tangan orang yang anda sayang. Ia wajar dilakukan untuk mengelakkan kemelut keluarga yang menyebabkan pasangan dan anak-anak anda hilang tempat tinggal setelah anda tiada nanti. Sanggupkah anda melihat rumah dan harta peninggalan menjadi hak milik waris yang lain?

Hibah rumah bermaksud anda memberikan harta anda iaitu rumah kepada insan tersayang sebagai hadiah. 

Hibah bersyarat rumah bercagar (HBRB) pula bermaksud rumah tersebut masih ada pinjaman bersama bank, dan syaratnya rumah tersebut hanya akan diturun milik setelah kematian si pemberi hibah.

Apa akan berlaku sekiranya rumah tidak dihibahkan?

Sekiranya rumah tidak dihibahkan, rumah tersebut akan dibahagikan mengikut hukum faraid apabila berlakunya kematian. Terdapat cara pengiraan yang berbeza di dalam hukum faraid. Ia bergantung kepada senario dan bilangan waris.

Hak Faraid Waris Dalam Menuntut Bahagian Mereka

Hadis dan dalil mengenai hak waris di atas setiap sen harta pusaka faraid si mati. 

Dari Ibn Abbas ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Berikanlah hak yang dimiliki oleh orang yang memiliki hak itu, kepada orang yang berhak memiliki hak tersebut." (HR. Al-Bukhari)

Dari Sa'ad bin Abi Waqqas ra., bahwa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Penuhilah apa yang menjadi hak orang yang memiliki hak tersebut, maka engkau memiliki hak di sisinya. Dan janganlah kalian mencari hak kalian dengan zhalim, karena (orang yang mencari haknya dengan zhalim) akan mendapatkan dosa dan kezhaliman." (HR. Ibn Majah)

Saya berikan gambaran yang lebih jelas ya mengapa hibah rumah ini penting khususnya kepada pasangan suami isteri, sebagai contoh;

KES PERTAMA: Suami Pemilik Rumah

Rumah suami bernilai RM500 ribu 

Faraid waris suami ialah:-

Ayah kandung : 1/6
Ibu kandung : 1/6
Isteri : 1/8

katakanlah, suami meninggalkan 1 orang anak lelaki, dan 1 orang anak perempuan.

Anak lelaki nisbah anak perempuan ialah 2:1

Mengikut syarak, anak lelaki dan perempuan merupakan waris asobah bil qhairi, bermaksud kesemua anak-anak ini ialah penghabis baki. 

Mula-mula, kiraan faraid waris suami, kepada ayah kandungnya, ibu kandungnya dan isterinya, baki dari kiraan akan diserahkan kepada 2 orang anaknya.

1/6 + 1/6 + 1/8 
= 4/24 + 4/24 + 3/24
= 11/24

maka baki ialah = 13/24 (ini adalah hak anak-anak)

Saya kirakan semula kepada bentuk nilai wang ringgit rumah tersebut

rumah = RM500, 000

ayah kandung = RM 83,333.33
ibu kandung = RM 83,333.33
isteri = RM 62,500.00
baki (AP+AL) = RM 270,833.33 

hibah rumah bercagar

KES KEDUA: Rumah Mempunyai Dua Penama / Joint Loan (Pinjaman Rumah Bersama)


Rumah bernilai RM500 ribu, penamanya suami dan isteri di mana nisbah mereka 50 : 50. Apabila suami meninggal dunia, bahagian suami ialah RM250,000.

Faraid waris suami ialah:-

Ayah kandung : 1/6
Ibu kandung : 1/6
Isteri : 1/8

katakanlah, suami meninggalkan 1 orang anak lelaki, dan 1 orang anak perempuan.

Anak lelaki nisbah anak perempuan ialah 2:1

Mengikut syarak, anak lelaki dan perempuan merupakan waris asobah bil qhairi, bermaksud kesemua anak-anak ini ialah penghabis baki. 

Mula-mula, kiraan faraid waris suami, kepada ayah kandungnya, ibu kandungnya dan isterinya, baki dari kiraan akan diserahkan kepada 2 orang anaknya.

1/6 + 1/6 + 1/8 
= 4/24 + 4/24 + 3/24
= 11/24

maka baki ialah = 13/24 (ini adalah hak anak-anak)

Saya kirakan semula kepada bentuk nilai wang ringgit rumah tersebut

rumah bahagian suami  = RM250, 000

ayah kandung = RM 41,666.67
ibu kandung = RM 41,666.67
isteri = RM 31,250.00
baki (AP+AL) = RM 135,416.67

Nota penting:

Dari kiraan faraid di atas rumah ini dibahagian mengikut nilai semasa dalam bentuk wang ringgit kepada waris yang berhak. Isteri mempunyai nilai terkecil, namun anak-anak mereka memegang nilai paling besar. Setiap waris berhak ke atas bahagian faraid mereka, dan isteri harus akur jika ibu dan bapa mertua mahukan hak mereka, maka haruslah si isteri berusaha untuk menyempurnakan bahagian mereka dengan apa juga sekalipun.

Situasi pertama: Ayah dan ibu suami mungkin melepaskan hak faraid dengan menandatangan borang lepas hak (DDA) demi menantu dan cucu-cucu.

Situasi kedua: Ayah dan ibu si ayah meminta hak mereka. Maka, kita wajiblah menyelesaikan hak mereka kerana mengikut syarak mereka ini berhak ke atas bahagian rumah anak lelaki mereka. 


Soalan saya buat semua pembaca, adakah mungkin si isteri ini dapat memegang hak rumah tersebut tanpa perlu menggadaikan rumah dan akhirnya terpaksa duduk di rumah lain?


Oleh disebabkan situasi beginilah, penghibahan rumah tersangatlah penting dalam memastikan waris si mati dapat terus tinggal di dalam rumah tersebut tanpa perlu menjual, memecah dan membahagikan rumah tersebut kepada waris-waris lain. 

Sekiranya si suami membuat hibah rumah itu kepada isterinya, seratus peratus konfirm ya tuan-tuan dan puan-puan, si isteri tidak perlu bimbang kehilangan rumahnya. Bayangkanlah sudah usia 50 tahun, berebut pula dengan waris mertua.

Rumah merupakan keperluan asas yang penting buat sesuatu keluarga. Tapi apa akan berlaku sekiranya berlaku kematian pemilik rumah? Dan bagaimana hibah rumah ini dapat menyelamatkan waris si mati dari kehilangan rumah berteduh mereka? Teruskan membaca

Bolehkah rumah yang masih bercagar (dalam pinjaman) dihibahkan?

Sekiranya rumah masih lagi berada dalam tempoh pinjaman bank, secara teknikal bank merupakan pemilik bersama rumah anda. Rumah tersebut dianggap masih bercagar dan secara umumnya tidak boleh dihibahkan.

Bagaimanapun, rumah masih ada pinjaman ini boleh dihibah dengan Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) sekiranya terdapat jaminan bahawa hutang tersebut dapat dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia. Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah seperti mengambil perlindungan Takaful sama ada MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) atau MLTT (Mortgage Level Term Takaful) ke atas pinjaman.

Maksudnya, rumah yang anda beli itu jika hendak dihibahkan wajiblah memiliki insuran rumah jenis MRTT atau MLTT. Jelas ye.

Apa Maksud MRTT dan MLTT Rumah anda

Secara asasnya, MRTA dan MLTA merupakan perlindungan konvensional manakala MRTT dan MLTT pula merupakan perlindungan insurans Takaful. Anda boleh memilih insurans rumah yang terbaik dan sesuai untuk anda bergantung kepada situasi anda.



Saya akan terangkan secara ringkas perbezaan antara MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT:

1. MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful):
MRTT adalah versi takaful dari MRTA. Takaful adalah satu konsep perjanjian kumpulan di antara peserta untuk membantu sesama anggota dalam keadaan kesulitan. Oleh itu, MRTT adalah pelindung takaful yang membantu melunaskan sebahagian atau keseluruhan baki pinjaman perumahan jika pemilik rumah meninggal atau jatuh sakit serius.

2. MLTT (Mortgage Level Term Takaful):
MLTT adalah versi takaful dari MLTA. Seperti MRTT, MLTT juga memberikan perlindungan takaful dengan jumlah perlindungan yang kekal tetap sepanjang tempoh polisi. Ia membantu melunaskan baki pinjaman perumahan jika pemilik rumah menghadapi kematian atau penyakit serius.

Ringkasnya, MRTT dan MLTT adalah perlindungan insurans atau takaful yang ditawarkan untuk membantu melunaskan baki pinjaman perumahan jika pemilik rumah meninggal atau jatuh sakit serius. MRTA dan MRTT mengurangkan baki pinjaman, manakala MLTA dan MLTT menawarkan jumlah perlindungan yang kekal tetap.

Kepada Siapa Rumah Boleh Dihibahkan?

Pemberi hibah (semasa hidup) boleh hibahkan rumahnya kepada sesiapa sahaja, isteri, anak-anak kandung, anak angkat, jiran, malah yang bukan Islam. Tiada syarat kepada penerima hibah. 

Hibah Rumah Kepada Isteri

Hibah rumah kepada isteri adalah yang terbaik kerana anda berdua telah bertungkus lumus menyediakan dan menguruskan rumah itu dengan penuh kasih sayang. Maksud hibah adalah hadiah kasih sayang, maka jika kasihkan isteri hibahkanlah rumah tersebut kepada isteri anda, dan sebaliknya juga. Isteri menghibahkan rumah kepada suami. Khususnya bagi rumah dua penama. 

Hibah Rumah Kepada Anak

Boleh. Tidak kiralah anak anda di bawah umur 18 tahun, OKU, anak istimewa sekalipun, anda sebagai pemilik rumah boleh menghibahkan rumah tersebut kepada anak-anak. Jika anak ini masih dibawah umur semasa kematian suami (ayah), rumah tersebut akan berada di bawah jagaan pengamanah harta anak-anak sehinggalah mereka berumur 18 tahun. 

Bagaimana Proses Hibah Rumah Ini Dibuat?

Proses hibah ini mudah dilihat tetapi sukar diuruskan bagi orang awam. Secara umum, proses hibah rumah ini memerlukan si pemberi hibah dan penerima hibah. Kemudian sebagai pengesahan, dokumentasi hibah serta akad di antara pemberi dan penerima. Sangat penting untuk memastikan dokumen dan pengesahan hibah itu dibuat secara legal 

Kos Hibah Rumah

Saya pasti semua orang sangat nak tahu berapakah kos menghibahkan rumah kepada insan tersayang kan? Kos hibah bagi syarikat-syarikat amanah di Malaysia adalah tidak sama. Ada yang one time payment, ada yang dua kali payment atau charge, maka andalah yang harus membuat tinjauan terbaik mengikut bajet kewangan masing-masing.

Alhamdulillah di Hans Legacy, pakej dokumentasi hibah kami merupakan antara pakej termurah dan mampu milik, insya Allah, malah kami menawarkan solusi pembayaran secara ansuran buat penghibah semua. 

Di Hans Legacy, kami menawarkan hibah rumah ini kepada beberapa pakej iaitu:-

i) Pakej Hibah Baitiku 
(7 Bilangan Harta , Jumlah Harta < RM 2 Juta, Umur Penerima Hibah > 18 tahun ) 

Termasuk di dalam Pakej ini ;
✅ Wasiat Komprehensif ( Lantikan Pentadbir Harta , Wasiat Pesanan , Wasiat Harta 1/3 Kpd Bukan Waris/Saham Akhirat
✅ Hibah sehingga 7 bilangan harta Rumah / Kenderaan / Brg kemas
✅ Nilai jumlah Harta di Hibah sehingga maksimum RM 2 juta
✅ Boleh Hibah pada Waris/ Bukan Waris
✅ Dokumen Akad Hibah Pemberi ) & Kabul Penerima Hibah ) yang lengkap
✅ Surat Ikatan Amanah jika perlu

HARGA PAKEJ = RM2,000

ii) Pakej Hibah Baitiku Amanah 
(7 Bilangan Harta , Jumlah Harta < RM 2 Juta, Umur Penerima Hibah < 18 tahun @ OKU Mental)

Termasuk di dalam Pakej ini ;
✅ Wasiat Komprehensif Lantikan Pentadbir harta,Wasiat
Pesanan , Wasiat Harta 1/3 Bukan Waris/Saham Akhirat
✅ Hibah harta sehingga 7 jenis harta
Rumah / Kenderaan / Brg kemas
✅ Nilai jumlah aset² sehingga maksimum RM 2 juta
✅ Boleh hibah pada Waris/ bukan Waris
✅ Dokumen Akad Hibah Pemberi ) dan Kabul Hibah Penerima ) yang lengkap
✅ Dokumen Pemegang Amanah melantik Pemegang Amanah bagi Harta Hibah kepada waris waris < 18 tahun @OKU

HARGA PAKEJ = RM 2,500

iii) Pakej Hibah HIBAHKU PLUS 
( > 11 Bilangan Harta , Jumlah Harta > RM 2 Juta, Umur Penerima Hibah > 18 tahun)

Termasuk di dalam Pakej ini ;
✅ Wasiat Komprehensif Lantikan Pentadbir harta,Wasiat Pesanan , Wasiat Harta 1/3 Bukan Waris @ Saham Akhirat
✅ Hibah harta lebih 11 Aset Harta ke atas
✅ Nilai jumlah aset ² MELEBIHI RM 2 juta
✅ Boleh hibah pada Waris/ bukan Waris
✅ Dokumen Akad Hibah Pemberi ) dan Kabul Hibah Penerima ) yang lengkap
✅ Surat Ikatan Amanah (Jika perlu )

HARGA PAKEJ = RM 5,000

iv) Pakej Hibah AMANAHKU PLUS 
(Hibah kepada Individu KANAK KANAK BAWAH 18 tahun@Individu OKU Mental)

Termasuk di dalam Pakej ini ;
✅ Wasiat Komprehensif Lantikan Pentadbir harta,Wasiat Pesanan , Wasiat Harta 1/3 Bukan Waris @ Saham Akhirat
✅ Dokumen Hibah Hartanah Aset lain untuk Kanak Kanak dibawah umur 18 tahun @ OKU
✅ Hibah harta MELEBIHI 11 Aset Bilangan Harta ke atas
✅ Nilai jumlah aset harta MELEBIHI RM 2 juta
✅ Boleh hibah pada Waris/ bukan Waris
✅ Dokumen Perlantikan Pemegang Amanah

HARGA PAKEJ = RM 6,000

v) Pakej Hibah Joint Loan Property 
(Hibah hanya kepada pasangan, maksimum 2 bilangan harta)

Termasuk di dalam Pakej ini ;

1. Dokumen Wasiat lengkap utk suami dan isteri 
2, Pakej Suami - (max hingga 2 harta)
- Suami Hibahkan 1/2 bahagian nya dari rumah Joint Name kepada Isteri 
- Suami hibahkan apa2 hartanah lain kepada isteri 
3. Pakej Isteri - (max hingga 2 harta)
- Isteri Hibahkan 1/2 bahagian nya dari rumah Joint Name kepada Suami
- Isteri hibahkan apa2 hartanah lain kepada Suami 

HARGA PAKEJ = RM 1,500

Kembali kepada situasi di atas, pakej yang sesuai adalah:-

** Bagi kes situasi pertama suami baitiku / hibahku plus, bergantung kepada nilai keseluruhan harta yang dihibahkan, isteri berumur 18 tahun ke atas. 

** Bagi kes situasi kedua pula, pasangan suami dan isteri bolehlah melanggan pakej hibah joint loan property. Harga kos hibah suami isteri ini sangat lah berbaloi! Kerana ia tidak mengasingkan hibah bagi kedua-dua suami isteri. Jimat kos ya.

*** Kami juga menerima bayaran ansuran maksima 24 bulan dengan tambahan RM5 per month, kecuali pakej hibah joint loan property. Pakej hibah joint loan property, untuk ansuran deposit RM500 dan kemudian boleh buat ansuran 4 - 5x mengikut kemampuan sehingga habis bayar.

Cara Claim Rumah Yang Telah Dihibahkan Selepas Kematian Si Mati

Apabila pemberi hibah meninggal dunia, penerima hibah perlu mengikuti beberapa langkah untuk menuntut hibah yang telah diwarisi. Berikut adalah panduan umum mengenai cara untuk menuntut hibah apabila pemberi hibah meninggal dunia:

1. Mengenal Pasti Dokumen Hibah:
   - Rujuk kepada dokumen hibah yang telah disediakan oleh pemberi hibah semasa beliau masih hidup. Dokumen ini akan mengandungi butiran mengenai harta yang dihibahkan dan penerima hibah yang telah ditetapkan.

2. Mengemukakan Permohonan:
   - Mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah atau pihak yang berkuasa untuk mendapatkan pengesahan terhadap dokumen hibah dan status penerima hibah.
   - Mahkamah akan memeriksa dokumen hibah dan mungkin meminta saksi-saksi untuk memberikan keterangan.

3. Penamaan Penerima Hibah:
   - Pastikan bahawa nama penerima hibah yang tertera dalam dokumen hibah adalah betul dan lengkap.
   - Jika ada sebarang perubahan dalam keadaan penerima hibah (contohnya, kematian penerima hibah sebelum pemberi hibah), ini perlu dinyatakan dan diselesaikan mengikut prosedur yang sesuai.

4. Sahkan Waris Sah:
   - Sekiranya terdapat waris lain yang mempunyai hak ke atas harta pusaka, mereka mungkin akan dimaklumkan tentang tuntutan hibah.
   - Mahkamah Syariah akan memutuskan dan mengesahkan waris yang sah serta memberi pengiktirafan terhadap tuntutan hibah.

5. Proses Pindahmilik Harta:
   - Setelah mendapat pengesahan, penerima hibah akan melibatkan diri dalam proses pindahmilik harta yang telah dihibahkan.
   - Ini mungkin melibatkan pemindahan hakmilik hartanah, akaun bank, atau harta lain yang telah dihibahkan.

6. Dokumen-Dokumen Perundangan:
   - Pastikan anda mempunyai salinan dokumen hibah yang diperakui atau pengesahan dari Mahkamah Syariah sebagai rujukan di masa hadapan.

7. Nasihat Undang-Undang dan Proses: 
   - Adalah bijak untuk mendapatkan nasihat daripada pakar undang-undang syariah atau peguam yang mahir dalam harta pusaka Islam untuk memastikan proses tuntutan hibah berjalan lancar dan sah secara undang-undang.

Boleh ke Hibah Rumah Ini Dicabar Oleh Waris Lain?

Sudah tentu boleh. Manusia ini lazimnya suka mencabar sesuatu yang tidak dipersetujui. Waris yang tidak berpuas hati bolehlah kemukakan saman di mahkamah tinggi. Namun, tidak semestinya berjaya sekiranya anda melaksanakan dokumentasi hibah dengan betul, lengkap dan sahih. Membuat dokumen hibah secara lisan, automaticnya boleh dicabar dan menang kerana lisan ini tiada bukti, dan saksi boleh berubah-rubah pendirian.

Namun, dengan dokumentasi dari syarikat hibah amanah ini, walaupun dicabar ianya adalah sah pindah milik apabila pemberi hibah meninggal dunia.

Kesimpulan

Mungkin bagi sesetengah orang merasakan leceh untuk menghibahkan rumah, proses membeli rumah dan memikirkan kesejahteraan pasangan sudah mengambil masa, kini sang suami khususnya ataupun pemilik rumah joint loan perlu pula menghibahkan rumah dengan kos tambahan. Tetapi anda harus ingat perkara ini, semat dalam hati dan minda anda, rumah adalah harta pusaka

Apabila rumah menjadi harta pusaka, waris yang menunggu rumah yang cantik itu tidak perlukan sentimental value dan kepayahan anda mengumpul duit untuk membeli sebuah rumah idaman anda. Isteri yang mengemaskan rumah, membeli barang perabut dan jadikan rumah itu sebagai istana kalian semasa hidup, kini terpaksa memikul beban mengagihkan rumah untuk waris suami yang menuntut hak mereka. Ada pula isteri dipaksa keluar dari rumah tercinta setelah berpuluh tahun hidup di situ. 

Oleh sebab itulah kita harus cakna akan ilmu perwarisan islam ini, hibahkan rumah jika anda nak keluarga anda tinggal dirumah tersebut. Suami hibahkan kepada isteri, isteri hibahkan kepada suami atau yang mana anda perlukan, hibah kepada anak-anak jika rumah ada banyak. Hibahkanlah.

Itu tanggungjawab anda, melainkan anda mahukan rumah itu digadai, dipecah kerana ianya kehendak anda. Maka telah saya sampaikan di sini sebuah artikel lengkap tentang penghibahan rumah di dalam konteks undang-undang Islam. Tahniah saya ucapkan bagi mereka yang telah menghibahkan rumah buat keluarga tercinta. 

Di Hans Legacy, misi kami membantu dan menguruskan hibah rumah anda dalam kos seminimum yang mungkin kerana kami tahu bukan semua orang ada kos segera untuk proses hibah ini. Hibah adalah pemberian hadiah, maka tidak wajib untuk membuat hibah, namun berita baik dengan pakej terbaru kami iaitu Pakej Hibah Joint Loan Property ialah pakej hibah rumah paling murah bagi pasangan suami isteri, jom hubungi kami untuk mendapatkan rundingan proses menghibahkan rumah anda secara sah dan mengikut undang-undang. 

Bagi mendapatkan khidmat penyediaan hibah rumah, Whatsapp saya, Emme Marina 010 - 337 9012

Catat Ulasan

0 Ulasan